Bagi kebanyakan remaja, kerjaya sebagai pramugari mungkin kedengaran sangat menarik dapat melancong ke pelbagai negara, gaji dalam mata wang asing dan memiliki gaya hidup yang kelihatan glamorous.
Namun di sebalik semua itu, tidak semua orang mampu bertahan; termasuklah anak kepada usahawan sensasi Kak KM iaitu Nabila Razman atau lebih mesra disapa Bella.
Baru-baru ini, Bella mengumumkan bahawa dia nekad untuk berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari bagi syarikat penerbangan komersil, Singapore Airlines.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella mengakui keputusannya itu bukanlah sesuatu yang mudah. Begitupun dia percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Mesti ada sebab mengapa Tuhan pusing hati saya. Tiba-tiba sahaja nak letak jawatan. Saya percaya semuanya ada hikmah.”
Menurut Bella, walaupun dia bersyukur kerana diterima menyertai syarikat penerbangan antarabangsa selepas sekali percubaan temu duga yang sangat kompetitif, Bella akhirnya sedar bahawa pekerjaan itu tidak sesuai dengan dirinya selepas menjalani latihan di sana.
“Saya nak ke peringkat itu… bukan senang terutama ketika temu duga. Tapi Alhamdulillah saya cuba kali pertama dan terus dapat. Dalam ribuan orang yang memohon, saya antara yang dapat.
“Saya rasa tak boleh, pekerjaan itu bukan untuk saya. Saya pun tak gembira, mama pun menangis dekat rumah.”
Terbaru, Bella telahpun pulang ke Malaysia dan memilih untuk berundur secara terhormat daripada meneruskan latihan sebagai anak kapal syarikat terbabit. Dia mengakui bahawa kerjaya itu mungkin impian ramai namun ia bukan untuk dirinya sendiri.
“Sudah tertulis, rezeki saya bukan dekat sana. Kerja dekat sana okay sahaja cuma saya yang tak boleh.”
Langkah berani Bella ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang memuji keberaniannya untuk utamakan kesihatan mental dan kesejahteraan diri, manakala ada juga yang memberi pandangan berbeza.
Ads
Yang pasti, keputusan Bella membuka ruang perbualan penting dalam kalangan remaja tentang self-awareness, keberanian membuat pilihan sendiri dan realiti dunia pekerjaan yang tak selalunya seindah yang digambarkan.
Kisah Bella ini secara tidak langsung mengajar kita satu perkara iaitu untuk berani berkata ‘tidak’ pada perkara yang tak selari dengan jiwa kita walaupun ia nampak gah pada mata orang lain.
Kehidupan bertambah bahagia bukan kerana kita cepat berjaya tetapi apabila seseorang melakukan pekerjaan setelah dia mengetahui minat sebenarnya.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudah tentu ramai diantara kita mengunakan kemudahan awam seperti LRT untuk pergi ke kampus atau ke tempat kerja.
Namun, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara kita yang kekal di empat angka, pasti merisaukan pengguna kemudahan awam ini yang semestinya terdedah dengan ramai orang.
Sumber Gambar : Malay Mail
Terbaru, Rapid Rail Sdn Bhd memberi tahu bahawa dua staff operasi mereka disahkan positif COVID-19
“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Memberi jaminan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan rangkaian-rangkaian rel lain kendalian Rapid Rail adalah selamat meskipun dua kakitangan operasi laluan Kelana Jaya didapati positif COVID-19.
Sumber Gambar : The Star
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan, tren-tren berkenaan telah ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi.
“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Bagaimanapun, korang diingatkan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, khususnya memakai pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim baru-baru ini menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan serta-merta.
Menurut Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM meminta semua pihak untuk berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan.
“Jika ia terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah”
“Saya percaya, ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera,” titah Sultan Ibrahim.
Kredit: Facebook Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Canselor UPNM dan Konvokesyen ke-14, pada Selasa.
Sultan Ibrahim bertitah, falsafah UPNM adalah untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan.
Oleh itu, Seri Paduka Baginda bertitah, universiti tersebut turut dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Akademi Latihan Ketenteraan.
“Ini bermakna, disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini. Namun begitu, saya merasa dukacita dengan budaya penderaan yang berlaku, sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kadet pada tahun 2017”
“Bagi melahirkan seorang pegawai tentera, memang memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras, tetapi ini tidaklah sampai mendera hingga menyebabkan kecederaan dan kematian”
“Lebih mendukacitakan saya, walaupun kejadian penderaan sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah, tetapi perkara ini masih terus berlaku pada setiap tahun, seperti tiada usaha yang serius diambil oleh mana-mana pihak,” titah Sultan Ibrahim.
Kredit: Facebook Sultan Ibrahim
Pada istiadat konvokesyen itu, Seri Paduka Baginda turut mengingatkan para graduan bahawa mereka akan mengharungi pelbagai bidang pekerjaan yang lebih mencabar, selain tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan dan semuanya memerlukan usaha keras dan sifat takwa dalam setiap pekerjaan.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.
“Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dan seorang anak yang sentiasa mengenang jasa serta mendoakan kedua ibu bapanya”
“Sudah tentu kejayaan ini adalah juga berkat doa restu daripada ibu dan bapa, serta usaha daripada tenaga pengajar. Justeru itu, jangan sekali-kali awak semua melupakan jasa dan peranan ibu bapa serta tenaga pengajar,” titah Sultan Ibrahim.
Mengakhiri titah, Yang di-Pertuan Agong mendoakan semoga kedaulatan dan kemakmuran negara akan terus terpelihara daripada sebarang ancaman dan musibah.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan beberapa kriteria sebagai panduan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan asrama tahun ini. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi buli.
Antara kriteria lain yang turut diambil kira termasuk:
• Rekod kes buli dalam tempoh dua tahun terkini
• Kepadatan penghuni atau enrolmen murid
• Perlindungan sedia ada (jika tiada CCTV atau liputannya tidak mencukupi)
• Kesiapsiagaan infrastruktur elektrik dan rangkaian
Gambar Hiasan
Selain itu, KPM juga akan mendapatkan pengesahan semakan tapak serta khidmat nasihat teknikal daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi memastikan penempatan kamera dibuat dengan betul.
“Panduan ini digariskan bagi memastikan pelaksanaan pemasangan CCTV mematuhi prinsip perlindungan data peribadi serta privasi murid selaras dengan kehendak undang-undang dan dasar KPM,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Fadhlina turut memaklumkan bahawa pemasangan CCTV di asrama-asrama lain akan dilakukan secara berfasa, tertakluk kepada peruntukan kewangan serta inisiatif belanjawan tahun 2026.
“KPM menegaskan bahawa pemasangan CCTV secara berfasa ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan murid,” ujarnya.
Langkah ini juga menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari (PH) mengenai perincian inisiatif KPM bagi menangani isu buli di sekolah.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, turut memaklumkan bahawa sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan bagi pemasangan CCTV di 200 asrama sekolah di bawah kendalian KPM bermula 13 Oktober lalu.
“KPM memandang serius setiap insiden yang membabitkan kesejahteraan murid kerana kejadian seumpama ini bukan sahaja menyentuh aspek keselamatan fizikal tetapi juga memberi kesan mendalam terhadap emosi, pembelajaran dan masa depan anak-anak kita,” tegas Fadhlina.
Dengan langkah ini, diharapkan persekitaran sekolah dan asrama dapat menjadi tempat yang lebih selamat, kondusif dan bebas daripada budaya buli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...