Siapa yang tidak kenal dengan figura popular seorang ini. Namanya bagaikan tidak pernah luntur dalam industri seni tanah air dek bakat yang dimilikinya.
Scha Al Yahya, seorang pelakon dan pengacara berbakat besar. Figura ini semakin dunia selepas bekerjasama dengan banyak jenama-jenama mewah antarabangsa.
Terbaharu, secara rasminya bintang kesayangan ramai ini dipilih sebagai mentor dan juri tetap bagi program Hero Dewi Remaja 2023.
Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan kelibat bintang ini di layar skrin!
Berkata kepada Remaja, Scha akui teruja dirinya dilantik sebagai juri tetap dan mentor selain menyifatkan tanggungjawab yang digalasnya ini adalah agak berat kerana ‘bermain’ dengan masa depan para peserta.
“Saya untuk edisi kali ini sebagai mentor dan juri adalah tugasan yang besar buat saya kerana tanggungjawab. Selain itu, memang saya perlu menilai pada masa sama saya perlu juga bersama mereka.
Ads
“Kerana bagi saya, pada akhirnya ini adalah rezeki mereka. Kita tidak mahu membazirkan bakat yang ada pada mereka, jadi saya rasakan tanggungjawab ini adalah berat.
“Ya, I am your sister, I am your kakak di sini, tetapi pada masa sama saya di sini untuk mentor anda. Saya juga perlu ada limit dengan mereka,” tuturnya ketika ditemu bual.
Pernah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2005/2006 , kini dirinya tampil menabur bakti semula dalam program realiti gilang gemilang ini.
Jelas Scha lagi, tugasan hakikinya untuk edisi ini bukan hanya sebagai hos dan juri, namun sebagai aktres berpengalaman, sedikit sebanyak mempunyai tanggungjawab dalam memberi dorongan dan membantu buat bakal pelapis industri seni tempatan itu.
Ads
“Sebagai mentor dan hos ini kita perlu menjadi neutral tetapi dalam masa sama ia juga adalah proses mahu mengajar mereka.
“Kita main dengan periuk nasi orang, jadi kita jangan sia-siakan masa depan dan bakat mereka. Kita di sini perlu menolong dan beri dorongan dengan apa yang boleh kita berikan kepada mereka yang masih baru dalam industri seni,” katanya.
Kenapa Anda Kena Tengok Hero Dewi Remaja 2023!
Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, edisi kali ini adalah berbeza dengan yang lalu kerana setiap peserta mempunyai karakter dan bakat tersendiri.
Ads
“Kenapa anda semua perlu tonton Hero Dewi Remaja 2023 adalah bagi saya kenapa anda semua tidak patut tonton.
“Kerana saya beri tahu anda, peserta kali ini sangat berbeza dan rata-rata daripada mereka berbakat, yakin. Good looking, yes of course!” ujar Scha.
Two Is Better Than One!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semua telah sedia maklum, minggu ini sememangnya padat dengan pelbagai jenis acara besar yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.
Bermula dengan perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand semalam yang berakhir dengan…..okay takpelah, kita lupakan dulu episod tu. Kemudian, pada malam ini telah berlangsungnya upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan pada esok harinya, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 60.
Tahniah Malaysia, you have turned 6 series!
Dalam kemeriahan tersebut, salah satu pasukan yang dalam diam sedang berkerja bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan acara-acara ini terjamin tak lain tak bukan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi yang masih belum tahu, salah seorang daripada finalis Pencarian Hero Remaja 2017 kali ini juga merupakan seorang anggota polis di Bukit Aman. Berusia 23 tahun, Irfan Akmal Akasah atau mesra dipanggil Irfan memang tak menang tangan sepanjang minggu ni.
REMAJA sempat mencuri sedikit masa Irfan untuk bertanya mengenai persiapannya esok bersama ahli pasukan yang lain. Hhm, kena kawad ke Irfan….?
Instagram: @irfanakmal1509
Sempena perarakan Hari Kemerdekaan esok, apakah tugasan yang dipikul oleh Irfan?
Seawal jam 6.00 pagi esok, saya sudah perlu standby di perkarangan Masjid Negara kerana kami dijadualkan untuk berkumpul di situ. Kami perlu mempersiapkan diri dari segi pakaian dan peralatan sebelum memulakan perarakan polis pada jam 9.00 pagi.
Dari Masjid Negara, saya bersama komando dan ahli polis lain akan bergerak menuju ke kompleks SOGO. Sepanjang perjalanan itu, saya akan melalui kawasan Dataran Merdeka semasa upacara berlangsung.
Pasukan saya esok terdiri daripada 30 orang kesemuanya. 10 orang dari STAFOC (Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang), 10 orang dari STAGG (Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme) dan 10 orang dari STING (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik). Tugasan kami semua adalah untuk memantau keadaan sekeliling sempena Hari Kemerdekaan dalam bentuk formasi berjalan.
Apa yang akan terjadi setelah tiba di kompleks SOGO?
Selepas sampai di sana, kami akan menunggu arahan baru dari pegawai atasan. Arahan itu sebenarnya tak tentu. Kadangkala, kami diarahkan untuk berkumpul dulu, menjaga tempat atau perlu ke tempat lain.
Instagram: @irfanakmal1509
Apakah pakaian yang akan Irfan sarungkan esok?
Esok, kami semua akan memakai full gear yang terdiri daripada safety helmet, black halt (sarung tangan), baju kalis peluru, but operasi dan sebagainya. Total untuk satu badan itu boleh mencecah enam ke tujuh kg beratnya.
Ya, berat! Tapi saya sudah terbiasa kerana saya perlu memakai benda yang saya semasa operasi lain. Antara saya dan ahli polis senior yang lain, tak ada perbezaan dari segi pakaian untuk esok. Semuanya sama saja.
Berapa lama persediaan pasukan polis untuk Hari Kemerdekaan esok?
Tak lama, hanya sekitar seminggu. Kami hanya berlatih untuk formasi berjalan dan berikan tanda hormat kepada VVIP esok. Jika kemungkinan berlakunya kekecohan, pihak PDRM memang sudah lama berlatih untuk menghadapi kemungkinan tersebut. Itu latihan biasa untuk saya.
Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, netizen dan peminat Noor Neelofa telahpun ‘dijamu’ dengan pelbagai stail fesyen selebriti tersebut di Eropah.
Neelofa hari ini baru saja tamat menghadiri pertunjukan Minggu Fesyen Milan di Itali bagi koleksi musim luruh/sejuk 2019. Jadi tak hairanlah apabila dia bersama Glam Squad – jurusolek Khir Khalid dan penata gaya Colin Sim – ‘bermain’ dengan looks berbeza bagi setiap acara fesyen.
Now, we will talk about her style later.
Apa yang paling mengujakan semalam semasa pengacara MeleTOP itu berada di acara Salvatore Ferragamo adalah dia bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon siri Netflix, Stranger Things!
OMG, okay babe – jelly much.
Dalam foto yang dimuat naik di Instagram dan Twitter, Neelofa dengan Natalia Dyer (Nancy Wheeler), teman lelakinya Charlie Heaton (Jonathan Byers) dan Joe Keery (Steeve Harrington).
Selebriti berusia 30 tahun itu menulis caption berbunyi, “Guess who went to the Upside Down land?”. What a way untuk menyambut bulan kelahiran ke-30.
Rata-rata peminat cemburu dengan foto tersebut, sukakan stail neelofa dan seperti biasa, mengecam stail hijab dan skirt bawah lutut yang dipakai. Tetapi ada juga yang ingin melihat dia menyertai barisan pelakon Stranger Things untuk musim keempat.
Apa pendapat korang, okay tak kalau Neelofa mendapat watak dalam siri tersebut?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memegang gelaran Juara Hero Remaja 2011/2012 merupakan satu pengalaman manis buat insan yang bernama Fattah Amin. Pada waktu itu, dia hanyalah seorang pelajar jurusan Pengurusan Filem yang menuntut di UITM Puncak Perdana.
Banyak kenangan yang terukir sepanjang perjalanan kariernya sebelum menempa nama di dalam dunia hiburan tanah air. Bermula sekadar suka-suka menjadi model dalam ruangan fesyen majalah Remaja, Fattah akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke sesi uji bakat Hero Remaja 2011/2012.
“Sebelum terdetik untuk masuk ke dalam Hero Remaja ini, sebenarnya saya ada buat sesi photoshoot bersama majalah Remaja. Kebetulan ketika itu memang pencarian Hero Remaja baru sahaja nak bermula. Jadi dari situ, wartawan Remaja itu sendiri yang mencadangkan untuk saya mencuba nasib dalam program tersebut,”
“Saya hanya mencuba kerana sebelum itu juga saya sudah terbabit dalam bidang modeling secara sambilan, jadi tak salah rasanya saya ambil peluang ini. Alhamdulillah, dah memang rezeki saya apabila menjadi finalis Top 20 Hero Remaja ketika itu,” jelas Fattah Amin.
Perlu bersaing dengan Saharul Ridzwan dan Syafiq Kyle pada ketika itu, Fattah mengakui bahawa dia merupakan peserta underdog dan bukanlah peserta yang sering mendapat tempat terbaik sepanjang 9 bulan program tersebut dijalankan. Namun, berkat usaha dan keyakinan yang ada, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berjaya menonjolkan diri di pentas akhir.
“Semua finalis Hero Remaja pada ketika itu mahu lakukan yang terbaik untuk buktikan kepada semua yang kami layak bertanding dalam program ini. Rasanya memang dah rezeki saya di malam pusingan akhir, daripada seorang peserta underdog akhirnya mendapat kedudukan top 3 dan seterusnya, bergelar juara Hero Remaja 2011/2012,” kongsinya lagi.
Selepas bergelar juara, Fattah mula serius meneruskan kerjaya dalam bidang seni dan kariernya bermula dari bawah, sehingga namanya melonjak naik dan pernah mendapat penghargaan peminat sebagai Bintang Paling Popular 2017.
“Nak kata selepas menang terus dapat job tu tidak juga. Selepas Hero Remaja saya menunggu lebih kurang beberapa bulan kerana pada waktu itu pihak produksi pun tak berani nak beri tawaran kepada kami, kerana kebanyakkan mempunyai background dalam bidang modeling dan bukannya lakonan,”
“Tetapi Alhamdulillah ada sebuah produksi yang cuba untuk dapatkan saya dan beri tawaran berlakon. Staff di Karangkraf juga banyak membantu menyakinkan pihak produksi dengan kelayakan saya sebagai juara Hero Remaja pada ketika itu,” jawabnya.
**
Jangan lupa saksikan finale Hero Remaja 2020 pada 16 Julai 2020 di Astro Ria dan Ria HD pada jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!