
Pelakon popular, Kamal Adli akhirnya muncul di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pagi tadi dan mengakui tidak menyangka rumah tangga yang dibina bersama Uqasha Senrose selama empat tahun kini diuji.
Menerusi laporan media tempatan, Kamal memberitahu walaupun isterinya berhasrat untuk bercerai, dia tetap mahu mempertahankan hubungan mereka dan berusaha menyelamatkan perkahwinan tersebut.
“Macam hari itu, saya tak dapat nak datang ke mahkamah sebab saya ada masalah sikit. Saya ada kerja.
Kamal turut menjelaskan bahawa ini merupakan kali pertama dirinya berdepan situasi sebegitu dan kehadirannya ke mahkamah hanyalah untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga kecilnya.
Untuk info, prosiding pertama perceraian pasangan selebriti ini yang sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan kerana Kamal tidak dapat hadir berikutan komitmen kerja penggambaran.
Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati yang dimuat naik oleh
Uqasha Senrose di media sosial turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.Sebagai rekod, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.