Mimpi suami meninggal dunia dua minggu lalu ternyata memberi petanda bahawa dia akan kehilangan orang dikasihinya buat selama-lamanya.
Jika dua minggu lalu, saat dia berkongsi mimpi itu dengan suaminya, Mohd Fatah Hashim, suaminya itu hanya tersenyum mendengarnya tanpa mempedulikan mimpi tersebut.
“Saya maklumkan mimpi itu padanya tapi arwah hanya tersenyum. Tak berkata apa pun tentang mimpi sedih itu. Saya jadi tertanya-tanya tentang mimpi itu sehinggalah mendapat jawapannya semalam. Tak sangka ia menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pagi ini.
Arwah sempat balik tengahari itu, jamah kuih sebelum balik semula – Nadia
Penantiannya untuk suami balik selepas habis syif malam sekitar jam 8 malam ternyata menjadi cetik kesedihan berpanjangan buatnya apabila dia dihubungi oleh anggota bomba memaklumkan bahawa suaminya lemas.
Tubuhnya lemah dan kakinya longlai kerana sebelah tengahari ketika kali terakhir bertemu, suaminya memanggil anak-anak dan mahu memeluk mereka seolah-olah ingin memaklumkan bahawa itulah pelukan akhir kasih sayang seorang ayah.
Ads
Tapi hari ini, Nadia Kamaludin harus menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan suami buat selama-lamanya. Suaminya, allahyarham Mohd Fatah yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Pelabuhan Klang dianggap sebagai wira negara apabila arwah bersama lima lagi rakannya meninggal dunia dalam satu operasi menyelamat seorang remaja di lombong di Putra Perdana Puchong semalam.
Foto keluarga yang menjadi kenangan
Berkongsi kesedihan yang sukar dimengertikan, Nadia yang tidak bekerja dan hanya berjualan kuih secara kecil-kecilan berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya sebelah tengahari tersebut.
“Suami sempat menjamah kuih yang saya sediakan. Tak sangka itu kali terakhir bertemu,”katanya yang terus menitiskan air mata. Dua anak kecil, Nor Medina Aisya, 3 dan Muhammad Meka Al Asyraf, dua tahun menjadi tanda bukti cintanya dan Nadia harus menerima hakikat bahawa dia sudah kehilangan suaminya sampai bila-bila.
Ads
Tambah Nadia lagi, malam sebelum itu suaminya mengalami sakit perut dan hanya mampu terbaring.
“Arwah suami masuk tidur awal. Dia tak banyak cakap pun,” katanya begitu sedih. Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan, arwah nampak lebih senyap berbanding sikapnya yang ceria.
“Masa kenduri pun arwah nampak diam, tak banyak cakap macam biasa. Memang nampak ketara perubahan sikapnya,” katanya memaklumkan.
Ads
Baru berkahwin tujuh tahun lalu, arwah suaminya sudah hampir lapan tahun bertugas di unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menjelaskan lagi, kata Nadia dia mendapat panggilan dari pihak bomba memaklumkan suaminya mati lemas sebelum pegawai mengambilnya di rumah untuk dibawa ke hospital Serdang untuk pengecaman mayat.
Inilah 6 wira negara yang terkorban ketika operasi menyelamat seorang remaja yang lemas di lombong Taman Putra PerdanaDi lokasi inilah nyawa 6 anggota bomba menjadi taruhan
Tragedi yang menimpa enam anggota bomba yang lemas ini merupakan kejadian pertama seumpamanya dan ia menjadi sejarah buat Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ketika upacara solat jenazah diadakan pelajar yang mati lemas di lombong di Puchong ini masih belum lagi ditemui.
Tular di media sosial bagaimana kesemua anggota bomba ini berusaha menyelamatkan diri tetapi masing-masing terperangkap selepas tali yang mengikat di tubuh terbelit antara satu sama lain selepas seorang anggota bomba tergelincir ketika operasi mencari remaja tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.
Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.
Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai uzur dan puasa.
#RemajaDengarKata bersama PU Amin baru-baru ini ada mendapat persoalan yang sering membayangi segelintir gadis atau wanita. Iaitu bagaimana niat sebulan puasa jika period dan apa hukum puasa bagi yang uzur lebih 15 hari dan terbatalkah niat sebulan jika korang didatangi darah haid.
Menjawap persoalan ini secara live di Instagram majalah Remaja , PU Amin menjelaskan bahawa wajib membaca niat semula jika datang haid atau keuzuran walaupun sudah membaca niat puasa untuk sebulan. Namun, lebih afdal jika mampu lafaz niat setiap malam dan pagi itu adalah lebih baik.
Manakala untuk soalan kedua pula, PU Amin menjelaskan mengikut daripada keadaan orang yang normal darah haid hanya 7 hingga 15 hari sahaja. Lebih dari 15 hari digelar sebagai darah penyakit iaitu darah istihadah. Istihadah ini tidak sama dengan hadi jadi dia boleh melakukan puasa dengan mencuci bahagian kemaluan, dan juga melakukan solat dan sebagainya. Jadi hanya perlu mencuci kemaluan dan bahagian badan lain sahaja supaya tiada kekotoran yang melekat.
Jadi diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan para peniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka menerusi laman media sosial dan peniaga biasanya akan membuat live sebagai salah satu cara komunikasi bersama pelanggan.
Namun lain pula jadinya dengan seorang peniaga yang dikenali sebagai Jannatul Sobah yang menerima kecaman sewaktu dirinya membuat live di TikTok bagi berkongsi ilmu.
Gadis itu telah menerima kecaman dan menjurus kepada body shaming kerana penampilan dan wajahnya dikutuk oleh netizen.
Sobah telah membuat satu hantaran di laman Facebook mengatakan yang sejujurnya dia agak terkesan dengan segelintir masyarakat yang suka mengecam. Dia hanya buat live video di TikTok untuk berkongsi ilmu, sebaliknya lain pula yang difikir oleh masyarakat.
Namun begitu, dia sudah memaafkan kepada individu yang memberi kecaman dan menghinanya. Sobah juga berterima kasih kepada insan-insan yang telah menyokongnya dari dulu hingga sekarang.
Walau bagaimanapun, masih terdapat netizen yang prihatin dan tidak bersetuju dengan tindakan body shaming yang ditujukan kepada gadis ini.
Sungguh sedih melihat pemikiran segelintir rakyat Malaysia yang masih menjadikan rupa fizikal manusia sebagai satu gurauan atau ejekan. Dah 2021 guys, ubahlah mentaliti tu sikit. Semoga Sobah lebih kuat dan menjadikan situasi ini sebagai pembakar semangat untuk dirinya terus berjaya dalam perniagaan.
Bagi pencinta haiwan, sudah tentu mereka tidak boleh melihat haiwan-haiwan berkeliaran dan tidak dijaga, tambah pula ada yang mengalami sakit teruk akibat perbuatan manusia atau pun penyakit sedia ada.
Gambar Hiasan ( Anjing Terbiar)
Namun, seorang wanita dilaporkan bertindak memberikan suntikan eutanasia kepada anjing yang diselamatkan dengan alasan pusat penjagaan miliknya sudah penuh.
Untuk info, eutanasia atau proses mematikan atas dasar belas kasihan adalah amalan yang dibenarkan dalam bidang perubatan haiwan. Namun, eutanasia hanya boleh dilakukan sekiranya haiwan tersebut telah memenuhi syarat untuk menerima suntikan itu.
Antara syaratnya adalah haiwan yang terlibat mengalami kesihatan kronik sehingga menyeksanya atau keadaan haiwan yang memberi ancaman penyakit berjangkit seperti Rabies.
Hukuman Penjara
Atas tindakan tidak bertanggungjawapnya itu, bekas ketua organisasi Care, Park So-yeon dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul. Park didakwa melanggar Akta Perlindungan Haiwan kerana memberi suntikan maut kepada 98 ekor anjing itu tanpa keperluan mendesak.
Park So-yeon, yang mengetuai Coexistence of Animal Rights on Earth (CARE), dan dituduh membunuh 98 haiwan antara 2015 dan 2018, mendakwa tidak bersalah selepas keputusan mahkamah pada hari Selasa di Seoul. [YONHAP]Tindakan tidak berasas itu dilakukan Park bagi mengurangkan beban kos perubatan haiwan yang ditanggung organisasinya. Park turut dituduh membunuh anjing-anjing itu di antara tahun 2015 dan 2018 untuk mendapatkan lebih banyak ruang di pusat jagaanya.
Jenayahnya itu didedahkan oleh bekas pekerjanya sendiri pada 2019 lalu dan telah meledakkan amarah orang ramai pada waktu itu.
“Tanpa menilai secara serius kapasiti pusat (Care), dia terlalu ‘asyik’ sertai operasi menyelamatkan haiwan tetapi membunuh haiwan itu apabila ruang tidak mencukupi,” kata mahkamah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...