“Saya Masih Waras Dan Berpegang Teguh Ajaran Islam”, Aina Abdul Kesal Dituduh Bawa Konsep ‘Kontroversi’ Di Pentas AJL 34

Share

Korang tengok tak kemeriahan AJL 34 semalam?

Siapa tak kenal dengan Anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu yang merupakan sebuah acara muzik tahunan berkonsepkan pertandingan yang melibatkan karya lagu terbaik di Malaysia.

Namun, timbul satu isu apabila persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah di AJL34 didakwa keterlaluan bawa mesej bunuh diri.

Aina Abdul yang mempersembahkan lagu Sumpah menjadi perbualan netizen di media sosial kerana ada yang mendakwa persembahan beliau ‘trigger’ pesakit mental. Ada pihak yang mengatakan bahawa persembahan tersebut menyampaikan mesej yang salah dimana kekesalan kekecewaan dalam percintaan digambarkan dengan adegan yang agak sadis.

Kenyataan Aina Abdul Dakwaan Persembahan Konsep Bunuh Diri.

Kalau korang tengok  persembahan AJL Aina, pasti korang dapat melihat beliau mengenakan busana berwarna putih dan terdapat darah pada baju beliau. Berikutan itu, Aina Abdul tampil menjelaskan di Instagram miliknya bahawa darah tersebut adalah simbolik kepada kekecewaan yang ditanggung wanita akibat melukai hati insan tersayang.

Namun Aina tidak cepat melatah dan membuat kenyataan di laman sosialnya selepas persembahan semalam.

 

Assalamualaikum wbt.

Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. .
Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah.

Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya.

Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.

Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.

Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa.

Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul.

Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur.

Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua. 

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah.

Video Di Youtube Hilang?

Difahamkan kini persembahan Aina Abdul di YouTube TV3 sudah dipadam. Setiap orang memiliki pandangannya tersendiri dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Malam semalam juga menyaksikan Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Sumber : Instagram Aina Abdul

IKLAN