Berita

Sebelum Ini Hilang Kontrak, Kini Dapat Rezeki Besar! Elly Mazlein Jadi Duta Raya Jakel 2026

Share

Pengacara dan penyanyi popular, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina kini mencipta satu lagi kejayaan apabila diumumkan sebagai duta raya baharu Jakel untuk tahun 2026.

Berita menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh pihak Jakel menerusi laman Instagram rasmi mereka, sekali gus menjadi tanda sokongan buat Elly yang baru sahaja berhijab.

“Duta Raya Jakel 2026 siap sedia gegarkan musim raya dengan gaya luar biasa. Sebuah perjalanan baru bermula.

“Selepas melalui pelbagai dugaan dan kehilangan beberapa kontrak selepas berhijrah, Jakel tampil menyambut Kak Lina dengan penuh kasih dan penghargaan,” kongsi Jakel.

Dalam hantaran sama, jenama tekstil terkenal itu turut menyatakan keyakinan bahawa peluang ini akan membuka lebih banyak pintu rezeki buat Elly selepas melalui fasa mencabar dalam kariernya.

“Kami di Jakel percaya, perubahan ke arah kebaikan bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada rezeki yang lebih indah. Selamat datang ke keluarga besar Jakel, Kak Lina,” jelas mereka lagi.

Tidak ketinggalan, Elly turut meluahkan rasa syukur dan terharu atas kepercayaan yang diberikan pihak Jakel, serta berjanji akan membawa manfaat buat masyarakat melalui kerjasama tersebut.

“Terima kasih buat Datuk Seri Faroz & keluarga besar Jakel kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk JakeLlina bekerja lagi bersama Jakel.

“Moga murah rezeki Jakel dan terus meraikan JakeLlina dan rakyat majmuk. Kalau nak tahu, JakeLlina secara rasmi adalah President Rakyat Majmuk.

“Boleh ke JakeLlina nak usulkan Jakel memberi harga jualan hadiah untuk orang ramai supaya JakeLlina terpaling cantik sepanjang raya 2026,” tulis Elly berseloroh.

Sebelum ini, pelantun lagu popular Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah berkongsi bahawa beberapa tawaran kerja terpaksa dibatalkan selepas beliau tampil dengan imej berhijab.

Untuk info, Elly mengejutkan ramai apabila muncul berhijab buat pertama kali semasa mengacarakan konsert akhir Kilauan Emas 2025.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath