
Industri kandungan digital tanah air terus disegarkan dengan kemunculan kolaborasi seeNI x Remaja UniDrama, sebuah pertandingan mikro-drama universiti yang meraikan bakat penceritaan generasi muda Malaysia.
Dianjurkan oleh seeNI, jenama aplikasi di bawah Nu Ideaktiv dengan kerjasama REMAJA, inisiatif ini menjadi medan utama mahasiswa mengekspresikan kreativiti menerusi drama vertikal dan penceritaan ‘short-form’ yang semakin mendapat tempat dalam dunia hiburan digital.
Menariknya, ia lebih daripada sekadar pertandingan, seeNI x Remaja UniDrama turut tampil sebagai platform pembangunan bakat apabila menampilkan barisan juri profesional daripada industri filem, media dan hiburan digital.

Selain itu, setiap karya yang dipertandingkan dinilai bukan sahaja dari segi teknikal dan naratif, malah peserta turut didedahkan kepada bimbingan industri berkualiti tinggi sebagai persediaan melahirkan penggiat kreatif baharu negara.
Pelbagai genre dipertaruhkan termasuk seram, komedi romantik dan kisah benar dan kepelbagaian ini menjanjikan pengalaman tontonan yang segar, dekat dengan realiti anak muda serta sarat emosi. Kini, sebanyak enam universiti berentap untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM12,000.

Daripada enam konsep drama terbaik yang terpilih, setiap pasukan juga bakal menerima dana sebanyak RM4,000 bagi menghasilkan drama penuh yang akan ditayangkan secara eksklusif di aplikasi seeNI bermula 1 Februari. Episod terbaru akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2.00 petang, sekaligus menjadikan platform seeNI sebagai salah satu destinasi wajib pencinta konten tempatan.
Undian awam dibuka serentak dengan tayangan episod pertama, penonton juga diberikan kuasa untuk menjadi penentu kejayaan peserta. Setiap undi membawa makna besar kerana ia menyumbang mata penting dalam menentukan juara keseluruhan.
Agaknya siapa yang bakal dinobatkan sebagai Juara seeNI x Remaja UniDrama? Jawapannya berada di tangan anda!
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi seeNI sekarang, tonton episod UniDrama dan undi drama kegemaran anda hari ini. Sokong bakat muda tempatan dan bersama-sama tentukan juara!

Tak perlu pening, proses mengundi sangat mudah. Ikuti 8 langkah ini untuk menyokong drama kegemaran anda:
- Muat turun aplikasi seeNI: Aplikasi seeNI boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau App Store.
- Buka aplikasi dan tekan poster seeNI x Remaja UniDrama: Cari poster pertandingan UniDrama yang tertera di halaman utama aplikasi.
- Tonton semua drama yang dipertandingkan: Pastikan anda menonton keenam-enam drama yang bertanding sebelum membuat undian.
- Tekan butang “Klik untuk Undi”: Butang ini akan muncul secara automatik selepas tontonan drama selesai.
- Pilih drama kegemaran anda: Tandakan drama yang paling mencuri perhatian dan memberi kesan kepada anda.
- Tekan butang “Vote / Undi”: Sahkan pilihan undian anda.
- Log masuk ke akaun seeNI: Log masuk diperlukan bagi melengkapkan proses undian.
- Beri poin kepada drama kegemaran anda: Setiap undian anda akan menyumbang mata penting kepada drama pilihan.

Untuk info, seeNI x Remaja UniDrama merupakan projek yang diperkasakan oleh pelajar universiti menerusi aplikasi seeNI sebagai platform mencurahkan kreativiti mereka melalui medium filem pendek.
Ia bukan sahaja membuka ruang pendedahan karya kepada umum, malah menjadi batu loncatan buat bakat muda untuk melangkah lebih jauh dalam industri kreatif tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
















