Minggu ini merupakan minggu yang amat mengujakan bagi remaja di Malaysia apabila sesi persekolahan secara bersemuka di 10 buah negeri telahpun selamat dimulakan sejak Ahad lalu. Hanya negeri Johor dan Kedah yang masih tidak membenarkan pelajar pulang ke sekolah kerana kadar vaksinasi di sana yang belum mencecah tahap dikehendaki.
Setelah berbulan-bulan perlu mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah atau PdPR, akhirnya 143,000 pelajar sekolah menengah di Malaysia dibenarkan kembali ke sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dilihat berborak bersama pelajar semasa melakukan lawatan turun padang pada hari pertama persekolahan Ahad lalu di Kuala Terengganu. Sumber Foto : BernamaPara pelajar perlu melakukan pemeriksaan suhu sambil diperhatikan oleh guru sebelum memasuki kawasan sekolah. Sumber Foto : Bernama
Seperti yang dilaporkan sepanjang tiga hari ini oleh media tempatan, keadaan di sekolah menengah yang sudah dibuka amatlah tenteram dan segalanya beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Antaranya seperti mengekalkan sistem pengudaraan yang baik dalam kawasan tertutup seperti di dalam bilik darjah, bilik guru, pejabat dan sebagainya; dengan cara menetapkan kapasiti maksimum di dalam sesebuah bilik tersebut.
Biarpun dalam keadaan berhati-hati seperti ini, kehadiran pelajar ke sekolah boleh dianggap memberansangkan. Alhamdulillah secara perlahan-lahan, pelajar Malaysia sudah mula memahami kepentingan meneruskan hidup dalam norma baharu.
*
Ads
Lain pula ceritanya dengan sesi persekolahan di Amerika Syarikat apabila satu lagi kes tembakan dilaporkan berlaku.
Kali ini, para pelajar di YES Prep Southwest Secondary School, Houston Texas pula yang terpaksa berdepan trauma setelah tembakan dilepaskan pada 1 Oktober (Jumaat) lalu.
Menerusi video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, insiden mendukacitakan itu terus menjadi tular. Orang ramai terus mempersoalkan tahap keselamatan sekolah di sana.
Pengguna TikTok yang memuat naik video asal didapati telahpun menyahaktifkan akaunnya. Namun video yang kembali dimuat naik di TikTok masih boleh ditonton dan ia kini mencatatkan lebih 5 juta likes.
Ads
Video tersebut menunjukkan para pelajar sedang beratur berhampiran pintu kaca yang pecah ditembak dengan deraian kaca pada lantai. Turut kelihatan ialah pegawai-pegawai bertugas yang berdiri di tepi sewaktu pelajar dipimpin keluar.
Satu lagi video tular menunjukkan pelajar meninggalkan bangunan dengan mengangkat tangan mereka seolah-olah mereka pula penjenayah yang bersalah.
Ads
Sedangkan, penjenayah sebenar ialah bekas pelajar YES Prep sendiri yang dikenali sebagai Dexter Harold Kelsey. Anak muda berusia 25 tahun itu melepaskan tembakan menggunakan senapang jenis rifle dari pintu masuk sekolah dan salah satu pelurunya mengenai bahagian belakang pengetua sekolah, Eric Espinoza. Eric bernasib baik kerana terselamat dan terus menjalani pembedahan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Motif utama Dexter adalah untuk membalas dendam pada seorang guru lamanya (bukan Eric). Dia mengakui bersalah ke atas percubaan gila itu dan mengaku membeli senapang secara atas talian.
Pegawai SWAT di Houston mengepung pekarangan sekolah . Sumber Foto :Sumber Foto : Taiwan NewsSumber Foto : Wral.com
Difahamkan dua hari sebelum kejadian, 900 orang pelajar sekolah tersebut telah mengikuti latihan kecemasan sekiranya berdepan insiden seperti ini.
Lalu apabila kejadian sebenar berlaku hanya 48 jam selepas latihan dijalankan, tentunya mereka teruk dilanda rasa trauma kerana mereka kini sedarl inilah realiti yang boleh berlaku di sekolah Amerika Syarikat.
*
Beruntunglah dan bersyukurlah pelajar sekolah di Malaysia masih dapat mengikuti kelas secara aman dan tenteram.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun, baru-baru ini tular donut red velvet yang menjadi trend di media sosial. Jadi, apa kata kita buat sendiri je donut viral ini katanya tak perlu guna mesin pengandun bagai hanya uli guna tangan je dah lembut hingga ke malam.
Pengguna Facebook Qien Aziz berkongsi resipi cara membuat donat ini menggunakan bahan yang disukat menggunakan cawan.
BAHAN
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar yis
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil mentega atau majerin
1 biji telur
1 cawan air suam
Emulco red velvet secukupnya
Gula halus
2-Di dalam bekas lain, masukkan yis dan susu pekat ke dalam satu cawan air suam cawan.
3-Kacau sehingga bahan larut dan biarkan ia kembang.
4-Kemudian masukkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung gandum.
5-Gaul sebati sehingga menjadi doh.
6-Bahagikan doh kepada beberapa adunan kecil dan dan bentukkan ia menjadi donut. Anda boleh juga menggunakan pencetak donat.
7-Kemudian panaskan minyak dan goreng ia sehingga masak. Toskan dan salutkan ia menggunakan gula halus, sedia untuk dihidang! Rangup di luar gebu di dalam.
Senang je kan? Kalau buat sendiri lagi rasa berbaloi dan puas makan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak kiralah korang makan Nasi Lemak di Malaysia, Brunei, Thailand ataupun Singapura, juadah popular untuk sarapan pagi itu (or at any times TBH) memang menjadi kegemaran semua. Malah sekiranya pelancong asing berkunjung ke negara kita pun, Nasi Lemak ialah juadah wajib yang akan dihidangkan kepada mereka.
Namun, baru-baru ini sebuah halaman Facebook Taste Atlas yang berpangkalan di luar negara telah memilih Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang Shanghai dan Tortang Talong – masing-masing dari Filipina – sebagai antara makanan terbaik di rantau Asia Tenggara berbanding nasi lemak.
Foto Via Facebook Taste Atlas
Seriously???
Dalam undian tersebut, nasi lemak hanya mengumpul markah 3.9 dan berada di kedudukan “OK” bersama-sama dengan Chilli Crab dari Singapura dan Banh Xeo dari Vietnam.
Manakala, Bubur Ayam dari Indonesia, Lumpiang Shanghai dan Tortang Talong – masing-masing dari Filipina – sebagai antara makanan terbaik dan “best” di rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, kekalahan Nasi Lemak yang hanya diundi di kedudukan ‘OK’ telah membuatkan sebahagian rakyat Malaysia merasa tidak senang. Mereka mendakwa bahawa pihak Taste Atlas mungkin tidak pernah merasa Nasi Lemak yang sebenar.
Salah seorang pengguna Facebook yang berasal dari luar negara turut keliru bagaimana proses undian itu dibuat sedangkan dia merasakan bahawa Nasi Lemak sepatutnya berada di antara kedudukan terbaik makanan di Asia Tenggara.
Tapi nak buat macam mana kan, tekak orang lain-lain…nak marah pun tak boleh..hehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali khabarnya akan dibuka semula untuk pelancong antarabangsa dari China, Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan bulan ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun di negara republik itu.
Menteri Kanan, Luhut Panjaitan memaklumkan pelancong pelancong dari New Zealand, Qatar dan UAE juga dibenarkan untuk mengunjungi Indonesia melalui penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau pelancongan itu mulai 14 Oktober depan.
Pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19 dan semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk kuarantin sekurang-kurangnya lapan hari dengan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, pembukaan semula Bali ditunda beberapa kali apabila republik itu seang berjuang melawan penularan COVID-19, terutama varian Delta yang mudah merebak.
Indonesia juga menetapkan peraturan kemasukan pelancong antarabangsa dengan meminta bukti sijil lengkap vaksinasi sebelum membenarkan kemasukan visa luar dan pelancong dari seluruh dunia.
Nampak beberapa negara jiran kita sudah mula membuka sempadan negara mereka untuk pelancong luar negara. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tiada kes penularan wabak COVID-19 yang berlaku nanti.