Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Lebih menyedihkan pemergian anak dikasihi itu jatuh pada tarikh lahir sang ibu yang mana sebelum itu arwah sudah berjanji akan meraikan sambutan itu bersama-sama.
Perasaan sebak kehilangan anak, Mohd Azwan Azlan, 24 yang maut semalam dan selamat dikebumikan pagi tadi akibat dihempap traktor membuatkan hati seorang ibu merintih kesedihan.
Ini kerana majlis sambutan hari jadi yang dirancang bertukar menjadi majlis tahlil.
Kedua ibu bapa ini redha atas pemergian sang anak yang disifatkan sangat baik dan penyayang
Siti Hajar Harun, 49, yang sepatutnya meraikan ulang tahun kelahirannya bersama anak-anak berkata, hatinya luluh selepas menerima perkhabaran tersebut, apatah lagi selepas sejam arwah anaknya, Mohd Azwan Azlan, 24, memberi ucapan selamat hari lahir kepadanya menerusi status WhatsAppnya sebelum dikhabarkan meninggal dunia.
Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, Mohd Azwan meninggal dunia di tempat kejadian selepas traktor dipandunya terbabas lalu terperosok ke dalam parit di Jalan Parit, Sungai Haji Dorani di sini.
Siti Hajar berkata, anak-anaknya sebelum ini merancang berkumpul bagi meraikan ulang tahun kelahirannya dengan mengadakan majlis makan malam di rumah, namun takdir sebaliknya terhadap mereka sekeluarga.
“Luluh hati saya bila mengenangkan tarikh istimewa kelahiran bertukar menjadi detik memilukan seperti ini,” katanya.
Ads
Traktor dipandu Mohd Azwan terbabas lalu menghempapnya
Siti Hajar turut berkongsi ucapan hari lahir arwah kepadanya sambil memberitahu anaknya itu juga turut mendoakannya supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Sementara itu bapa mangsa, Azlan Rasidi, 54, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan abangnya yang tinggal berhampiran rumah.
“Arwah selalu cakap nak berhenti kerja bawa traktor dan dua minggu lepas ada kata nak ikut kawan dia bekerja sebagai pemandu kapal korek di Pahang.
“Saya nasihatkannya supaya bekerja di kampung kerana di sini pun ada kerja yang bersesuaian, tambahan pula dia minat membawa jentera berat,” katanya.
Ads
Traktor dipandu Mohd Azwan terbabas lalu terperosok ke dalam parit di Jalan Parit, Sungai Haji Dorani petang semalam.
Traktor dipandu Mohd Azwan terbabas lalu terperosok ke dalam parit di Jalan Parit, Sungai Haji Dorani petang semalam.
Bagaimanapun, katanya, dia reda pemergian Allahyarham Mohd Azwan yang disifatkan seorang anak baik dan tidak pernah melawan ibu bapa.
Ads
“Arwah juga seorang periang dan suka bergurau selain mengambil berat hal keluarga,” katanya.
Jenazah Mohd Azwan disembahyangkan di kediamannya pada jam 9.30 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu traktor terbabas dan terjunam ke dalam parit mengakibatkannya meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula ‘planet gummy’ dan ‘eye balls’ yang kini semakin tular dalam kalangan masyarakat kita halal di makan atau tidak terjawap apabila satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM mengandungi bahan tidak halal.
Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula yang diimport dari China mengelirukan orang ramai kerana turut dijual secara atas talian dengan perakuan halal.
Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun Tik Tok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut.
Untuk makluman, isu ini telah diberi perhatian dan siasatan akan dijalankan memandangkan produk tersebut merupakan produk import. Sebagai pengguna, semua pihak dinasihatkan agar lebih berwaspada apabila membuat pembelian secara dalam talian dan pastikan status halal produk terlebih dahulu.
Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Untuk mengetahui produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal:-
Sebelum ini, REMAJA pernah menghubungi menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM berkenaan isu gula-gula White Rabbit yang sah mengandungi gelatin babi, dan apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.
“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini Jepun telah pun menyatakan bahawa negara itu sudah menyekat kemudahan visa terhadap 111 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, termasuklah Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.
Namun, baru-baru ini kerajaan Jepun dilaporkan sedang membuat pertimbangan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand. Penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara-negara tersebut, ditambah pula mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun.
Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan.
Haih, maaf guys nama Malaysia tidak termasuk dalam senarai kemasukan pelawat ke Jepun. Hiks!
Namun begitu, larangan masuk ke Jepun terhadap 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat adalah berkuatkuasa sehingga akhir Jun ini.
Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini, selepas kerajaan meneliti dan membuat perjanjian dengan keempat-empat negara itu.
Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya.
Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.
Mungkin disebabkan hal ini membuatkan negara matahari terbit itu mengambil keputusan untuk melonggarkan larangan masuk bagi empat negara terbabit.
Rasanya kalau nak travel dalam waktu terdekat ni pun macam tak berapa yakin lagi, jadi korang sabarlah dulu okay? Hiks!
Mengabadikan kenangan bersama pasangan sebelum diijabkabul antara perasaan terindah yang sukar dilupakan. Ini kerana gambar-gambar sebelum perkahwinan atau disebut pre wedding dengan pelbagai konsep dan gaya antara impian setiap pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ini jkerana gambar inilah bakal disimpan sehingga anak cucu.
Saksikan lebih 40 keping gambar pre wedding serata dunia yang kelihatannya agak pelik serata dunia hingga menimbulkan bahan jenaka lucu kerana cara pasangan ini bergambar. Kena scroll paling bawah gambar paling pelik di mana pasangannya dari Malaysia.
Mungkinkah ini gambar pre wedding paling pelik yang datangnya dari Safiey Illias dengan couplenya yang tular di media sosial mulai semalam. Atau ia sekadar dakwaan semata-mata. Waallualalam!. Biar tiada kata rasmi atas perbuatan keduanya tetapi perbuatan ini sama sekali dianggap sangat pelik dan melanggar norma agama. Jadi korang boleh tahulahkan siapa paling pelik di dunia nie.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!