Balu kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga bekas pelakon, Datin Seri Zizie Ezette, berkongsi rasa sebaknya ketika mengenang segala kebaikan dan pengorbanan suami tercinta. Bagi Zizie, Allahyarham adalah seorang insan berhati mulia yang sentiasa mendahulukan orang lain sebelum dirinya.

Menerusi hantaran di Insta Story pada Ahad, Zizie menyifatkan arwah suaminya sebagai seorang yang bekerja keras untuk keluarga serta masyarakat sepanjang 16 tahun mereka hidup bersama.

“Terima kasih untuk 16 tahun bersama. Awak bekerja begitu kuat untuk semua orang dan sentiasa memberikan yang terbaik.

“Sekarang Awak Tiada, Orang Akhirnya Bercakap Tentang Kebaikan Awak -Isteri Bung Moktar

“Awak berjuang untuk orang di sekeliling, bukan untuk diri sendiri. Awak benar-benar tidak mementingkan diri. Sekarang setelah awak tiada, orang akhirnya bercakap tentang kebaikan awak, pengorbanan awak dan semua perbuatan baik awak,” tulisnya.

Zizie turut mengimbau pesanan arwah yang sering mengingatkan supaya melakukan kebaikan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan.

“Saya tidak akan melupakan nasihat awak: ‘jika tangan kanan memberi kepada seseorang, tangan kiri tidak patut tahu. Simpan, sembunyikan. Biarlah kebaikan itu hanya ALLAH yang tahu.’

Ads

“Sekarang Awak Tiada, Orang Akhirnya Bercakap Tentang Kebaikan Awak -Isteri Bung Moktar

“Begitu juga awak (arwah Bung Moktar) tidak pernah mahukan pengiktirafan… awak melakukan segala-galanya dari hati awak,” tambahnya.

Dalam perkongsian itu juga, Zizie mengucapkan syukur dan penghargaan atas segala jasa arwah sepanjang mereka hidup bersama. Semua nilai murni itu, katanya, akan terus dibawa dan diwariskan kepada anak-anak mereka.

Ads

“Terima kasih atas segalanya yang pernah dicurahkan kepadaku. Saya akan terus bawa, menghargainya, dan turunkan kepada anak-anak kita, jadi sebahagian daripada awak terus hidup bersama kami.

“Semoga ALLAH mengampunkanmu, melimpahkan rahmat-Nya ke atasmu dan mengurniakanmu syurga,” ujarnya.

“Sekarang Awak Tiada, Orang Akhirnya Bercakap Tentang Kebaikan Awak -Isteri Bung Moktar

Ads

Allahyarham Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dilaporkan pergi akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada pukul 2.10 petang pada hari sama.

Untuk rekod, Zizie dan arwah mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads