Kehadiran pemilik nama Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor dalam pencarian Dewi Remaja 2022 tidaklah selancar yang disangka ramai. Ini kerana penyakit Talasemia yang dihadapinya selama ini. Bee, 20 yang berjaya merangkul gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu bagaimanapun tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak mencuba sehabis baik dalam setiap cabaran yang beri sepanjang empat bulan dalam program tersebut.
Hinggalah sewaktu pentas akhir Dewi Remaja 2022 lalu, orang ramai tidak mengetahui secara meluas mengenai penyakit Talasemia yang dihadapi Bee. ‘Kehilangannya’ ketika pengumuman peserta Top 4 oleh hos, Fikry Ibrahim mencetuskan persoalan dalam kalangan penonton dan penulis mendapatkan kisah sebenar daripada mulut Bee sendiri mengenai kondisi kesihatannya itu.
“Saya tidak sangka Fikry beritahu perkara itu (pengsan) kepada penonton di dalam dewan (ketawa).
“Sebenarnya sejak rehearsal pada petang itu lagi, saya sudah kekurangan oksigen. Semasa kami sedang disiapkan mekap dan baju, saya sudahpun masuk ambulans untuk mengambil oksigen dan tenangkan diri.
“Tamat persembahan tarian kami dan masuk sahaja segmen iklan, (kondisi saya) bertambah teruk. Campur rasa nervous lagi, mungkin itulah punca ia bertambah serius. Saya sesak nafas dan terus pengsan. Kira dua kali jugalah saya pengsan pada masa itu.
“Bagi yang tidak tahu, saya juga merupakan penghidap penyakit Talasemia dan pada minggu persediaan finale itu, kami memang tidak cukup rehat dan tekanan darah saya amat rendah. Sebagai pesakit Talasemia, kami memang diberi amaran untuk tidak membiarkan diri terlalu penat. Mungkin disebabkan minggu terakhir persediaan Dewi Remaja 2022 terlalu padat dengan kelasnya, fitting-nya dan latihan.. jadi kami tidak cukup tidur,” dedah gadis yang berasal dari Johor itu.
Ads
Tidak Mahu Longlai
“Benar, kakitangan paramedik enggan saya meneruskan saingan tetapi bila mendapat tahu saya layak ke Top 4, saya cakap sahaja boleh (teruskan saingan). Nasib baik abang saya ada di situ untuk mengangkat saya di belakang pentas dan menukar gaun kedua.
“Dalam kepala saya, I just want to finish this. I cannot do this (pengsan dan tidak bermaya).
“Ibu saya ada di situ dan ahli keluarga saya hadir jauh dari Johor untuk melihat saya di atas pentas. I have to be on stage!”
Jelasnya lagi, mindanya masih terganggu semasa menjawab soalan pada pusingan kedua. Sebaik memperolehi soalan daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, katanya dia terus menjawab mengikut apa yang terlintas di minda sambil berharap dirinya tidak ‘longlai’ di atas pentas.
Ads
“Itulah Perasaan Saya..”
“Jangkaan saya sebenarnya hanyalah hingga peringkat Top 10. Itu sudah cukup bagus. Pada malam tersebut, saya hanya ingin have fun sahaja dan lakukan yang terbaik tanpa apa-apa expectation. Saya hanya ingin memperlihatkan kepada ibu saya sisi saya yang cantik (ketawa). Sudah berada dalam kalangan sepuluh orang peserta akhir sudahpun satu pencapaian besar bagi diri saya.”
“Bila nama saya diumumkan sebagai peserta Top 4, memang terkejut kerana saya tidak meletakkan harapan menggunung.
“Bertambah-tambah rasa terkejut bagi saya bila diumumkan sebagai Top 2. Dengan keadaan kesihatan tidak berapa stabil ini, saya pun tidak sangka juri melihat potensi saya hingga tahap ini.
Ads
“After all the hard work I have put throughout seven episodes and being there in Top 2, barulah sekarang saya mengerti potensi bakat saya. Itulah perasaan saya pada waktu ini. (semasa sidang media Sabtu lalu),” kongsi Bee yang kini merancang untuk menetap di Kuala Lumpur disebabkan peluang yang besar ada di sini.
“Tidak kisahlah, apa jua rezeki dan sesiapa saja yang melihat bakat Bee, Bee akan pergi jika ada peluang. Jika tiada tawaran, Bee akan terus mencarinya,” simpul gadis hitam manis ini.
Tahniah Bee Aishah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik kini sudah seminggu sejak REMAJA umumkan senarai 12 orang Finalis DEWI REMAJA 2018/19 yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Dan sejak pengumuman tersebut ramai penyokong setiap peserta nampaknya semakin sudah tidak sabar menantikan apakan cabaran serta tugasan yang harus mereka lakukan sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Kepada yang mengikuti setiap perkembangan keesmua Finalis DEWI REMAJA kali ini di Instagram mereka pasti mengetahui bahawa sekarang mereka sedang manjalani penggambaran bersama Astro untuk program TV di Tadom Hills Resort, Banting.
Agaknya apakah tugasan yang perlu mereka lakukan sepanjang berada di sana? Menerusi IG stories mereka apa yang korang boleh tahu ialah mereka diwajibkan untuk berkhemah dan tidur di ruang terbuka.
Dan semalam kesemua mereka menggayakan OOTD dengan gaya seperti askar atau mungkin insprisari daripada filem Paskal: The Movie.
Jangan lupa saksikan DEWI REMAJA 2018/19 bermula 25 November 2018, 10:30 malam hanya di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Jom kita tengok gaya OOTD ‘Paskal’ DEWI REMAJA 2018/19!
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut muat naik di Instagram Scha, suaminya Awal Ashaari dan anak sulung mereka, Lara Alana, bayi perempuan seberat 3.2kg itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua pada 12 Februari 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Keduap-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga,” catat ketiga-tiga akaun Instagram mereka.
Buat masa ini, bayi tersebut hanya dikenali sebagai Baby L.
Mereka sekeluarga menunggu waktu yang bersesuaian setelah Scha dibenarkan pulang ke rumah dalam masa beberapa hari untuk memperkenalkan nama Baby L untuk pengetahuan khalayak.
Tak sabar rasanya nak menatap wajah Baby L buat pertama kali.
Terdahulu, Scha dan Awal pernah berkata dalam temuramah di majlis makan malam Nona Superwoman Award 2020 bahawa mereka inginkan jantina Baby L menjadi kejutan buat mereka bertiga dan sanggup menunggu hingga ke saat-saat kelahiran hari ini untuk mengetahuinya.
Pelakon jelita, Anna Jobling tampil berkongsi momen disaat dapat bersua muka bersama anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, Puteri Ameerah berkenan bertemu dengannya dan berborak panjang ketika mereka bertemu di sebuah hotel di Brunei, baru-baru ini.
“Sejujurnya saya terkejut apabila dimaklumkan Puteri Ameerah kenal saya dan mahu berjumpa dengan saya. Apabila beliau sampai di lokasi acara, terus saja peluk peluk saya.
“Terharu dan rasa teruja sebab bukan senang nak jumpa Princess (panggilan), kiranya saya bertuah dapat kesempatan bertemu beliau.
“Boleh dikatakan lama juga kami habiskan masa berdua berbua isu ‘girl talk’, lebih kurang dua jam, memang rezeki saya dapat peluang sebegini,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23).
Dalam pada itu, aktres berusia 23 tahun itu turut memaklumkan yang Puteri Ameerah mengikuti perkembangan, selain gemar menonton drama lakonannya.
“Princess ada maklumkan tengok drama saya, tapi saya tak tanya yang mana satu, malah beliau kata minat lakonan saya. Sebelum itu saya ada tanya macam mana kenal Anna.
“Itu yang beliau dedahkan banyak tonton drama saya. Terharu rasanya sebab saya pun memang ikuti perkembangannya menerusi media sosial,” ujarnya panjang.
Sebelum ini Anna memuat naik gambar dengan Puteri Ameerah dalam Instagram yang mencetuskan tanda tanya ramai terhadap kunjungan ke negara seberang itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Anna Jobling
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.