Ucapan sulung Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad pada petang tadi telah diikuti rapat oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ini merupakan perucapan pertama beliau setelah kesemua parti politik utama di Malaysia mengadakan sidang media sepanjang 2 hari yang lepas.
Dalam ucapan Tun M tersebut, beliau menjelaskan mengapa beliau meletakkan jawatan kelmarin, beliau menolok UMNO sebagai parti memerintah dan permohonan maaf oleh beliau sebanyak 2 kali kepada semua rakyat Malaysia.
01
Ingin Mohon Maaf
‘Pertama sekali, izinkan saya untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik yang kucar-kacir ini menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan.”
02
Gila Kuasa
“Terdapat juga tuduhan yang berkata saya tidak berniat untuk melepas jawatan. Jadi saya meletak jawatan kerana saya tidak melihat jawatan itu adalah matlamat saya.”
03
Fungsi Kuasa
Ads
“Bagi saya, kuasa dan kedudukan adalah satu alat untuk mencapai objektif untuk kebaikan negara.
“Kerana itu saya meletak jawatan kerana saya lihat (sekarang) bagi orang politik, yang penting (bagi mereka) adalah parti mana yang memerintah. Sebenarnya saya telah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat untuk menentukan siapakah yang akan menggantikan saya.”
04
Tetapi Akan Kembali
“Jika benar saya masih disokong, saya akan kembali.
“Jika tidak (disokong) saya akan terima siapa saja yang dipilih. Pertukaran kepimpinan itu memang ada. Hanya saya berpendapat apabila saya disokong oleh kedua-dua pihak, saya melihat masa untuk saya letak jawatan belum tiba.”
05
Jika UMNO Jadi Kerajaan..
“Parti saya BERSATU putuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Ahli komponen lain juga keluar (dari Pakatan Harapan). Perlakuan ini memaksa kerajaan sekarang gugur.
Ads
“Jika BERSATU menyokong PAS dan UMNO, UMNO yang akan menjadi majoriti kerajaan kerana ia parti terbesar.”
06
Okay Jika Ahli UMNO Masuk Parti Lain, Bukannya..
“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar dan sertai parti lain. Tetapi jika UMNO sertai kerajaan baru ini sebagai parti UMNO, saya terpaksa letak jawatan (kerana tidak bersetuju).”
07
Sekali Lagi Mohon Maaf
“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan saya adalah salah.
“Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan disokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanya lakukan sesuatu untuk kebaikan negara.”
“Jika dibenarkan, saya ingin adakan pemerintahan yang tidak memihak pada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara saja yang akan diutamakan. Saya berdoa saya diberi petunjuk dalam usaha ini.”
REMAJA pasti ramai yang sedang musykil dan gusar dengan keadaan politik negara sekarang. Tambahan pula apabila keadaan sedang dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan, kesihatan dan ekonomi.
Apapun, kita doakan agar kemelut ini dapat diselesaikan DEMI KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYAT. Bukan hanya untuk menjaga kepentingan POLITIK dan AGENDA PERIBADI PEMIMPIN.
Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.
Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.
Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai uzur dan puasa.
#RemajaDengarKata bersama PU Amin baru-baru ini ada mendapat persoalan yang sering membayangi segelintir gadis atau wanita. Iaitu bagaimana niat sebulan puasa jika period dan apa hukum puasa bagi yang uzur lebih 15 hari dan terbatalkah niat sebulan jika korang didatangi darah haid.
Menjawap persoalan ini secara live di Instagram majalah Remaja , PU Amin menjelaskan bahawa wajib membaca niat semula jika datang haid atau keuzuran walaupun sudah membaca niat puasa untuk sebulan. Namun, lebih afdal jika mampu lafaz niat setiap malam dan pagi itu adalah lebih baik.
Manakala untuk soalan kedua pula, PU Amin menjelaskan mengikut daripada keadaan orang yang normal darah haid hanya 7 hingga 15 hari sahaja. Lebih dari 15 hari digelar sebagai darah penyakit iaitu darah istihadah. Istihadah ini tidak sama dengan hadi jadi dia boleh melakukan puasa dengan mencuci bahagian kemaluan, dan juga melakukan solat dan sebagainya. Jadi hanya perlu mencuci kemaluan dan bahagian badan lain sahaja supaya tiada kekotoran yang melekat.
Jadi diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tentang seorang pemuda yang videonya telah viral di media sosial kerana menghina penjawat awam yang sedang bertugas.
Video berdurasi lebih kurang 15 minit itu dikongsi oleh laman Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia yang menunjukkan reaksi seorang pemuda begitu marah apabila dia dikenakan saman kerana tidak memakai pelitup muka di stesen minyak.
Pemuda itu cuba menerangkan bahawa dia hanya ke kaunter pembayaran yang dilakukan dari luar dan langsung tidak menghampiri individu lain. Katanya, tidak ada orang lain disitu dan dia tetap ingin menegakkan kebenaran bahawa dia tidak bersalah kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan yang tidak ada orang lain.
Tidak hanya itu, pemuda tersebut turut meminta kad pengenalan pegawai polis itu sambil merekod kejadian yang berlaku. Sebaik sahaja selesai di saman, lelaki itu tetap meneruskan amarahnya di dalam kereta dan menghemburkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa dan kerajaan.
Korang boleh tengok sendiri video penuh di laman Facebook tersebut.
Difahamkan, pemuda berusia 29 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Bandar Sri Damansara semalam. Menurut Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sekitar jam 10 malam hari yang sama, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek.
Semasa proses tangkapan dibuat, suspek sekali lagi membuat rakaman video dan memuat naik di laman media sosial yang sama. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Rata-rata warganet yang menonton video viral tersebut turut berasa geram dengan perbuatan pemuda itu. Tidak kiralah setinggi mana kita menuntut ilmu, sebagai rakyat Malaysia kita tetap harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Semoga kisah ini dapat memberi teladan kepada semua supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak di luar batasan.
Satu video memaparkan pelajar universiti Palestin mengambil peperiksaan di tepi pantai Gaza mencetuskan perhatian ramai di media sosial, ketika sektor pendidikan di Semenanjung Gaza dilaporkan musnah akibat perang Israel.
Rakaman itu dikongsi meluas oleh aktivis dan pengguna media sosial, malah turut disertakan dengan bait-bait puisi yang menggambarkan semangat melawan dan ketahanan rakyat Palestin dalam menghadapi penderitaan.
Simbol Ketabahan Di Tengah Kemusnahan
Video tersebut turut dimuat naik semula oleh sebuah akaun bernama Idris yang menulis bahawa tiada apa dapat menandingi ketabahan rakyat Palestin.
“Tiada apa yang boleh dibandingkan dengan keteguhan rakyat Palestin. Mereka tidak kehilangan harapan, sebaliknya berpegang padanya walau apa pun yang berlaku. Hari ini, mereka mengambil peperiksaan di pantai selepas kehilangan sekolah dan bangunan,” tulisnya.
Pendidikan Tidak Pernah Terhenti
Seorang lagi pengguna media sosial turut menyifatkan tindakan pelajar tersebut sebagai simbol kekuatan yang tidak mampu dipatahkan.
“Pendudukan merobohkan sekolah, mengebom universiti, dan memusnahkan setiap kemudahan pendidikan, namun ia tidak mematahkan semangat pelajar Palestin di Gaza, dan tidak akan pernah mampu menghentikan perjuangan mereka mencari ilmu,” katanya.
Ramai pengguna lain turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat pelajar Gaza yang tetap meneruskan peperiksaan walaupun berdepan situasi perang dan kemusnahan.
Krisis Pendidikan Gaza Semakin Kritikal
Dalam pada itu, Gaza kini berdepan krisis pendidikan yang sangat kritikal. Laporan menyebut sebanyak 204 institusi pendidikan termasuk 190 sekolah dan 14 universiti mengalami kemusnahan sepenuhnya, manakala 305 institusi lain mengalami kerosakan sebahagian.
Keadaan tersebut menyebabkan ratusan ribu pelajar terhalang daripada mendapatkan pendidikan.
Angka Korban Yang Meruntun Hati
Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, lebih 12,800 pelajar dilaporkan terbunuh selain 760 guru serta kakitangan pendidikan. Lebih 785,000 pelajar pula dinafikan peluang untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!