Berita

“Saya Tak Curang, Saya Hanya Ada Dia & Anak Saya” –Kamal Adli

Share

Pelakon popular, Kamal Adli menegaskan bahawa tiada orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Uqasha Senrose.

Menerusi laporan media tempatan, aktor berusia 39 tahun itu turut menafikan berlaku kekerasan dalam rumah tangga mereka.

“Paling penting, saya nak beritahu di sini, saya tak curang. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa saja.
Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja.

“Itu kes dalam kain, apa-apa semua, janganlah buat itu. Saya sayang dia. Okay, itu sahaja yang paling penting,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal turut meluahkan kerinduan terhadap isterinya selepas hampir sebulan tidak berhubung.

“Kami dah lama tak berjumpa. Terus-terang saya sangat merindui isteri saya.

Agak lama jugalah iaitu sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial,” luahnya.

Sebelum ini, beberapa

hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.

Sebagai info, pasangan selebriti ini disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang

cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath