“Cepat sangat benda tu jadi sebab saya baru berbual dengan Ma. Ma tanya kita dah kat mana dan saya jawab dah kat Maran dan Ma sambung tidur semula. Kemudian secara tiba-tiba saya dengar bunyi letupan lantas kereta kami tersasar merempuh pengadang besi di kiri jalan. Semua berlaku sekelip mata, terlalu kejap,” kongsi Mohd Shahrul Ikhram, 20 yang terselamat dalam nahas jalan raya pagi semalam.
Menafikan dirinya mengantuk kerana mereka sudah berhenti tidur di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan sudah memandu setengah jam selepas berehat itu, dia yang memandu kenderaan mengakui masih lagi trauma apabila menyaksikan empat ahli keluarganya maut serentak dalam nahas ngeri yang berlaku di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah Timur di Maran, Pahang, kira-kira jam 8.30 semalam.
Terkorban dalam kejadian menyayat hati ini ibunya, Azian Abdullah, 50 serta tiga lagi adik beradiknya iaitu kakak sulungnya, Fatin Najwa Mazlan, 27, adiknya, Fatin Nur Adriana, 15 dan Mohamad Danish Najmi, 10. Sementara itu, dia dan seorang lagi adiknya, Fatin Nur Athirah, 19 tahun yang berada dalam kenderaan itu hanya mengalami kecederaan.
Gambar terakhir bersama. Empat sekeluarga ini maut selepas pulang dari membeli belah persiapan raya di Kuala Lumpur. Hanya Mohd Shahrul terselamat (kiri)Beginilah keadaan kereta yang remuk. Kata Shahrul dia terdengar bunyi letupan sebelum kereta terus tersasar lalu merempuh penghadang besiBesi penghadang jalan yang menembusi kereta mengakibatkan kesemua mangsa tersepit dan meninggal di tempat kejadian
Kongsi Mohd Shahrul, sebaik letupan berlaku, kereta terus tersasar melanggar penghadang besi jalan lalu tembus ke dalam dalam kereta membuatkan mereka semua tersepit.
“Buka saja mata, saya tengok Ma, kak long dan adik-adik tersepit, saya cuba bantu tapi tak terdaya. Saya sendiri gagal mengerakkan sebelah tangan ketika itu ekoran bahu tercedera. Memang sedih tengok Ma dan adik beradik maut depan mata,” katanya yang masih lagi trauma dengan kejadian itu.
Jelasnya lagi, kemalangan itu menimpa hanya kira-kira setengah jam selepas mereka meninggalkan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman.
Kata anak keempat dari tujuh beradik ini, mereka enam beranak bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi dan singgah di R&R Temerloh untuk berehat dan tidur kira-kira jam 3 pagi dan turut bersahur di situ. Mereka kemudiannya menunaikan solat Subuh sebelum menyambung tidur di dalam kereta sehingga hampir ke jam 8 pagi sebelum kemalangan terjadi pada jam 8.30 pagi.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jengka sebelum jenazah empat beranak ini selamat dikebumikan dalam satu liang lahat sekitar jam 12.00 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru, Kemaman.
Jenazah empat beranak ini disemadikan dalam satu liang lahatSuasana pilu berlaku apabila ahli keluarga memberikan kucupan terakhirJenazah empat beranak ini selamat dikebumikan sekitar jam 12.00 tengahmalam
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ini ketika seluruh ahli keluarga berkumpul. Lebih menambah pilu apabila dua anak yang cedera, Fatin dan Shahrul menatap dan mengucup dahi satu persatu jenazah ibu dan adik mereka yang meninggal dunia.
Ads
Kira-kira 500 orang ramai yang hadir ke tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan akhir kepada kesemua mangsa juga kelihatan tersentuh hati tatkala melihat satu persatu jenazah mangsa diturunkan ke liang lahad.
Suami dan bapa mangsa, Mazlan Mohd Rashid, 48, yang juga Pegawai Felcra kelihatan tabah ketika pengebumian itu dilakukan.Terdahulu, empat jenazah berkenaan itu tiba di Surau Al-Ridhuan, Peringkat 4, Bandar Cheneh Baru, kira-kira jam 10.15 malam dari Hospital Jengka, Pahang. Ketibaan jenazah disambut dan disembahyangkan kira-kira 1,000 orang jemaah.
Kasih sayang dari seorang suami buat seluruh ahli keluarganya yang terkorban. Mazlan kelihatan tabah menghadapi ujian ini malah redha
Rasa tak sedap hati – Bapa
Jumaat lalu, enam sekeluarga ini bertolak ke Kuala Lumpur bagi membeli barang persiapan menyambut hari raya. Malah mereka sempat singgah ke Genting Highland seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan menumpang tidur di rumah kakak kedua.
Di rumah sebelum kejadian itu berlaku, suami dan juga bapa kepada anak-anak ini, Mazlan Mohd Rashid, 54 mengakui sudah berasa tidak sedap hati.
Ads
Mazlan berkata, secara tiba-tiba dia merasa ‘sesuatu’ akan berlaku namun tidak menduga akan diuji dengan ujian berat kehilangan isteri dan tiga anak serentak di saat sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.
“Tapi ini dah suratan takdir, saya reda…sedih memang sedih. Pagi tadi (kelmarin) saya rasa sesuatu, saya telefon isteri dan dia kata dah bergerak balik ke rumah,” katanya.
Mazlan yang juga Pegawai Felcra memberitahu, rasa tidak sedap hatinya itu terjawab selepas Mohd Shahrul Ikhram menghubunginya dan memaklumkan mereka enam beranak terlibat kemalangan di Maran.
Inilah gambar terakhir dirakam bersama semasa di Genting Highland. Ibu dan kakak sulung maut manakala Fatin dan Shahrul terselamatGambar kenangan tiga beradik. Malam itu mereka bermalam di rumah kakak kedua (gambar tengah baju merah)
“Saya bergegas pergi ke LPT di Maran, namun saya hanya mampu tatap jasad isteri dan tiga anak yang sudah terbaring kaku,” katanya lagi.
Bagaimanapun Mazlan mengakui merasa lega dan berpuas hati kerana dapat menguruskan perjalanan akhir isteri dan tiga anaknya itu sehingga kesemuanya selamat disemadikan.
Ads
“Terima kasih kepada kawan-kawan dan semua yang menguruskan jenazah sehingga semuanya selamat dikebumikan” katanya yang tidak mengikut isteri dan anak-anaknya itu.
Ramadan ini sudah pasti tidak sama lagi, begitu juga Aidilfitri yang bakal disambut. Walau seberat mana ujian, namun seluruh ahli keluarga ini redha.
Sementara seorang lagi anak mangsa, Amirul Shafiq, 24 berkata, kesemua adik beradiknya nampak gembira hendak pergi shoping sebelum kejadian.
Kata anak ketiga ini, ketika kali terakhir berjumpa ibu dan adik beradiknya itu, ibunya menyuarakan hasrat untuk membeli persiapan Aidilfitri ke KL pada Jumaat lalu.
“Ma, kak long dan empat lagi adik saya bertolak ke KL pada jam 9 pagi Jumaat lalu dan mereka sempat singgah di Genting Highlands. Tapi saya terkejut lepas abah bagitahu saya pada jam 9 pagi tadi yang ma, kak long dan adik-adik ditimpa kemalangan,” katanya yang kelihatan masih trauma.
Alfatihah untuk seluruh ahli keluarga yang maut dalam nahas menyayat hati ini.
Kredit :- Raihan Sanusi, Sinar Harian Kemaman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah pun diketahui semalam dan sudah pasti selepas ini ramai lepasan SPM yang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).
Apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT sama ada IPTA atau IPTS, apa yang perlu korang buat adalah untuk membandingkan jumlah yuran pengajian dengan jumlah pinjaman PTPTN yang layak diperoleh.
Menurut apa yang dikongsi oleh Mustaffa Abdullah, selaku penceramah halatuju pendidikan selepas PT3/SPM/STPM /Personal, persediaan awal perlu dibuat dan jangan bila dah daftar baru sedar jumlah pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Berikut merupakan jumlah pinjaman PTPTN yang diberi mengikut institusi dan peringkat pengajian yang boleh korang rujuk.
Jumlah pinjaman setahun diberikan mengikut peringkat iaitu maksima untuk pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), 75% daripada pinjaman maksimum bagi pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 dan 50% daripada pinjaman maksimum untuk pendapatan keluarga melebihi RM8,000.
Jumlah pembiayaan yang diberi oleh PTPTN adalah tetap dan yang berbeza adalah yuran pengajian di IPT yang berbeza-beza. Korang boleh semak melalui laman web IPT tersebut, brochure atau boleh telefon tanya kepada institut pengajian secara direct.
Bila dah tahu jumlah pinjaman yang bakal diperoleh nanti, senanglah korang nak buat pengiraan untuk sambung belajar. Jangan hanya pandai mohon saja, tapi tidak tahu apa yang diperoleh.
Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat korang yang ingin melanjutkan pelajaran. Ingat, perjalanan hidup korang masih Panjang. Jika tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tak bermaksud korang akan gagal selamanya.
Peminat sukan bola sepak terutamanya pasukan bola sepak Argentina tentunya bergembira atas kemenangan ARGENTINA muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 selepas menundukkan juara bertahan Perancis melalui penentuan sepakan penalti 4-2 di Stadium Lusail, Doha semalam.
Berita baik juga buat peminat Lionel Messi apabila ikon bola sepak dunia itu menyatakan akan meneruskan kerjaya profesionalnya setelah dia mencapai gelaran tertinggi dalam bola sepak antarabangsa, dia mahu terus menikmati kemenangan sambil memakai biru dan putih.
“Saya tidak akan bersara daripada pasukan kebangsaan,” kata Messi.
“Saya mahu terus bermain sebagai juara.”
Copa América akan kembali pada 2024, manakala Piala Dunia seterusnya akan berlangsung pada musim panas 2026. Ia masih dapat dilihat berapa lama Messi akan terus mewakili La Albiceleste, tetapi dia akan menjadi juara Piala Dunia selama-lamanya.
Berikut lima rekod ajaib yang telah ditorehkan oleh Messi seperti dinyatakan CNN:
1. PEMEGANG REKOD PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA
Messi kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol. Gol ke-11 diperoleh selepas menyumbat bola ke gawang Croatia pada perlawanan semi final yang baru berlangsung.
Dengan 11 gol di dalam tangan, sebelum Piala Dunia berakhir, Messi telah memadam nama Gabriel Omar Batistuta dengan rekod 10 gol. Dia juga memiliki tiga gol lebih banyak dari sang legenda Tim Tango, Diego Maradona.
2. PENCATAT DAFTAR KETERLIBATAN GOL PALING BANYAK
Messi terlibat dalam 19 gol, baik sebagai pencetak mahupun pengirim bola atau assist. Sejak terlibat dengan Piala Dunia pada 2006, Messi mencetak 11 gol dan lapan assist.
Hal itu membuatkan Messi menyamai catatan Miroslav Klose, Ronaldo, dan Gerd Muller. Sejak catatan statistik tersedia pada 1966, empat pemain tersebut merupakan pemimpin dalam daftar keterlibatan gol.
3. PEMAIN PERTAMA MENCETAK GOL & ASSIST 4 PIALA DUNIA BERBEZA
Messi menjadi pemain pertama yang mencetak gol dan assist dalam empat Piala Dunia yang berbeza. Pertandingan pertama Messi membuat gol dan assist terjadi pada Piala Dunia 2006 ketika Argentina bertemu Serbia.
Selanjutnya sepasang gol dan assist dibuat tiga kali oleh Messi pada Piala inDunia 2022, sewaktu menentang Mexico, Belanda, dan Croatia.
4. SELALU BUAT GOL KEMENANGAN BUAT ARGENTINA
Gol Messi selalu menghiasi kemenangan Argentina dalam tiga laga fasa iaitu dari awal sehingga masuk ke kelompok 16 besar, suku akhir dan separuh akhir temasya yang berlangsung empat tahun sekali ini.
Ini menjadikan Messi pemain keenam yang melakukan hal tersebut dalam satu edisi Piala Dunia setelah Salvatore Schillaci (Piala Dunia 1990), Roberto Baggio (1994), Hristo Stoichkov (1994), Davor Suker (1998), dan Wesley Sneijder (2010).
5. PIALA DUNIA QATAR 2022 ADALAH PENAMPILAN KE-25
Penampilan melawan Croatia merupakan yang ke-25 bagi Messi di Piala Dunia. Messi kini memegang rekod yang sama dengan Lothar Matthaus dalam perlawanan terbesar dunia ini.
Cayalah Messi!
BACA : Anak Sulung Messi Kirim Surat Istimewa Untuknya Sebelum Final Piala Dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau muzik video Sufian Suhaimi dan kontroversi tak berkait rapat, tak sah!
Terbaru, Sufian yang baru saja melancarkan single dan muzik video untuk ‘Mencuba’ telah menerima banyak reaksi berbeza setelah netizen menontonnya di YouTube. Kata mereka, ada persamaan yang terlalu ketara di antara babak tertentu dan realiti dunia percintaannya yang terdahulu.
Hhm, babak mana tu?
BabakHelikopter
Peminat sedia maklum mengenai pengalaman Sufian Suhaimi dan bekas tunangnya, Elfira Loy dengan helikopter. Ya, Elfira pernah membelanja Sufian untuk menaiki helikopter sempena hari jadinya yang ke-25 pada tahun 2017.
Menariknya, babak helikopter yang ditonjolkan di dalam video muzik ini menampilkan pengalaman seakan sama. Selain itu, penggunaan babak ini untuk bait tertentu seperti di bawah membuatkan banyak kening terangkat..
“Seperti peluang pertama, pada mulanya bahagia.”
Hhm, bukan niat kami untuk mengimbas kembali kenangan lama mereka berdua, terutamanya setelah Elfira menamatkan zaman bujang pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, ‘kebetulan’ yang berlaku pada babak awal ini seakan menceritakan sebaliknya. Ramai yang menganggap lebih banyak idea lain boleh dikeutarakan selain daripada helikopter.
BabakMakan Bersama
Okay, kedua-duanya berlainan.
Tetapi babak kejutan untuk makan bersama di antara Sufian Suhaimi dan model ini seperti mengingatkan kami kepada babak mereka menikmati makan malam di udara, satu masa dahulu.
Mungkin kerana bait lirik..
“Mungkin masih belum masanya, tetap ingin mencuba”
Mungkin ada mesej cryptic, tetapi besar kemungkinan itu adalah mustahil.
BabakBerbaik Semula
Akhir sekali, Sufian Suhaimi mempamerkan mereka berdua (dia dan bekas kekasih) akhirnya telah menemui jalan penyelesaian atas pergaduhan mereka dan masing-masing telah move on dengan pasangan baru.
Ramai yang melontarkan spekulasi sama ada mesej babak itu berkait rapat dengan Tweet yang dihantar Elfira pada malam finale Anugerah Juara Lagu pada bulan Februari lalu. Ia berbunyi, “Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang harini. Semoga dengan kemenangan awak, ‘derita’ dan penceritaan awak akan habis.”
Yikes.
Adakah ia adalah cara Sufian berkata dia telahpun menemui jalan keluar daripada ‘penderitaan’ yang disebut oleh Elfira. Haih, we are being too speculative people!
*****
Apa pun, REMAJA ucapkan tahniah kepada Sufian kerana video muzik untuk single ‘Mencuba’ ini telahpun mencapai 1.2 juta tontonan di YouTube dan trending pada kedudukan ketiga selepas Blackpink.
Hebat! Kita fikir yang positif je dan ini pesanan Sufian di akaun Instagram-nya.
“Kepada yang sedang #mencuba dalam apa jua perkara, stay strong. I wish you all the best. Everything is gonna be alright”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!