Sejak mencapai populariti luar biasa menerusi drama paling berjaya terbitan Netflix pada tahun ini iaitu Squid Game, pelakon wanita Jung Ho-Yeon terus menjadi rebutan ramai pihak sama ada di Korea Selatan mahupun di Amerika Syarikat.
Jelitawan berusia 27 tahun itu bagaimanapun mengakui jadualnya kini semakin sibuk hinggakan dia kadangkala terlepas waktu makan; sekaligus menjawab pertanyaan ramai peminat terkejut melihat tubuh badannya yang semakin kurus menerusi foto terbarunya dalam persalinan gaun Louis Vuitton.
Aktres Squid Game ini memakai persalinan Louis Vuitton sewaktu menghadiri acara 2021 LACMA Art And Film Gala di Los Angelss, bulan lalu. Foto : Instagram @HOOOOOYEONY
Menurut laporan media, Ho-yeon telah kehilangan hingga 4 kilogram sebaik saja dia kembali ke Amerika Syarikat selepas menamatkan penggambaran Squid Game.
“Semua pakaian lama yang saya pernah pakai ketika kali pertama tiba di Amerika Syarikat kini longgar. Terdapat banyak perkara luar biasa yang perlu saya lakukan di sini (sejak kejayaan Squid Game September lalu). Banyak perubahan telah berlaku sejak beberapa bulan ini,” kongsinya kepada media di Korea Star News.
Menerusi temubual dengan The Hollywood Reporter juga, Ho-yeon tidak cuba menyembunyikan mengenai penurunan berat badannya itu.
Ads
Jung Ho-yeon melakonkan watak Sae-byeok dalam drama bersiri hit Netflix, Squid Game.
“(Kejayaan drama Squid Game) sukar untuk saya percayai. Saya hilang 4 kilogram pada minggu (drama) itu berjaya. Saya tidak boleh makan – (penurunan berat badan) ini bukan disebabkan stres, cuma saya kurang makan. Saya pun tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan ini. ‘Apa yang berlaku sekarang, siapa diri saya? I was kind of losing myself,” kongsinya.
Nasib baik, Ho-yeon perlahan-lahan sudah boleh menerima tempias kejayaan Squid Game dan berkongsi rasa gembira itu dengan pasukan produksi drama terbitan Netflix itu.
Pada ketinggian 179cm, Ho-yeon yang memulakan karier sebagai seorang model antarabangsa pasti kelihatan cantik dalam apa juga persalinan yang dipakainya. ‘Campak’ sajalah apa-apa jenis pakaian, Ho-yeon boleh menjadikan ‘look’ itu satu ikutan dalam kalangan peminat.
Ads
Namun disebabkan ketinggiannya itu juga, sebarang perubahan pada berat badannya akan mudah ‘ditangkap’ oleh peminat. Contohnya, foto Ho-yeon di atas yang menampakkan bahagian sternum (di tengah dada) dan rusuk menjadi topik perbualan.
Malah, aktres drama Extracurricular, Park Ju Hyun (juga dikenali menerusi akaun Instagram @charmgirl_1005) turut risau dan berkata, “Sahabat, adakah anda merancang untuk menjadi ‘rangka tulang’?”
Jung Ho-yeon sewaktu penggambaran foto rasmi Netflix bersama pelakon Squif Game.
Secara peribadi, REMAJA tidak merasakan komen peminat di Instagram Ho-yeon yang gusar melihatnya semakin kurus sebagai satu bentuk ‘serangan’ body shaming ke atasnya. Sebaliknya, mereka benar-benar inginkan Ho-yeon untuk sentiasa sihat dari segi fizikal dan mental, bertenaga dan gembira.
Ads
Korang yang selalu sibuk pasti boleh ‘relate’ dengan isu Jung Ho-yeon ini kan?
Bukan tak mahu makan, cuma kadangkala kita terlepas waktu makan sebenar. Sama-samalah kita elakkan daripada menjadikan jadual makan tidak teratur ini sebagai satu kebiasaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang 21-24 Januari ini berlangsungnya Fashion Week di Paris yang membawa selebriti dan model memperagakan design terhebat jenama terkemuka dunia. Antara jenama yang turut serta dalam minggu peragaan ini adalah Dior, Hermes, Giorio Armani, Valentino, dan banyak lagi.
Of course lah, semua yang datang ni gorgeous gila! Tapi Karlie Kloss semestinya buat REMAJA terpegun dengan gaun yang diperagakannya di Dior Haute Couture Show. She slay on that day! One piece bercorak yang dipakai dengan sky-high metallic heels menarik pandangan mata setiap orang yang berada di situ.
Gaun high neck, lengan panjang “see-through,” yang menampakkan bahagian belakangnya ini menampakkan Kloss sofisikated, seksi dan sweet dalam masa yang sama. Jangan risau, walaupun boleh melihat susuk tubuh badannya, namun dibahagian dalamnya Kloss memakai bodysuit yang menutupi pinggul dan bahagian dada.
Kloss hadir dengan minimalis di setiap inci tubuhnya. Tidak memerlukan perhiasan pada badan yang sangat banyak pun, cukup dengan cincin perkahwinan pada jari manis, dan wavy hair dah stunning dah! Walaupun Karlie gemparkan sosial media Oktober lalu dengan berita perkahwinannya tapi dia tetap “bae” di hati semua orang.
Setelah karakter robot kucing popular ini mencuri tumpuan dengan kemunculan filem Stand By Me Doraemon 2, Februari lalu, sekali lagi ia menjadi topik perbualan hangat setelah muncul beberapa foto terbaru Doraemon berwarna hijau.
Aik, sejak bila pula Doraemon bertukar warna ini. Baik dalam bentuk komik mahupun dalam siri animasinya, Doraemon sentiasa kekal berwarna biru.
Jangan terkejut pula bila melihat foto terbaru Doraemon ini melintasi timeline korang.
Ia sebenarnya bersempena pengenalan watak Doraemon sebagai Duta Kemampanan (Sustainability) Dunia oleh Uniqlo.
Kolaborasi di antara dua nama besar dari Jepun ini bukan saja memperkenalkan watak tersebut dalam versi Doraemon Sustainability Mode. Malah, Uniqlo juga menukar warna ikonik merah pada logo mereka kepada hijau.
Semasa majlis pengumuman UNIQLO Global Sustainability Ambassador.
Menurut Koji Yanai yang mewakili Uniqlo, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan Doraemon demi membawakan mesej kesedaran alam sekitar kepada masyarakat.
“Sepanjang dua dekad lalu, Uniqlo telah mengambil pelbagai pendekatan dan inisiatif baharu agar perniagaan kami lebih mesra alam. Kami percaya, dengan impak pandemik COVID-19, pelanggan Uniqlo lebih terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan alam.”
Doraemon juga tidak ketinggalan menyatakan keterujaannya dengan warna baru tersebut.
“Hi, semua! Saya Doraemon dan kini saya berwarna hijau! Saya akan melakukan yang terbaik sebagai Duta Kemampanan Dunia Uniqlo untuk membantu mencipta masa depan yang lebih cerah untuk kita semua.”
“Saya ingin melakukannya dengan anda semua supaya kita bole menyebarkan mesej ini kepada mereka yang memandang serius akan masa depan dunia kita.”
Selain Doraemon, usaha Uniqlo ini turut mendapat sokongan daripada pelakon Jepun, Haruka Ayase, Roger Fedeer, Kei Nashikoi, Shingo Kunieda, Gardon Reid, Ayumu Hirano dan Adam Scott.
Mereka semua merupakan duta yang telah dilantik bagi kempen yang sama sebelum ini.
Korang juga boleh menyokong kempen tersebut DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah orang ramai di seluruh dunia khusyuk mengikuti perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard selama enam minggu, akhirnya pada hari ini kuputusan juri yang bersidang di Mahkamah Circuit dekat Fairfaz Country, Virginia telah diumumkan.
Juri memutuskan agar Amber, 36 membayar USD10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan USD5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif kepada Johnny, 58.
Begitupun, juri juga memutuskan agar Amber DIBAYAR ganti rugi pampasan sebanyak USD2 juta (RM8.7 juta).
FOTO : REUTERS
Keputusan ini dicapai setelah barisan tujuh orang juri meneliti dan membahaskan keterangan yang dikemukan oleh saksi kes saman Johnny Depp terhadap Amber Heard sejak Jumaat lalu. Apa yang menjadikan perbicaraan kontroversi ini lebih menarik adalah apabila ia turut membabitkan senarai saksi yang antaranya terdiri daripada bintang terkenal antarabangsa.
Antaranya termasuklah supermodel 90-an Kate Moss, pelakon Ellen Barkin, penyanyi Courtney Love, penyampai radio Howard Stern, pelakon Drew Barrymore serta jutawan terkenal, Elon Musk.
Setelah menerima keputusan itu, Johnny Depp menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini meraikan kejayaan tersebut.
Johnny Depp dan Amber Heard sewaktu mereka masih bahagia bersama.
“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, serta mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya telah berubah sama sekali.
“Tuduhan jenayah palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ia mencetuskan kebencian orang ramai yang berterusan walaupun tiada dakwaan yang dibuat ke atas saya. Ia telah memberikan impak terhadap kehidupan dan karier saya,” catatnya. Disebabkan dakwaan oleh bekas isterinya itu, Johnny sebelum ini telah kehilangan peluang melakonkan watak Captain Sparrow dalam filem Pirates 6 yang bernilai USD22.5 juta.
Sedikit info ringkas mengenai perbicaraan kes bekas pasangan suami isteri popular ini; Johnny Depp awalnya memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya kepada kolum Washington Post dan menuntut ganti rugi sebanyak USD50 juta.
Sebagai ‘balasan’, Amber Heard pula menfailkan saman menuntut USD100 juta dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan dan keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya itu. Johnny menepis dakwaan pernah melakukan penderaan fizikal kepada Amber, sebaliknya mendakwa Amber yang sering bertindak ganas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.