Kelmarin telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan sebelah keluarga perempuan pasangan pengantin baru Ikmal Amry dan Najla Samshul. Dengan hanya sekali lafaz, Ikmal Amry atau lebih mesra dengan panggilan Am, sah menjadi suami kepada gadis berusia 22 tahun.
Am langsung tidak menyangka bahawa dirinya akan berkahwin dalam usianya seawal 26 tahun, namun dia akur jodoh mereka berdua sudah sampai dan personaliti ini juga percaya perkahwinan juga adalah salah satu rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah, kami sudah sah bergelar suami dan isteri. Apa yang Am boleh cakap, kepada mereka yang masih single dan sudah mempunyai pasangan, kahwin la cepat-cepat kerana perasaan selepas berkahwin itu sungguh berbeza. Selepas selesai sahaja akad nikah pagi semalam, Am rasa sangat lega dan menyesal pula tak kahwin lebih awal,” jawabnya sambil ketawa.
Bagi setiap pasangan suami isteri, sudah tentu mereka menginginkan perkahwinan dan keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat. Ikmal Amry juga berharap agar perkahwinannya ini direstui semua pihak, terutama bagi para peminatnya.
“Ramai peminat yang frust bila tahu Am dah kahwin, tapi tak mengapa ramai lagi kumbang di luar sana (haha). Am cuma harap korang semua mendoakan perkahwinan kami bahagia hingga ke anak cucu,”
Ditanya soal zuriat, pasangan ini tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam waktu terdekat ini. Tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, mungkin ada segelintir dikalangan mereka ingin menikmati hidup berdua terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata.
“Am dah kenal Najla selama 4 tahun dan bagi Am, kami dah cukup lama mengenali diantara satu sama lain. Jadi, tiada istilah nak ‘chill-chill’ dulu ke apa, kalau dah memang Allah beri rezeki kami cepat dikurniakan zuriat, kami terima seadanya dan tidak menolak,” sambungnya
Majlis Resepsi Disambut Sederhana
Bertempat di A’ Famosa Resort Melaka, majlis hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dan rakan terdekat sahaja. Dewan yang sebenarnya boleh dimuatkan seramai 600 orang ini hanya dibenarkan untuk menjemput lebih kurang separuh sahaja dari jemputan sebenar.
Ads
“Kami ingin meminta maaf sekiranya ada pihak yang tidak dapat dijemput kerana majlis resepsi ini pun adalah disebelah pihak pengantin perempuan. Keluarga Am pun tak ramai semalam, dan hanya beberapa kenalan rapat dijemput. InsyaAllah, rakan-rakan yang lain akan dijemput di majlis resepsi keluarga lelaki akan datang,”
“Sejujurnya kami tidak mempunyai tarikh tetap lagi untuk mengadakan majlis resepsi pihak lelaki. InsyaAllah ia akan dilangsungkan di Kuala Lumpur dan buat masa ini, kami masih lagi tengah survey dewan yang sesuai untuk majlis itu nanti,” katanya.
Am kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem pertamanya, Rasuk yang dijadualkan akan ditayangkan pada tahun hadapan. Pada 23 Disember nanti, pengantin baru ini akan kembali semula ke set penggambaran filem tersebut.
Ads
Ditanya sama ada dia mengizinkan isterinya untuk menceburkan diri dalam industri hiburan, Am tidak menghalang isterinya untuk berlakon atau apa sahaja yang ingin dilakukan asalkan ia tidak bertentangan dengan agama.
“Alhamdulillah, Najla pun sudah menerima tawaran bekerja. Selain itu, Am juga tidak menghalang sekiranya dia nak berlakon atau membuat iklan televisyen komersil. Kalau dia nak duduk rumah saja pun Am tak kisah kerana bagi Am, Am yang akan mencari duit untuk keluarga. Jadi, kalau dia bosan duduk di rumah, dia boleh bekerja, tapi kalau nak jadi suri rumah sahaja pun Am okay je,” tambahnya lagi.
Baru berusia 19 tahun, jejaka dari Kuala Lumpur ini merupakan antara finalis Hero Remaja yang menonjol di laman sosial instagram.
Nabil Aqil mempunyai karakternya yang tersendiri dalam mencuri hati para peminat. Pemuda tinggi lampai ini juga pernah dikatakan mirip bekas Hero Remaja Fattah Amin dan pelakon Korea, Kim Woo Bin.
Ha, sama ke idok?
Wow, serious la Nabil muka kau memang level-level selebriti eh. Hiks!
Memiliki pengikut lebih kurang 17K di Instagram, Nabil terkenal dengan video-video sengal yang menampilkan tarian comel mencuit hati. Kalau korang memang followers tegar, confirm dah faham dengan perangai gila-gila Nabil ni kan?
Video-video yang dikongsi dalam laman sosialnya itu pada mulanya diambil secara bersahaja dan tak sangka pula ada rakan-rakan yang turut sporting ikut serta menari bersamanya.
“Sebenarnya saya dapat inspirasi daripada orang luar negara yang merakamkan aksi bersahaja sambil menari dan saya lihat perkara ini patut dikongsi secara public. Selain tu juga, ini adalah salah satu cara untuk buat kita rasa happy dan hilangkan stres. Tapi terkejut juga bila tengok family dan kawan-kawan pun suka buat benda yang sama,” jelasnya sambil tersenyum kecil.
Walaupun mungkin ada segelintir individu yang kurang senang dengan video sengal yang sering dikongsi, Nabil tetap positif dan mengakui kerana gelagatnya itulah yang membuatkan followersnya bertambah.
“Saya yakin followers mengenali saya kerana trademark video kelakar dan sengal ini (haha), jadi tidak teragak-agak untuk meneruskan apa yang saya lakukan sekarang sehingga bila-bila,” tambahnya lagi.
Okay la tak perlu nak cerita panjang lagi, apa kata REMAJA belanja korang tengok aksi-aksi lucu Nabil ni.
Mak nabil pun sporting gila wey
‘Penyakit’ Nabil dah pun merebak dalam Hero Remaja ni. Hehe
Nak tengok lagi ke? Kalau nak kena la follow Nabil di www.instagram.com/kidkylo. Dekat situ nanti Nabil belanja lebih k?
Bukan mudah sebenarnya untuk mana-mana organisasi, media, jenama atau penganjur majlis bagi mengumpulkan selebriti Malaysia di sesebuah tempat. Apatah lagi untuk mengumpulkan mereka pada waktu yang sama, ia umpama satu harapan tinggi menggunung. Kata orang, jangan nak beranganlah!
Jadi apabila AJ De Parfum berjaya mendapatkan beberapa orang selebriti untuk berkumpul di bawah satu bumbung semalam, ramai peminat di laman Instagram tertanya-tanya apa yang terjadi setelah melihat foto yang dimuat naik oleh AJ De Parfum di akaun mereka.
Berlangsung di Subang Impian, antara selebriti yang berada di sana adalah Fattah Amin, Kamal Adli, Emma Maembong, Aizat Amdan dan Alif Muhaimin. Kebetulan pula, ketiga-tiga bekas finalis Hero Remaja yang pernah menjuarai edisi Hero Remaja masing-masing berada di bawah satu bumbung.
Kamal Adli (atas) dan Alif Muhaimin di acara apresiasi bersama AJ De Parfum. Apalah yang Kamal buat agaknya sampai budak tu menangis? Hehe..
Walau bagaimanapun, mereka bertiga menghadiri majlis tersebut pada waktu yang berbeza. Jika Alif hadir pada sebelah pagi, petang harinya pula, Fattah tiba terlebih dahulu sebelum Kamal hadir pada lewat petang. Sempat jugalah mereka berdua untuk bergambar bersama peminat.
Ia bersempena majlis apresiasi AJ De Parfum kepada pelanggan, rakan media, stokis dan ejen yang selama ini memberikan sokongan kepada perkembangan jenama tersebut. Tambahan pula, Fattah Amin merupakan duta kepada AJ De Pardum. Sudah pastilah, fan club dan peminat Fattah tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengannya sebelum Fattah berangkat untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga dan pengurusnya bermula 15 November ini.
Dalam pada itu, pengasas produk berkenaan iaitu Mohd Azrul Fauzi Baharun juga memberitahu bahawa Fattah akan menyambung kontraknya sebagai duta produk AJ De Parfum untuk tempoh dua tahun lagi. Syukur, murah rezeki! Tahniah juga REMAJA ucapkan kepada AJ De Parfum kerana wangian sembur mereka itu semakin diminati ramai terutamanya golongan muda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini nampaknya sudah tidak merahsiakan lagi hubungannya bersama seorang wanita yang bernama Sara Jasmine. Baru-baru ini, Alif telah memuat naik video ucapan hari lahir buat Sara di laman instagramnya.
Remaja menghubungi sendiri personaliti lelaki ini untuk bertanyakan status sebenar hubungannya bersama wanita yang juga dikenali sebagai @signorinasara.
“Sebenarnya Alif baru sahaja mengenali Sara pada bulan Mac lalu melalui Instagram. Alif suka melihat dia ketika membuat live di IG kerana Sara banyak memberi inspirasi dan nasihat kepada followersnya. Alif juga lihat Sara ni seorang yang bijak dan setiap jawapan yang diberikan memang lain daripada yang lain. Tak kurang juga, dia seorang yang lucu,” jawab Alif.
Namun begitu, perkenalan mereka hanyalah sekadar saling mengikuti di laman Instagram dan tidak pernah langsung berkomunikasi. Menurut Alif, dia hanya mula bersembang dengan Sara pada 16 Jun 2020.
“Ada cerita yang berlaku disebalik perkenalan kami. Semasa mengemaskini friendlist di IG, Alif ter’unfollow’ Sara. Jadi tidak sedap hati, takut dia salah sangka, Alif pun DM dia dan meminta maaf serta menjelaskan bahawa dia tidak sengaja ter’unfollow’ Sara di Instagram. Dari situlah kami mula bersembang dan pada 27 Ogos 2020, barulah kami bersetuju untuk berjumpa,” jelasnya lagi.
Menjangkau usia yang sudah memasuki 26 tahun, Alif Muhaimin kini sudah bersedia untuk memikirkan masa hadapannya. Dia tidak lagi ingin ‘main-main’ dan mula serius memikirkan tentang hubungannya bersama insan tersayang. Tambahan lagi, kedua-duanya juga sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.
“Apa yang Alif harapkan sekarang adalah doa daripada semua orang. Doakan agar segala urusan kami dipermudahkan. Sara banyak memberikan Alif nasihat serta dia sentiasa mengingatkan Alif untuk jangan tinggal solat dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika sebelum ini Alif tidak pernah serius menjalinkan hubungan dengan wanita, kini rasanya sudah tiba masa untuk Alif betul-betul merancang untuk ke peringkat seterusnya,” tambahnya.
Alif & Sara
Personaliti yang turut membintangi drama 70 episod Angkara Cinta ini dijadualkan tamat penggambaran pada 14 Disember dan akan meneruskan penggambaran bersama produksi A.Aida untuk drama yang seterusnya pada 18 Disember.
“Alhamdulillah, selepas Angkara Cinta, Alif akan membintangi sebuah lagi drama terbitan A.Aida Production. Selain itu juga, bagi tahun 2021 nanti, Alif bercadang untuk menggembangkan lagi bisnes kek batik dan insyaAllah akan berkolaborasi bersama founder produk yang lain untuk meluaskan lagi pasaran kek batik ini. Doakan alif,” jelasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!