Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman telah mencuri perhatian warganet apabila dirinya memutuskan untuk berhijab.
Menerusi muat naik dalam Igstory, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama, namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaannya kini.
“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.
“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya
Ads
Dalam masa sama, Norreen turut mendedahkan dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung.
Pempengaruh terkenal itu bagaimanapun percaya semua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.
Ads
“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).
“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.
Ads
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab, baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu supaya kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan senang nak lakonkan watak sebagai pelajar disleksia. Namun Nafiz Muaz berjaya membawakan watak itu dengan baik untuk telefilem Takkan Gentar, Sabtu lalu.
Takkan Gentar menemui penonton menerusi slot Cerekarama di saluran TV3 dan ia memberikan impak besar kepada penonton. Ini berikutan jalan ceritanya yang mengisahkan liku-liku seorang atlet paralimpik untuk membuktikan diri dalam bidang sukan.
“Takkan Gentar ialah mengenai pelajar istimewa yang kurang dari segi pelajaran tapi mempunyai bakat sukan terpendam. Dia ada kelebihan iaitu larian.
“Apa yang membuatkannya berbeza daripada cerita sukan lain adalah kisahnya yang mirip dengan kisah benar atlet paralimpik Malaysia sendiri. Jurulatihnya tak pernah putus asa kerana bersemangat untuk memberi tunjuk ajar kepada anak pelajar yang dipinggirkan ramai orang,” kata pelakon berusia 21 tahun itu.
Takkan Gentar mengisahkan Omar Ali (Eman Manan) yang gigih mengilap bakat Ibrahim (Nafiz Muaz), seorang anak muda yang mempunyai masalah pembelajaran (disleksia) dalam bidang sukan. Namun, ibunya Suri mahu anaknya tumpukan kepada pelajaran dan enggan anaknya itu kecewa jika tidak berjaya dalam pertandingan larian kelak.
“Saya banyak belajar dengan kak Zarina Zainuddin (Suri).
“Saya panggil dia ibu dan selalu bertanya mengenai watak saya memandangkan beliau sendiri berpengalaman bersama anak-anak istimewa. Beliau tak pernah lokek untuk berkongsi kisah dan tunjuk ajar agar lakonan saya lebih menjadi.”
Nafiz juga meminta pandangan pengarahnya, Dato Ahmad Tamimi Siregar serta pelakon senior seperti Eman Manan dan Fauzi Nawawi bagi menjayakan watak Ibrahim.
Ada juga penonton yang menyamakan kisah ini dengan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik negara, Abdul Latif Romly dan Ridzuan Puzi.
*
Rata-rata penonton meluahkan rasa kagum dengan telefimen Takkan Gentar memandangkan kita berada dalam bulan kemerdekaan. Bagi mereka, tidak banyak skrip seperti ini yang ditayangkan di televisyen.
“Satu lakonan yang mantap.”
“Terbaiklah, keep going.”
“Nafiz bertuah selalu dapat peluang berlakon dengan pelakon hebat seperti abang Eman.”
“Harap penerbit teruskan dengan drama yang memberi inspirasi kepada remaja.”
“Bagus dapat buka mata mengenai pelajar diasleksia. Masih ramai yang tak faham.”
Takkan Gentar adalah telefilem tepat untuk ditonton pada bulan kemerdekaan ini. Bukan sahaja mesej untuk tidak putus asa itu ‘sampai’ malah sedikit sebanyak ia juga dapat membuka mata orang ramai mengenai sukan paralimpik di negara ini.
Syabas kepada kesemua yang terlibat dalam menjayakan telefilem ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor kacak, Syafiq Kyle mendedahkan isterinya yang juga aktres jelita, Mimi Lana sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar, malah impian itu disuarakan sejak sebelum mereka bergelar suami isteri lagi.
“Pasal anak kembar, memang ada juga kami berbincang.
“Dari sebelum kahwin lagi Mimi ada cakap dia impikan anak kembar. Doa-doakanlah,” katanya kepada pemberita.
Menurut pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu, keluarganya sendiri juga mempunyai sejarah melahirkan kembar, namun bukan daripada ahli terdekat.
“Saya sendiri ada sejarah keluarga yang ada anak kembar, cuma belah sepupu.
“Mungkin Mimi pun ada juga di sebelah sepupu dia,” jelasnya.
Syafiq turut berkongsi bahawa Mimi membuat hantaran mengenai impiannya itu selepas melihat banyak perkara berunsur negatif di media sosial kebelakangan ini.
“Sebenarnya ada juga saya bertanya pada Mimi kenapa dia buat hantaran itu. Katanya, sejak akhir-akhir ini dia banyak nampak perkara tak best di media sosial seperti gosip dan kontroversi.
“Mimi memang suka main media sosial, jadi pada dia kalau ramai orang bercakap dan mendoakan perkara yang baik, insya-Allah akan lebih termakbul. Saya rasa bagus juga dia buat begitu supaya orang ramai mendoakan dia,” tambahnya.
Terdahulu, Mimi mencuri perhatian apabila meminta orang ramai mendoakannya dikurniakan anak kembar.
Sekadar info, pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang masih memandang remeh dengan pemilihan pakaian dalam kerana bagi mereka ia nya tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh orang lain. Jadi, tak hairan kebanyakan wanita lebih sanggup berhabis demi menjaga kecantikan luaran.
Soal dalaman pula, mungkin ramai yang lebih concern tentang ukuran dan jenis bra apa yang sesuai untuk menganjalkan dan menampung payudara dengan baik, tetapi jarang memikirkan tentang seluar dalam.
Hal ini adalah kerana mungkin mereka sudah tahu tentang pentingnya menjaga pemakaian seluar dalam dengan cara sering menukarnya dan memastikan bahawa ia nya sentiasa kering dan tidak lembap bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Namun begitu, ada beberapa hal yang perlu korang ambil serius sebelum berlakunya pelbagai penyakit dan alahan yang tidak ingin dilalui.
Oleh itu, jom semak beberapa kesalahan yang lazimnya dilakukan wanita dalam memilih dan mengenakan seluar dalam.
1. Saiz yang lebih kecil
Menurut seorang pakar pakaian dalam dan pengasas kepada White Rabbit NY Mariana Hernandez, ramai wanita cenderung untuk membeli seluar dalam yang lebih kecil daripada saiz pinggul mereka.
Seluar dalam yang ketat akan membuatkan lemak-lemak yang berlebihan terbonjol dan ini akan menjadikan bentuk badan tidak rata dan hodoh jika dilihat daripada pandangan luar. Perlu diingatkan juga, pemakaian seluar dalam yang ketat adalah tidak baik untuk vagina korang.
2. Material yang tidak sesuai
Sebelum nak beli tu, pastikan korang rasa terlebih dahulu material yang digunakan. Bagi cuaca di Malaysia ni, eloklah kalau korang cari seluar dalam daripada kain kapas kerana ia lebih menyerap peluh.
3. Memakai seluar dalam warna terang dengan pakaian jarang
Ohmai, yang ni memang sakit mata kalau tengok. Korang jangan feeling-feeling seksi kalau orang lain beritahu yang seluar dalam korang jelas kelihatan.
Tahu tak sebenarnya ia sangat-sangat hodoh ya. Memalukan! Cari pakaian yang sesuai dengan warna seluar dalam korang. Misalnya, kalau pilih seluar dalam yang berwarna terang, pakailah pakaian yang lebih gelap agar ia tidak jelas kelihatan.
4. Hanya mempunyai satu jenis seluar dalam sahaja
Kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli seluar dalam yang sama jenis sahaja. Lebih baik jika korang mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis seluar dalam yang berlainan.
Pertama, pilih seluar dalam daripada material kain kapas untuk kegunaan harian. Kedua, pilih yang berukuran lebih besar sedikit kerana ia sangat berguna saat korang sedang datang bulan untuk menggunakan pad. Seluar dalam ini juga sesuai untuk dipakai pada waktu tidur kerana saiz yang lebih besar dapat membuatkan vagina tidak terlalu merasa ‘sesak’.
5. Pakai thong ketika di gimnasium
Ramai yang memilih untuk memakai thong ketika melakukan senaman kerana tidak mahu orang lain melihat garisan seluar dalam di sebalik legging ketat yang korang pakai.
Namun begitu, pemakaian thong adalah sangat ketat dan semasa korang bergerak aktif di gim, berlakunya pergeseran di antara kulit dengan seluar dalam jenis thong tadi boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan jangkitan kuman kerana terkena peluh yang kotor .
6. Salah padan seluar dalam dengan pakaian
Kalau korang memakai dress atau seluar yang ketat, pastikan pilih seluar dalam yang mempunyai potongan seperti seluar pendek. Misalnya, spanx atau control shorts.
Pilih yang sesuai daripada segi tekstur, fabrik dan warna seluar dalam itu terlebih dahulu. Cari yang boleh menutup penuh keseluruhan pinggul dan sekali gus ia dapat mengelakkan daripada garisan seluar dalam tersebut timbul.
7. Membasuh menggunakan mesin
Air panas, mesin basuh dan detergen yang digunakan untuk mencuci seluar dalam dapat menjadikan seluar dalam korang rosak dan longgar. Sebaliknya, cuci dengan tangan adalah salah satu cara untuk membuatkan seluar dalam tahan lebih lama.
8. Berkira untuk berbelanja lebih
Kalau boleh nak beli seluar dalam yang tiga Rm10. Lagi murah lagi bagus.
Okay, sila ubah mentaliti ini. Benar, seluar dalam tu tak ada siapa yang nampak, tapi korang kena fikir kesannya untuk kesihatan diri sendiri. Sekali-sekala berbelanja lebih sedikit la untuk keperluan penjagaan aset korang juga.
Beli pakaian dalam yang berkualiti dan boleh menyerap peluh dengan baik, serta tidak meninggalkan kesan merah gara-gara jahitan yang terlalu kasar.
Dalam kelapan-lapan kesalahan yang disenaraikan ini, cuba semak sama ada ia pernah berlaku kepada korang atau tidak. Jangan tipu la kalau satu pun tak kena kan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati seorang suami yang sanggup melakukan derma buah pinggang demi isterinya yang menghidap kegagalan buah pinggang tahap akhir menjadi definisi sebenar cinta dan pengorbanan.