“Perkongsian saya ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak , nak nak lagi memburukkan agensi klinik kerajaan , saya tak dendam , saya MARAH saya TERKILAN… sesungguhnya kesemua ini adalah salah dan silap saya sendiri…”
Itulah luahan seorang ibu yang menzahirkan rasa terkilan apabila anaknya yang berumur dua tahun meninggal dunia selepas didakwa tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat kecuaian seorang doktor di sebuah klinik kesihatan.
Berdasarkan hantaran daripada Facebook Erma Iswani, dirnya begitu kesal apabila anaknya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya sehingga menghembuskan nafas terakhir hanya dalam tempoh satu hari.
Katanya, tidak wajarnya apabila anaknya Muhammad Umair Muhammad Ridhwan, yang telah sehari mengalami cirit-birit sebanyak 21 kali hanya diberikan tiga bungkus air garam ketika dia ke klinik kesihatan berkenaan pada 12 Julai lalu.
Ads
“Saya turut bertanya adakah anak saya kena keracunan makanan dan beliau (doktor) berkata “ya” “mungkin”, pada ketika itu saya rasa agak risau kerana mata sudah mula kelihatan tenggelam dan saya sedikit kecewa kerana saya mengharapkan ‘refer’ ke hospital atau pun darah diambil tetapi tiada.
“Sebaik keluar daripada klinik apabila di dalam kereta saya melihat kaki anak kemerahan berbintik dan mata pun cengkung ke dalam dan saya rasa tidak berpuas hati, tanpa berlengah saya terus pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dari doktor lain,” katanya.
Ads
Dalam masa sama, dia juga memberitahu selepas diperiksa dan ujian darah diambil doktor klinik swasta berkenaan telah memberi surat rujuk ke hospital memandangkan bacaan darah putih terlalu tinggi dan anaknya sudah tidak aktif.
Jelasnya apabila dibawa ke Hospital Bentong anaknya yang sudah ‘lembik’ dan tidak sedarkan diri telah ditidurkan sebelum di hantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.34 pagi, semalam.
“Kesilapan terbesar saya adalah saya pergi ke tempat yang salah setelah memikirkan klinik kesihatan yang paling hampir serta berharap darah diambil serta mendapatkan surat rujukan cepat, jika ‘admit’ diperlukan dan ini saya sangat kesalkan sehingga sekarang.
Ads
“Saya ini bodoh sebab itu saya perlukan orang yang pandai macam doktor untuk bantu rawat anak saya, saya hilang senyuman anak saya hanya dalam masa satu hari je,” kongsinya lagi.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.
Disebabkan oleh penularan wabak-Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, beberapa universiti awam tempatan terpaksa menangguhkan sesi konvokesyen di kampus masing-masing sehinggalah kemaskini terbaru diterima mengenai perintah kawalan pergerakan.
Tetapi itu nyata tak memberi sebarang masalah untuk universiti di India ini meneruskan sesi konvokesyen mereka dengan konsep…
Yes you guessed it – ‘Drive Thru’!
Kalau sebelum ini, universiti di Jepun menggunakan pendekatan kreatif dengan memilih robot sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen.
Terbaru, sebuah sekolah swasta di Bangalore, India tetap mengadakan majlis konvokesyen yang dihadiri pelajar sendiri tetapi dengan pendekatan unik.
Para pelajar Canadian International School (CIS) lengkap dengan persalinan jubah dan topi konvokesyen menaiki kenderaan masing-masing untuk meraikan tamat pengajian.
Pandemik COVID-19 tidak menghalang pengurusan sekolah swasta terbabit mengambil pendekatan unik dengan mengadakan majlis konvokesyen pandu lalu. Majlis itu dimuat naik di Facebook (FB), pertama kali diadakan pada Jumaat, demi memastikan pelajar sesi 2020 mempunyai kenangan konvokesyen.
Today, CIS held Bangalore's first drive-through graduation ceremony! Graduates and their parents drove around our…
Melalui laporan Hindustan Times, majlis itu berlangsung meriah dengan pelajar masuk bersama guru ke kawasan padang kampus CIS menaiki kenderaan masing-masing.
“Hari ini CIS buat julung kalinya menganjurkan majlis konvokesyen pandu lalu. Graduan dan ibu bapa memandu masuk ke padang bola dan setiap kali kenderaan lalu, guru akan meraikan mereka dan menyerahkan sijil.
“Majlis graduasi tahun ini bertemakan ‘Kita cari jalan atau membuatnya’ benar-benar bersinar!” kata kenyataan sekolah itu di Facebook.
Hantaran itu disertakan gambar gambar menunjukkan kemeriahan majlis dan kegembiraan pelajar yang tamat pengajian. Majlis terkawal dengan masing-masing mengekalkan langkah pencegahan COVID-19.
Selain ucapan tahniah kepada pelajar, ramai yang menzahirkan kekaguman kepada pengurusan sekolah atas penganjuran majlis sebegitu.
Kreatif bukan!
Yela, majlis sebegini bukan selalu dan akan diingati sampai ke anak cucu nanti kan.
Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada dakwaan dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Terbaru, Ebit Lew yang berusia 37 tahun telah tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom sekitar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.
Foto Via Sinar Harian
Dimaklumkan, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi. Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.
Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ebit Lew kini sedang berada di Sabah dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.