Semalam tular di media sosial berkaitan seorang pekerja minyak sebuah stesen minyak di Johor Bharu (di bajunya tertulis stesen BHP). Dalam satu temuramah berkaitan politik, lelaki berkenaan ketika diajukan berkaitan politik tetapi telah memberikan satu jawapan yang begitu berbeza dengan soalan ditanyakan.
Akibatnya baik akak bawang dan abang bawang telah memberikan komen-komen negetif seolah-olah mempersendakan “IQ” lelaki berkenaan.
Rentetan dari berita dianggap cubaan memalukan abang kandungnya yang dipercayai pernah alami tekanan beberapa kali, adik kepada mangsa buli siber ini, Syiqin Yahya telah membuat rayuan agar video yang telah viral itu didelete kerana dia mengakui abang kandungnya iaitu Mohd Baharudin bin Yahya begitu tertekan dengan “hinaan” masyarakat. Malah dalam post itu juga katanya, abangnya mungkin bakal kehilangan kerja.
Ini rayuannya di facebook miliknya kira-kira 18 jam yang lalu.
slm ..tlg hide an yee..
sy sedih gile ari ni..
video abg sy yg kerja bhp tu viral..
ramai yg kecam..
sedih la..
Ads
ari ni abg sy dtg jumpe sy mgamuk2..
mukin dy kne buli xpon kne buang kje..
xpon org hina-hina dy..
“dy sakit..drpd video pon korg dh blh agak dy ok ke x..
dy jd mcm tu sbb jge kami adk bradik.. dulu ayah kami kaya kontraktor.. bile satu tahap ayah sy jatuh bankrup.. abg sy ni la yg jge kami..dy xdpt smbng bljr.. abg sy ni baik dan xkacau org..
dy jadi mcm tu sbb xblh nk bdikari dan terima hakikat..
yla dugaan kami tlapau berat..
ad satu masa tu makn ubi je..
ad satu mase tu xmkn langsung..
setiap manusia ad dugaan masing2..
dan sy pon xsangka abg sy blh jd mcm ni..
Ads
mukin rezeki abg sy bkn kat dunia ni tp kat syurga nti..
allah dh jnji org istimewa akn ke syurga..
nak cerite pjng lebar pon xguna..????
cume nk mtk admin viral an la..
dan kwn2 yg lain tlg la share2 ye..
kpd admin2 page2 sy mohon tlg delete video tu..
sekian.
Ads
Menurut Syiqin, dahulu keluarganya kaya tetapi suatu masa, Allah menguji keluarganya dan perniagaan diusahakan bapanya jatuh. Malah abangnya itulah yang telah tampil membantu keluarga dalam segala segi. Tidak dapat sambung belajar selepas kejadian itu. Malah katanya lagi abangnya itu baik dan tak pernah kacau orang.
Mungkin merasakan buli siber ini keterlaluan dan lelaki yang membuat rakaman itu tahu “kekurangan” abangnya, namun video itu tetap dirakam dengan satu niat yang tidak pasti. Ekoran kejadian itu, keluarganya telah membuat satu laporan polis demi memastikan kehormatan abangnya dipelihara dan bukannya dimalukan di media sosial sebegitu rupa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat di sekitar Lembah Klang kini sedang giat turun padang membantu mangsa banjir dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian, selimut dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan mangsa buat masa ini.
Namun begitu, khabarnya masih ramai lagi tenaga kerja yang diperlukan kerana tidak mencukupi untuk membantu mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jika korang berniat dan berminat untuk menjadi sukarelawan bagi misi bantuan #DaruratBanjir, berikut kami senaraikan antara NGO yang memerlukan tenaga kerja.
Untuk kakitangan atau pelajar UiTM yang ingin menjadi sukarelawan di sekitar Lembah Klang
Hubungi: 019-381 3863
Sesiapa yang berminat boleh hubungi mereka dan uar-uar kan kepada orang ramai ya. Semoga dipermudahkan urusan mereka bagi membantu semua mangsa banjir yang terlibat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa suami yang lengkap divaksinasi boleh menemani isteri mereka dalam bilik bersalin tidak lama lagi.
Hal ini dimaklumkan oleh KJ dalam sebuah tweet terkini sebentar tadi.
Menurut beliau, suami yang lengkap divaksinasi perlu juga menjalani ujian COVID19 dan mendapat keputusan negatif untuk dibenarkan menemani isteri di bilik bersalin.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak.
Perkara itu dimaklumkan Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, pada Isnin.
Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan. Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam jawapan balasnya turut menyatakan,”Ya, akan melakukan perkara yang diperlukan’.
Perkembangan terkini tentang SOP peneman ibu di bilik bersalin mungkin akan diumumkan oleh KKM sedikit masa lagi.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi KKM nanti ya!
Tiada apa yang lebih memilukan apabila diduga dengan kehilangan anak. Perginya pula dalam satu kemalangan yang pastinya memberikan satu kenangan perit untuk ditelan. Namun sebagai hambanya, tiada upaya untuk menolak akan takdir Illahi.
Inilah perasaan yang dilalui oleh Mariam Sanani binti Harun. Kehilangan anaknya, Amir Hamzah ibarat wira yang perlu disanjung dan diberi pujian kerana baik budinya. Anak bongsunya ini pergi meninggalkan dirinya selepas niat murninya membantu sebuah kereta yang kemalangan di Lebuhraya 14.5 NKVE pada 12 Oktober lalu dalam hujan lebat pada jam 4 pagi tanpa menyedari ada bahaya yang mendatang.
Emak Amir tiba di perkarangan Hospital Shah Alam bagi menuntut jenazah petang tadi. Namun tidak boleh dibawa pulang lagi sehingga padanan dna dilakukan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari lagi.
Difahamkan Amir tercampak ke dalam Sungai Kayu Ara di lokasi kemalangan selepas terlambung kira-kira 20 meter selepas dilanggar sebuah lori simen yang menghentam kereta terbabit sehingga mengakibatkan dua kematian. Kemalangan ngeri itu tidak berakhir begitu sahaja kerana belum sempat berfikir, dua lagi lori menghentam lori tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan ngeri terjadi.
Ternyata, pelajar yang baik hati ini, sepatutnya menerima segulung diploma selepas tamat pengajian di Cybernetic Internasional Kolej Technology pada hari kejadian, hanya ditemui mayatnya lima hari kemudian di kunci air Seksyen 32 Shah Alam, yang dianggarkan lebih dari puluhan kilometer dari lokasi awal kemalangan.
Baju merah kesukaan Amir inilah yang ditemui pada mayat semasa proses pengecaman tadi. Namun pihak polis masih memerlukan dna ibunya untuk pengesahan dan perlu menunggu 3 hari lagi.
Pemergian ini, biar menyedihkan tapi dia redha. Redha kerana Allah masih memberi peluang untuknya menziarahi kubur biar sudah 5 hari hilang sebelum ditemui. Hari lahir anaknya ke 22 tahun yang jatuh pada 1 November, hanya bacaan doa mampu dipautnya.
Kesemua sanak saudara sudah hadir termasuk dari Pulau Pinang sudah hadir ke Hospital Shah Alam sejak beberapa hari laluKakak baby antara yang menjaga Amir sejak pemuda itu berusia dua tahun lagi dan hubungan mereka cukup rapat. Malah katanya Amir sempat menghubunginya seminggu sebelum kejadian dan berkata, itulah kali terakhir dia akan meminta pertolongan dari emak saudaranya ini. Ternyata ianya menjadi kenyataan.Sesi pengecaman jenazah dilakukan oleh ahli keluarga Amir Hamzah. Turut kelihatan abang dan kakaknya yang kuat mengiyakan itu adik mereka berdasarkan baju merah dipakai adiknya
Tinjauan REMAJA di Hospital Shah Alam tadi, lokasi di mana jenazah Amir Hamzah dipercayai ditempatkan. Tidak menangis dan dilihat kuat kerana tidak mahu dilihat bersedih, biar jenazah anaknya belum diberi kebenaran keluar lagi tapi naluri keibuannya berkata “I know, its her”. Itulah jawapan Mariam tatkala ditanya.
Kata ibu anak enam ini lagi, anaknya memang anak emak, selalu memeluk dan menciumnya. Malah berjanji akan membelikannya macam-macam kesenangan bila sudah bekerja nanti.
“Amir dari dulu minat dalam dunia ketenteraan. Sebelum ini pergi ke temuduga tentera laut tapi tak lepas untuk ketinggian. 18 hb ini sepatutnya Amir ada temuduga akhir untuk tentera darat tapi semua itu tak sempat.
“Masa belajar dahulu, Amir pernah cakap nak jadi chef kapal persiaran mewah. Katanya gajinya dibayar dalam US Dollar dan berbaloi. Katanya lagi, bolehlah dia belikan Mamanya macam-macam.
“Doa memang anak emak. Rindu pada semua kenangan itu,” katanya yang memaklumkan dia redha namun setiap kali saudara mara dan kenalan datang mengucapkan salam takziah, air matanya pasti akan mengalir penuh sebak.
Setakat jam 7 petang tadi, biar selepas bedah siasat sudah sempurna dilakukan tetapi jenazah Amir masih belum dapat dikeluarkan dari Hospital Shah Alam kerana pihak polis masih memerlukan dna keluarganya.
“Saya redha, lima hari lalu saya boleh tunggu, kalau kena tunggu lagi 3 hari untuk ujian dna itu siap, saya akan tetap menunggunya,’katanya memaklumkan dnanya sudah diambil pihak hospital untuk padanan.
Khairul Anuar yang juga abang kedua Amir dilihat agak tenang dan kuat mengatakan mayat ditemui itu adik mereka
Jika orang muda lain teruja mendapat motosikal baru, Yamaha Y 15, namun sebulan lalu Amir Hamzah seakan tidak teruja untuk membawa motosikal baru itu.
Ini dimaklumkan oleh abangnya, Khairul Anuar yang memaklumkan sejak sebulan lalu sebelum pemergiannya, adiknya sudah menunjukkan kelainan.
“Bukan saja tak teruja nak pergi ambil motosikal itu di kedai tapi Amir siap cakap, dia beri motosikal itu pada seorang pakcik yang sedang membuat rumah ayahnya untuk kegunaan angkut simen.
“Memang nampak benar perubahannya. Mungkin dia sudah tahu tapi tidak mahu kami semua susah hati,’ kata Khairul yang turut membuat pengecaman mayat selepas post mortem tadi. Yakin itulah mayat adiknya yang sudah kembung selepas lima hari, tandanya adalah melalui baju merah yang dipakai Amir masih melekat pada badan mayat tersebut.
“Apa pun saya akur dengan permintaan pihak polis yang mahu dna ini dilakukan dahulu. Kubur sudah siap, begitu juga van jenazahnya tapi kami akur dengan arahan ini,” katanya yang mengharapkan doa dari orang ramai untuk kesejahteraan roh adiknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.