Tidak kira musim, kulit kepala yang mengelupas boleh menjadi masalah menjengkelkan yang menyebabkan kegelisahan bagi setiap individu yang mengalaminya.
Jadi bagaimana anda mahu menghilangkannya? Haaaa..ayuh ikuti tips penjagaan kulit kepala ini dari REMAJA:
1. Ubah Diet Anda
Menurut Dr Macrene Alexiades, pakar dermatologi yang berpangkalan di New York, pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kelemumur.
“Makanan berkarbohidrat tinggi boleh mengakibatkan pengumpulan glikogen dalam kulit, yang dimakan oleh ragi,” jelasnya.
Hal ini kerana, makanan manis dan tenusu berkemampuan untuk merangsang kelenjar sebum, yang kemudiannya menghasilkan lebih banyak minyak pada kulit.
Jadi sekiranya anda mahu kulit kepala bebas kelemumur, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bernutrisi karbohidrat dan gula. Barulah kulit kepala bersih dan sihat!
2. Cuci Rambut Lebih Kerap
Ads
Menurut pendandan rambut antarabangsa dan pakar hairstylist Pantene, Barney Martin, berapa kerap anda perlu membasuh rambut dengan syampu sebenarnya bergantung kepada jenis rambut, tetapi secara umum, ramai yang melakukannya dengan kerap
Individu yang terdedah kepada kelemumur atau dermatitis seborrheic harus kerap mencuci rambut mereka sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu untuk mengurangkan pembentukan kelemumur.
3. Skrub Kulit Kepala Anda
Sama seperti keperluan untuk skrub kulit anda, skrub kulit kepala anda dengan lembut juga penting untuk mengangkat lapisan mati di atas kulit kering.
Pengelupasan kulit kepala biasanya menanggalkan kulit mati dengan sejumlah kecil asid salisilik
Ads
Menurut pakar, anda disyorkan menggunakan scrub rambut pada rambut yang basah dan kemudian disyampu sebanyak dua kali seminggu. Pastikan juga anda membaca arahan cara penggunaan skrub tersebut sebaik-baiknya supaya anda membiarkannya pada rambut dalam jangka masa yang betul.
4. Jangan Garu atau Cungkil
Biasalah bila rambut penuh kelemumur atau sudah berminyak, kulit kepala pasti akan terasa sangat gatal dan tidak selesa.
Meski hati meronta mahu menggaru dan mencungkil kuping kelemumur tersebut tetapi anda harus tahu bahawa menggaru boleh memburukkan lagi keradangan dan kerengsaan kulit kepala.
Ads
Terutama jika anda mempunyai kuku yang panjang dan tajam, menggaru boleh menyebabkan luka kulit kepala terbuka yang membawa kepada jangkitan.
5. Gunakan Syampu Yang Bersesuaian
Majoriti pakar percaya bahawa syampu kelemumur khusus adalah cara yang paling berkesan dan paling cepat untuk merawat kelemumur. Ianya boleh didapati melalui preskripsi doktor atau di kaunter farmasi berdekatan.
Bagi anda di luar sana yang mencari syampu anti-kelemumur yang berkesan, boleh dapatkan syampu Suu Balm Gentle Moisturizing Anti-Kelemumur . Formula ini diperkaya dengan tiga jenis bahan aktif anti-kelemumur iaitu Piroctone Olamine, Climbazole, dan Capryloyl Glycine di mana ianya semua amat sesuai untuk kulit kepala sensitif.
Formula lembut namun berkesan ini juga mampu membantu dalam mengurangkan pengelupasan kulit kepala yang kelihatan dalam masa tujuh hari sahaja, di samping sifat mentol semula jadinya yang melegakan gatal secepat mungkin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Suu Balm Malaysia, WATSONS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang pernah dengar tak tentang Bunion? Ha, mesti ada dikalangan kita yang tidak pernah dengar atau tahu mengenai penyakit ini.
Bunion adalah benjolan yang terhasil secara perlahan di tepi tulang ibu jari kaki. Masalah ini berlaku apabila tulang ibu kaki bergesel dengan tulang jari telunjuk.
Arghh, dengar pun dah rasa ngilu.
Kalau korang nak tahu, jika memilih kasut yang tidak sesuai dan dipakai tidak betul, kaki korang boleh terkena sindrom bunion ini. Ia boleh jadi lebih teruk sekiranya korang tidak ambil perhatian. Silap-silap kaki boleh kena bedah.
Namun begitu, bunion ini juga mungkin disebabkan oleh faktor genetik. Jadi korang perlu memastikan sama ada ia bahaya atau tidak dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Penyakit ini tidak akan mengubah struktur tulang kaki tapi boleh membuatkan kaki korang tidak selesa, cramp dan menjadikan kaki selalu kelihatan lebam.
Benjolan yang terkeluar ini juga akan mengakibatkan korang susah nak pakai kasut.
Punca bunion
1. Berdiri lama sangat
2. Pakai kasut yang ketat sehinggakan jari korang terhimpit
3. Pakai heels yang terlampau tinggi sampaikan terlalu banyak tekanan pada ibu jari
4. Mengalami rheumatoid arthritis
Rawatan
1. Makan ubat tahan sakit
2. Letakkan kiub ais di bahagian ibu jari kaki (bantu kurangkan kesan lebam)
3. Gunakan bandage untuk betulkan balik rangka tulang kaki
Namun, sekiranya dah terlampau parah, operation adalah jalan terakhir untuk mengatasi masalah bunion ini.
Jadi, bagi mengelakkan daripada terkena bunion, pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki dan cari bahan dan bentuk kasut yang tidak memberi tekanan pada telapak kaki.
Nampaknya pepatah beauty is pain tu dah tak boleh nak gunakan sangat sebab kalau korang sakit nanti, korang juga yang menderita. Betul tak? Hiks!
Huynh Thi Thanh Thuy dari Vietnam berjaya mengenepikan 70 wakil negara lain untuk dimahkotakan sebagai Miss International 2024 pada Selesa malam, sekaligus menjadi ratu ke-62 pernah memenangi pertandingan ratu cantik tersebut.
Bertempat di Tokyo Dome City Hall, Jepun; malam kemuncak ini bertambah manis apabila Thuy, 22 mencatat sejarah sebagai wakil dari Vietnam pertama yang memenangi Miss International 2024 sepanjang penyertaan negara itu.
Usai diumumkan sebagai Miss International 2024, Thuy dimahkotakan oleh pemenang edisi lalu, Andrea Rubio dari Venezuela.
Empat wakil lain melengkap kedudukan Top 5 dan ia terdiri daripada (mengikut susunan naib juara sehingga pemenang tempat kelima) Camila Ribera Roca dari Bolivia, Alba Perez dari Sepanyol, Sakra Guerrero dari Venezuela dan Sophie Kirana dari Indonesia.
Wakil Malaysia, Ashlyn Ooi tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 wakil terbaik pada tahun ini.
Menariknya mengenai Thuy, gadis kelahiran Da Nang, Vietnam ini merupakan seorang pelajar cemerlang di peringkat sekolah apabila pernah dianugerahkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan Sastera Vietnam pada tahun 2019-2020.
Kini, Thuy sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Bahasa Inggeris di Fakulti Pendidikan Bahasa Antarabangsa, University Da Nang.
Sebelum mewakili Vietnam di Jepun bagi pertandingan Miss International 2024, Thuy terlebih dahulu memenangi pertandingan Miss Vietnam 2022 pada 23 Disember 2022 di Ho Chi Minh City.
Sebagai info, ini merupakan kali pertama organisasi Miss Vietnam menghantar juaranya ke pertandingan Miss International. Terdahulu, juara Miss Vietnam akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Word yang dianggap sebagai pertandingan ratu cantik paling berprestij di mata pemerhati negara berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Koleksi tiara dan mahkota yang dimiliki oleh Ratu Elizabeth II selalunya akan dipinjamkan kepada kaum keluarga untuk digayakan sempena majlis rasmi atau pun hari perkahwinan.
Sebagai contoh, isteri Putera William, Kate Middleton dilihat menggayakan tiara Cartier Halo manakala isteri Putera Harry, Meghan Markle pula mengenakan tiara Queen Mary Diamond Bandeau pada hari perkahwinan mereka. Kedua-dua tiara ini dipinjamkan oleh Queen Elizabeth II kepada isteri cucu-cucunya itu.
Namun begitu berbeza dengan mendiang ibu kepada dua putera ini.
Puteri Diana memilih untuk tidak menggayakan tiara dari koleksi DiRaja Britain pada hari perkahwinan dengan Putera Charles, sebaliknya menggayakan tiara milik keluarganya sendiri.
Tiara yang diberi nama The Spencer itu merupakan harta warisan keluarganya yang merupakan keluarga aristokrat Inggeris. Bahkan sepanjang hidupnya dia dilihat lebih selesa menggayakan tiara milik keluarganya saat menghadiri majlis-majlis rasmi.
Puteri Diana bangga menggayakan tiara warisan keluarganya. Ada juga sumber menyatakan banginda lebih suka menggayakan tiara ini kerana ia lebih ringan berbanding tiada dari koleksi DiRaja. Sumber gambar: Instagram @princessdianaa
Tiara tersebut dibuat pada tahun 1930an oleh pakar perhiasan kemas, Garrad, menggunakan perhiasan kemas pusaka yang dimiliki dari abad ke-18 lagi. Tiara tersebut terdiri daripada rekaan bunga berlian, motif dedaunan dan elemen berbentuk hati. Kesemua batuan tersebut diikat dengan perak dan emas.
Tiara ini pernah digayakan oleh nenek Puteri Diana, Lady Cynthia Spencer yang merupakan Lady of Bedchamber kepada Ibu Ratu Elizabeth II, Ratu Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon.
Lady of Bedcamber merupakan seorang pembantu peribadi kepada Ratu yang mesti berasal dari keturunan wanita aristokrat. Dari arkib lama, dilihat nenek Puteri Diana menggayakan tiara ini saat berada di majlis keraian DiRaja.
Rekaan tiara The Spencer yang moden menjadikan ia sesuai digayakan dengan pelbagai jenis busana. Sumber gambar: Instagram @princessdianaa
Selepas kematian Puteri Diana, tiara The Spencer ini disimpan rapi oleh keluarganya dan pernah digayakan oleh anak saudara mendiang, Celia McCorquodale ketika hari perkahwinannya.
Anak saudara Puteri Diana menggayakan tiara The Spencer di hari perkahwinannya. Sumber gambar: Glamour
Walaupun begitu kedua-dua menantunya Kate Middleton dan Meghan Markle dilihat tidak pernah lagi menggayakan tiara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!