Tipulah jika tiada sekurang-kurangnya seorang penonton yang mengikuti filem-filem karakter adiwira, Captain America hanya disebabkan penampilan pelakonnya, Chris Evans.
Pada usia 41 tahun, penampakan Chris yang langsung tidak melambangkan umurnya itu turut diakui oleh People’s Magazine setelah dia dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi bagi edisi 2022. Tambah manis apabila Chris merupakan pelakon filem francais Marvel kedua berturut-turut yang menerima penghormatan ini selepas Paul Rudd aka AntMan pada tahun lalu.
Dalam temubualnya bersama People, Chris mengakui dirinya sedikit segan dengan gelaran yang diterimanya itu. Bagaimanapun, dia tahu terdapat seorang insan yang pastinya gembira apabila mendapat tahu mengenainya; tidak lain tidak bukan ibunya sendiri yang merupakan peminat nombor satu Chris.
“Ibu saya akan merasakan amat-amat gembira. Dia berbangga dengan segala yang saya lakukan tetapi ini (gelaran ‘Sexiest Man Alive’) adalah sesuatu yang dia betul-betul boleh dia kongsikan dengan penuh bangga,” katanya yang bersedia untuk disakat oleh rakan-rakannya apabila berita ini diumumkan pada hari ini.
Apapun, ibunya, Lisa seperti dijangkakan oleh Chris menyuarakan kegembiraannya dengan berkata, “Saya tidak terkejut pun, keluarga kami tentu merasa teruja juga,” katanya.
Percaya atau tidak, Chris yang juga merupakan bintang filem Gray Man terbitan Netflix kini sedang memikirkan untuk memperlahankan graf kerjayanya sedikit setelah dia berjaya memahatkan dirinya sebagai pelakon versatil.
Pejam celik, sudah 22 tahun Chris bertapak di Hollywood. Sudah tiba masa untuknya mencari masa bagi dirinya sendiri dan dia percaya, masih ada projek-projek menarik yang akan menantinya sekiranya dia bersedia untuk kembali ke set penggambaran.
Ads
Chris juga belum mengenepikan impiannya untuk satu hari nanti menamatkan zaman bujang dan bergelar seorang ayah. Itu adalah sesuatu yang dia benar-benar inginkan, cuma apabila masa tersebut tiba dia lebih selesa untuk memisahkan kehidupan peribadi itu daripada menjadi perhatian orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat dan ekonomi yang terjejas ketika ini.
Pelaksanaan i-Citra diperkenalkan bagi memberi Bantuan Khas COVID-19 kepada isi rumah dan bujang miskin tegar, B40 dan M40, turut diumumkan kemudahana pengeluaran KWSP dibawah nama baharu iaitu i-Citra.
Terbaru, KWSP mempercepatkan permohonan pengeluaran i-Citra iaitu boleh dibuat mulai esok (12 Julai).
Permohonan Pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021.
Kita sering kali melihat kemalangan maut membabitkan lori dan kereta. Ada sesetengah kenderaan dilihat gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan kenderaan besar ini.
Tahukah, untuk mengelak kemalangan maut dengan kenderaan besar ini kita harus mengetahui blind sport atau titik buta lori adalah sangat besar hingga mereka gagal melihat kenderaan yang datang dari belakang dan tepi sebelah kiri.
Apa yang dimaksudkan dengan titik buta? Titik buta merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Bukan hanya lori tetapi semua kenderaan mempunyai titik buta dan yang membezakan adalah jarak setiap satu darinya. Tidak semua pemandu dapat melihat kenderaan yang mengikutnya terlalu rapat atau pun sedang memotong. Ia disebabkan oleh reka bentuk sesebuah kenderaan dan juga penglihatan pemandu yang terbatas.
Namun yang paling bahaya dan perlu diambil tahu ialah berkongsi jalan raya dengan lori. Ini kerana lori mempunyai titik buta yang sangat besar.
Apa patut kita buat apabila bersaing dengan lori di jalan raya?
Apabila memotong lori, jangan memandu perlahan selepas mengambil kedudukan di hadapannya.
Jangan mengekori lori terlalu rapat. Jaga jarak kenderaan sejauh tiga saat di belakang.
Berikan ruang yang mencukupi untuk lori membelok dengan selamat.
Jangan sesekali memotong lori dari sebelah kiri kerana lori memang tidak boleh melihat kenderaan anda langsung.
Menunggu dengan sabar apabila lori mengundur.
Info grafik : JPJ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?
Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.
Berikut kami senaraikan beberapa kuih atau biskut raya yang selalu menjadi pilihan tetamu.
1. Almond London
2. Tart Nanas
Kredit: Instagram Iezza Ramli
3. Cornflakes madu
4. Semperit
5. Biskut Dahlia
6. Biskut Suji
Kredit: Instagram Akid Cookies
7. Sarang semut
8. Mazola
9. Kuih Ros
10. Rempeyek
11. Kuih kapit
12. Kerepek bawang
13. Kerepek pisang
14. Popia simpul
15. Popia nestum
16. Almond crunchy bar
17. Red velvet cookies
Instagram: Akid Cookies
So guys, apa pula kuih raya favourite korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.