Ingat lagi tak kejadian penghujung tahun lalu yang menimpa seorang rakyat Malaysia, Danial Arief Ahmad Fuat, 22 tahun yang separuh dari kakinya hancur ketika mencari bekerja di sebuah kilang pengitar sampah di Samseong, Seoul Korea Selatan.
Ketika kejadian, Danial dikatakan sedang bekerja sebelum mesin pengisar sampah tersebut tersangkut menyebabkan dirinya perlu masuk dan mengorek sampah yang melekat di mesin bagi membolehkan ia beroperasi semula.
Namun tiada siapa menduga, mesin tersebut bergerak semula sekaligus mengakibatkan separuh dari tubuhnya dikisar dalam kejadian yang dikatakan amat menggerikan.
Beginilah keadana Danial ketika kejadian empat bulan lalu sekaligus mengakibatkan kakinya perlu dipotong segera demi menyelamatkan nyawanya
Selepas empat bulan kejadian dan untuk mengikuti perkembangan terkininya, REMAJA menghubungi Danial Arief yang kini sedang menjalani rawatan di Ajou University Hospital, Korea Selatan.
Saat dihubungi, Danial menjelaskan dirinya dalam keadaan sihat. Dirinya baru saja selamat menjalani pembedahan kali ke lima iaitu mengambil kulit di bahagian perutnya untuk ditampal di peha yang tinggal sebelah.
Danial yang kini menenerima rawatan di Ajou University Hospital, Korea Selatan mengakui semakin sembuh dan meminta agar rakyat Malaysia mendoakan agar dia dapat segera balik ke Malaysia
“Pembedahan dilakukan 19 hb lalu jam 6 petang. Alhamdulillah, dua jam kemudian, saya sudah selesai. Buat masa ini dalam proses pemulihan dan perlu di dressing setiap hari,”katanya lagi.
Berat tinggal 65kg
Mengakui dahulu beratnya 120kg ketika mula bekerja, namun hari ini tubuhnya hanya tinggal 65 kg sahaja. Terbaring di katil hospital menunggu proses pemulihan selain pembedahan demi pembedahan membuatkan berat dirinya berkurangan dengan banyak.
Ads
“Jujurnya saya rindu dengan masakan Malaysia tambah pula saya orang Penang. Tahu sajalah tempat itu syurga makanan. Tapi sekarang di sini, hanya nasi dan ikan rebus seperti salmon,”katanya yang tidak sabar kembali semula ke tanah air.
Namun keadaan dirinya yang belum sembuh sepenuhnya membuatkan anak muda ini tidak pasti bila boleh pulang ke tanahair.
Danial akui rindu masakan Malaysia tambahan pula dia berasal dari Pulau Pinang yang merupakan syurga makananDirinya dikunjungi rakan taulan yang memberikan semangat untuk cepat sembuh
Tidur masih lagi mimpi kaki dikisar
Tentu ramai ingin tahukan, bagaimana keadaan Danial selepas empat bulan berlalu.
Ads
“Jujurnya, boleh dikatakan saya agak kerap termimpi kaki dikisar mesin. Ada ketika sakitnya masih terasa. Ada ketika sampai demam-demam. Ikutkan emosi tidak berapa stabil tapi saya cuba untuk positifkan diri dan menghadapi ujian ini dengan baik,”katanya memaklumkan dirinya sesekali ditemani ayahnya yang datang melawatnya di Korea.
“Ayah yang jaga saya.Bila dia balik ke Malaysia, selang nanti ayah akan datang semula sebab risau. Mak pula di Pulau Pinang menantikan kepulangan saya,”katanya yang pernah menjalani pembedahan membuang pangkal pehanya kerana dijangkiti kuman.
Saat ditanya bolehkan diberi gambar terkini keadaan kakinya, kata Danial buat masa ini kaki itu belum sembuh dan dia meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi gambar berkenaan.
Dalam masa yang sama, saat ditanya bagaimana kos biaya rawatannya, kata Danial, dia tidak tahu berapa jumlah terkini dan bapanya yang uruskan segalanya.
Ads
Tambahnya lagi, agen dari Korea yang mengambilnya bekerja sering mengambil berat akan keadaannya malah jika bapanya datang menziarahi ke Korea, bapanya akan duduk di rumah sewaan disediakan untuk pekerja.
“Saya sangat bersyukur kerana agen ini masih ambil berat keadaan diri saya selepas kejadian ini.Pihak kilang memang sudah lepas tangan akan kes ini dan Cuma agen ini saja yang banyak membantu. Masa yang sama, saya memang tidak tahu berapa banyak kos pembedahan dan selama saya tinggal di hospital.
“Saya cuma mahu kembali sihat dan segera balik ke tanahair,”katanya lagi.
Bagi korang yang mahu membantu Danial untuk membayar bil perubatannya boleh salurkan ke akaun Bank Islam milik bapanya, Ahmad Fuat Yun di akaun 07052020304338. Hari ini kita bantu orang, mana tahu esok lusa orang bantu kita pula kan.
Jom doakan kesembuhan segera buat Danial Arief. Mohon dirinya diberi kekuatan dan semangat yang kuat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam menjalin hubungan cinta, pasti kita impikan ke fasa berbeza iaitu ke alam perkahwinan. Namun tidak semua kisah percintaan berakhir dengan pernikahan kerana tiada jodoh.
Di negara seberang viral kisah seorang gadis cantik di akaun Tik Tok @salemah19_dr yang dilihat masih mampu mengukir senyuman melihat bekas kekasihnya bersanding dengan gadis lain.
Namun dia akui ia satu senyuman yang penuh luka.
Dirinya dilihat untuk semuanya kelihatan seperti sempurna di hadapan kawan-kawannya yang turut hadir ke majlis perkahwinan tersebut.
Dalam videonya gadis ini menulis.
“Jadi dia nikah duluan”
Semoga jadi keluarga Sakinah, mawaddah, warohmah ya, Aminnn.
.
Aku gapapa kok, aku juga nanti nyusul sama jodohku, tulisnya ( aku tiada apa-apa, nanti jodohku akan tiba juga)
4 tahun jalin cinta sia-sia
Kata Salemah, 19 tahun dari Kudus, Jawa Tengah dia menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya pada 9 Februari tahun ini. Sebelum itu mereka sudah menjalin hubungan cinta selama 4 tahun.
Saya menemani dirinya selama empat ini. Tapi jadi terkejut bila dia tiba-tiba menghulurkan kad undangan perkahwinannya sedangkan selama ini hubungan mereka cukup baik dan tiada masalah. Tapi kekasihnya tiba-tiba menghilangkan diri tanpa kabar berita.
Apa yang diterimanya kemudian ialah kad undangan perkahwinan.
“Empat tahun bercinta hanya sia-sia dari segi pengorbanan jiwa dan raga,” katanya.
Dalam pada itu, dia nekad mahu menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya kerana mahu mengucapkan tahniah.
Akui walau cuba kuat, tapi hatinya hancur. Dia menangis di dalam hati. Ada rasa hendak marah tapi dia bukan hak saya lagi.
Saya akan cuba mengharungi hidup dengan lebih baik selepas ini. Sumber : Tribun Style
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu video lucah yang membabitkan selebriti lelaki tempatan nampaknya semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu apabila aib mereka dibuka untuk tontonan umum.
Terbaru sejak Isnin lalu, sebuah video perlakuan tidak senonoh yang dirakam di dalam sebuah bilik tidur mula hangat diperkatakan apabila tuduhan melulu menjurus ke arah penyanyi remaja, Aiman Tino.
Sejak ia tular menerusi laman media sosial seperti Twitter dan aplikasi WhatsApp, ramai yang berpendapat individu tersebut cukup mirip dengan wajah Aiman Tino. Tambahan pula apabila ramai yang pernah melihat keadaan dinding bilik Aiman di dalam beberapa buah video lamanya – juga mirip dengan dinding bilik tersebut.
Sehari berlalu tanpa kenyataan maklum balas rasmi, Aiman akhirnya bersuara melalui akaun Instagramnya untuk meredakan ketegangan isu ini.
Katanya terlebih dahulu, dia dan pihak pengurusan sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu ini cepat diselesaikan dan tidak berpanjangan.
”Tindakan undang-undang akan diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula dan membuatkan isu ini berlarutan,” komen penyanyi Ku Rela Dibenci itu.
Walaupun sudah ibarat nasi bertukar menjadi bubur berikutan kesilapan tersebar, Aiman masih merendah diri memohon maaf atas tercetusnya isu memalukan seperti ini.
”Aiman memohon maaf terutamanya kepada semua pihak terutamanya teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.
“Kepada peminat setia, terima kasih atas sokongan berterusan. Aiman sayang anda semua,” akhirinya.
Sementara itu di ruangan komen Aiman, rata-rata peminat setianya berharap agar dia tenanh, bersabar dan yakin dengan sokongan berterusan peminat.
Sebelum ini, beberapa lagi selebriti lelaki terpalit dengan isu video tidak senonoh tersebar termasuklah Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Idris Khan dan Ammar Affandi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu lalu menyaksikan pertemuan penting di antara Presiden Indonesia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat aeroangkasa, Elon Musk. Bertempat di SpaceX di Boca Chica, Amerika Syarikat; Presiden Joko Widodo (Jokowi) disambut oleh Musk sendiri sebelum beliauu dibawa bagi meninjau kemudahan di SpaceX.
Pertemuan bersejarah itu adalah susulan daripada perbincangan Musk bersama Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan yang antaranya menyetuh aspek pelaburan, teknologi dan inovasi bersama Indonesia.
Menurut kenyataan daripada pihak Musk, beliau dan pasukannya amat tertarik dengan masa depan Indonesia. “Saya rasa Indonesia memiliki potensi yang besar dan saya rasa kita melalui Tesla dan SpaceX akan mencuba beberapa kerjasama dengan Indonesia.
“Apalagi Indonesia memiliki jumlah populasi dan terus berkembang. Ini bagus kerana kita memerlukan banyak orang di masa depan (tenaga kerja),” kata Musk lagi.
Untuk pengetahuan pada Disember tahun lalu, Tesla telah menyatakan hasrat untuk melabur di Indonesia dan menjadikan negra itu sebagai hab bateri Li-io terbesar di dunia. Bagi pihak kerajaan Indonesia pula, Jokowi kini merancang menjadikan Indonesia sebagai pengeluar terbesar bateri lithium, malah katanya Indonesia mempunyai simpanan nikel terbesar.
Menariknya, lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat baru-baru ini juga ada menyentuh mengenai hasratnya untuk melihat menjadikan negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengalu-alukan pelaburan oleh syarikat dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik ke Malaysia termasuklah – well – Tesla.
“Saya cadang Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik,” katanya di sebuah hotel di Washington DC baru-baru ini kepada rakan media dari Malaysia.
Menurut beliau lagi, masa depan kenderaan elektrik atau EV di Malaysia kini cerah setelah masyarakat kita kini lebih sedar akan kepentingannya untuk alam sekitar. Malah ia juga memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar serta senyap.
Dengan jenama-jenama syarikat automotif yang mengeluarkan kenderaan EV semakin meluas termasuklah Tesla, MG, Audi, Mercedes-benz, Volvo, Hyundai, Porsche dan BMW, pembeli kenderaan EV di Malaysia diberikan pula insentif pengecualian cukai import dan beberapa lagi insentif lain.
Dalam rangka lawatan kerja selama empat hari di Amerika Syarikat, Perdana Menteri turut menemui Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN lain.
Hhm, dua negara berjiran sedang merebut peluang daripada syarikat antarabangsa yang sama. Negara mana yang akan muncul sebagai pemenang agaknya..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!