Seminggu telah berlalu selepas berlakunya tragedi tiga anak kapal yang dilaporkan hilang setelah bot yang dinaiki mereka terbalik akibat ribut dan ombak besar.
Bot tunda Ever Winner yang berlepas dari Kinabatangan ke Sandakan itu dilaporkan karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar.
Dalam perjalanan tersebut, ia sedang menunda sebuah tongkang bernama Ever Eternity tanpa muatan dan mengharungi cuaca buruk sebelum disedari hilang oleh syarikat pengangkutan bot.
Mereka yang hilang dalam kejadian jam 4 pagi itu ialah kapten bot, Mohamad Mal, 49, serta dua kru, Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22 dan Azlan Hassan, 23.
REMAJA menghubungi abang kepada salah seoang mangsa yang hilang iaitu Azlan Hassan.
Menurut Albin Hassan, dia tidak menyangka tragedi buruk seperti akan menimpa adiknya. Tambahan pula apabila mangsa baru saja memulakan pekerjaan tersebut kira-kira sebulan lebih dan baru saja berlayar bersama rakan sekerja lain selama tiga kali.
Menurut Albin, pasukan penyelamat buat masa ini tidak dapat meneruskan pencarian untuk hari kelapan disebabkan keadaan cuaca dan laut yang masih bergelora.
Namun, disebabkan kasih ibu dan ayah, meraka sanggup membina pondok kecil berdekatan Sungai Kinabatangan demi usaha mencari adiknya itu. Hal ini kerana keluarga Albin menetap di Sandakan dan perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa 3 jam.
Albin sempat berkongsi satu video sebelum adiknya dan rakan yang lain bertolak ke laut pada hari kejadian.
Dapat diperhatikan, mereka kelihatan begitu gembira dan teruja. Namun, tiada siapa menyangka itulah momen terakhir mereka menemui keluarga sendiri sebelum tragedi berlaku.
Setakat ini, usaha menyelamat dan mencari mangsa hilang masih giat dijalankan oleh ahli keluarga dan pegawai yang bertugas.
Marilah kita berdoa agar adik Azlan dan rakan-rakan lain dijumpai dengan selamat. Kami dari pihak REMAJA mendoakan urusan Albin sekeluarga dipermudahkan dan bertabah dengan dugaan yang menimpa ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam satu kejadian yang tular di media massa petang ini, tular rakaman sebuah kereta remuk di Jalan Sungai Besi apabila dihempap kepingan konkrit pada jam 5.48 petang berhampiran TBS.
Walau bagaimana pun, di sebalik kepingan konkrit itu, dimaklumkan wanita yang berada di dalam kenderaan itu terselamat .
Memetik laporan Harian Metro, tular satu rakaman video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.
Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.
Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
"Kepingan konkrit pembinaan lebuh raya anggaran satu meter persegi jatuh atas kereta Proton Saga FLX milik mangsa.
"Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.
Katanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan pejuang Palestine iaitu Hamas telah bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata dengan Israel, Qatar dan Amerika Syarikat selepas lebih 460 hari perang yang telah memusnahkan Gaza.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani berkata bahawa perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa pada hari Ahad ini.
A view shows houses and buildings destroyed in Israeli strikes, in Jabalia in the northern Gaza Strip, October 11, 2023. REUTERS/Anas al-Shareef
Ini yang korang perlu tahu tentang Genjatan Senjata Di Gaza
Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Mohammed Al Thani juga mengesahkan pembebasan 33 tebusan Israel semasa fasa pertama gencatan senjata Gaza.
Gencatan senjata itu merupakan langkah pertama ke arah kestabilan yang berkekalan.
Trump sebelum ini mengumumkan gencatan senjata tersebut, menyifatkannya sebagai ‘perjanjian epik’.
“Tiada lagi pengganas(Hamas) di Gaza,” katanya dan berikrar untuk meluaskan lagi Perjanjian Ibrahim.
Pentadbiran Joe Biden mengesahkan gencatan senjata itu, manakala rakyat Gaza meraikan hari tersebut.
Perjanjian itu juga membenarkan penduduk Palestine yang dipindahkan untuk kembali ke rumah mereka – walaupun selepas kempen pemusnahan yang disengajakan Israel, banyak rumah tidak lagi kekal.
Fasa awal akan berlangsung selama enam minggu, dan akan melibatkan pertukaran tahanan terhad, pengunduran sebahagian tentera Israel di Gaza dan lonjakan bantuan ke dalam kawasan terkesan.
Tiga puluh tiga tawanan Israel termasuk wanita, kanak-kanak dan orang awam berusia lebih 50 tahun yang ditahan oleh Hamas akan dibebaskan. Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih ramai tahanan Palestine dalam fasa ini, termasuk banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Antara rakyat Palestine yang dibebaskan adalah sekitar 1000 yang ditahan selepas 7 Oktober.
Selaras dengan pertukaran tawanan, Israel akan menarik pasukan tenteranya dari pusat penduduk Gaza ke kawasan tidak lebih daripada 700 meter di dalam sempadan Gaza dengan Israel.
Untuk info, sejak peperangan di Gaza sejak 7 Oktober 2023 seramai 46,600 orang terbunuh akibat serangan udara dan darat Israel dengan lebih separuh terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Ramai terfikir, insya Allah kita akan selamat kalau memakai jaket keselamatan ketika berada di tengah laut. Seandainya berlaku sesuatu seperti ribut dan ombak besar yang mengakibatkan bot dinaiki karam, sekurang-kurangnya kita masih akan terapung jika memakai jaket keselamatan.
Ya,itulah yang kita fikirkan. Dan seandainya terjadi kejadian lemas, perkara pertama kita fikirkan, nie mesti mangsa tak pakai jaket keselamatan.
Untuk pengetahuan semua, bukan semua jaket keselamatan yang selalu kita disuruh pakai dan disediakan oleh pengendali bot sesuai untuk aktiviti di laut. Malah ada jaket keselamatan dikhususkan untuk tasik yang tidak berombak.
Ada juga jaket keselamatan yang tak mampu pun bertahan lama di laut kalau kita lambat dijumpai sekaligus mengakibatkan kita boleh kehilangan nyawa walau kita memakai jaket keselamatan.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkongsi jenis-jenis jaket keselamatan yang harus kita tahu dan sila belajar dan hadam betul-betul. Ini kerana setiap jaket keselamatan direka mengikut keadaan situasi. Pendek kata ada sesuai, ada tak sesuai dipakai untuk aktiviti laut dan sebagainya. Jangan main pakai apa diberi oleh pengusaha bot, sekurangnya kita kena tahu dan ada ilmu juga. Lebih senang kalau jadi apa-apa walau kita tak meminta ia berlaku.
Nah, korang kenal baik-baik jaket keselamatan dan kenali fungsinya seperti di kongsikan oleh APM ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!