Perjalanan pasangan mentor dan peserta, Datuk Fazley Yaakob bersama anaknya, Fariedz Fazley dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) berakhir pada minggu keempat selepas mereka diumumkan tersingkir daripada pertandingan itu.
Meskipun sedih dengan keputusan tersebut, Fariedz dilihat menerima penyingkiran itu dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu keputusan yang adil berdasarkan kekuatan peserta lain.
Akui Peserta Lain Lebih Menyerlah
Menurut Fariedz, dia sendiri menyedari kelebihan yang dimiliki peserta lain sepanjang pertandingan berlangsung.
“Saya faham kenapa saya keluar. Peserta lain seperti Viviana mempunyai vokal yang sangat bertenaga manakala Kim pula mempunyai riff yang sangat bagus. Mereka semua ada kelebihan masing-masing.
“Malah saya pernah beritahu Dida (panggilan untuk Fazley), saya lega saya yang keluar. Jika peserta lain yang keluar, saya akan rasa ralat kerana mereka lebih layak untuk kekal,” katanya.
Kenyataan itu turut memperlihatkan sikap matang Fariedz yang lebih selesa melihat peserta lain meneruskan perjuangan mereka dalam program berkenaan.
Ads
Fazley Sudah Persiapkan Mental Anak Sejak Awal
Sementara itu, Fazley yang bertindak sebagai pengurus dalam program tersebut mengakui dia sudah mempersiapkan mental anaknya sejak minggu pertama lagi untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk penyingkiran.
“Sebenarnya saya sudah siapkan Fariedz sejak minggu pertama lagi. Saya katakan kepadanya, setiap minggu ada kemungkinan untuk terkeluar. Apa yang penting, buat sehabis baik supaya persembahan terakhir itu akan diingati sampai bila-bila masa.
“Sebagai pengurus dan bapa, saya melihat dia tidak melakukan sebarang silap. Dia menyanyi dan menari dengan sempurna seperti yang diminta, namun lapan peserta lain juga sangat hebat,” ujarnya.
Ads
Dalam masa sama, Fazley turut mengakui ketiadaannya ketika sesi latihan bersama Fariedz mungkin memberi kesan terhadap markah mereka pada minggu tersebut.
Namun jelasnya, perkara itu berlaku disebabkan masalah penerbangan dan bukan disengajakan. Walau bagaimanapun, Fazley percaya setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.
Persembahan ‘Baby’ Jadi Penutup Perjalanan
Pada minggu keempat itu, Fariedz dan Fazley membawakan lagu Baby nyanyian asal Justin Bieber.
Ads
Persembahan tersebut meletakkan mereka di kelompok tiga terbawah bersama pasangan Safura X Kim serta Ani Mayuni X Viviana.
Bagaimanapun, Fariedz dan Fazley terpaksa akur apabila diumumkan tersingkir selepas memperoleh markah terendah daripada barisan juri.
Sudah Terima Tawaran Sebagai Artis Rakaman
Di sebalik penyingkiran itu, Fazley turut berkongsi berita menggembirakan apabila Fariedz sebenarnya sudah menerima tawaran sebagai artis rakaman sejak minggu pertama program tersebut berlangsung.
Perkara itu sekali gus membuktikan penyertaan Fariedz dalam TTMM2 membuka ruang dan peluang baharu buat dirinya untuk terus berkembang dalam industri muzik tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan remaja perempuan seperti korang, beg tangan adalah item WAJIB ada dan sering bertukar stail pada setiap tahun.
Tak kisahlah sama ada ia bersaiz besar atau kecil, dijinjing atau disangkut pada bahu, perempuan memang akan merasa seperti tidak lengkap jika keluar dari rumah tanpa ada beg tangan di sisi.
Abang korang pun ada man-bag tau!
Tapi masalahnya, apakah gaya beg tangan yang bersesuaian dengan kamu? Jom jawab kuiz ringkas di bawah.
Dah tahu? Korang setuju tak dengan keputusan tersebut?
Hehe..
Apapun jika korang berminat dengan beg tangan yang tertera di dalam kuiz tersebut, ia merupakan koleksi Carlo Rino Spring Summer 2019 bertemakan Daily Pleasure. Tengok beg tangan sendiri je dah rasa happy!
Happy sangat sampai buat jadi muzium lah!
Kesemua model beg tangan tersebut (dan banyak lagi) kini boleh didapati di stor Carlo Rino seluruh negara. Kunjungi laman web mereka untuk melihat katalog dan harga diskaun terlebih dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon terkenal dan legenda seni mempertahankan diri Hong Kong, Bruce Leung Siu-lung, dilaporkan meninggal dunia pada usia 77 tahun, pada 14 Januari lalu.
Pemergian bintang ikonik itu disahkan menerusi laporan media tempatan Hong Kong yang memetik pengesahan daripada rakan rapat serta pihak pengurusannya. Berita tersebut sekaligus mencetuskan rasa duka dalam kalangan peminat filem aksi klasik Asia dan antarabangsa.
Difahamkan, punca kematian Bruce Leung masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak keluarga. Namun, beberapa sumber mendakwa beliau berkemungkinan mengalami edema serebrum akut iaitu keadaan serius yang melibatkan bengkak otak, manakala laporan lain menyatakan faktor kegagalan jantung sebagai antara kemungkinan punca kematian.
Bruce Leung yang pernah membawakan watak ikonik ‘Sifu Kodok’ dalam Kung Fu Hustle
Setakat ini, keluarga mendiang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan perubatan terperinci berhubung pemergian pelakon berkenaan, dan orang ramai diminta menghormati privasi keluarga dalam tempoh berkabung ini.
Untuk info, Bruce Leung merupakan antara ikon utama era kegemilangan sinema kung fu Hong Kong pada tahun 1970-an dan 1980-an. Namanya sering dikaitkan dengan fenomena ‘Bruceploitation’ yang muncul selepas kematian legenda seni mempertahankan diri, Bruce Lee.
Selepas sekian lama aktif dalam industri, beliau kembali meraih perhatian global menerusi watak The Beast dalam filem Kung Fu Hustle (2004). Lakonan berkarisma serta koreografi aksi yang mantap menjadikan watak tersebut ikonik dan memperkenalkan Bruce Leung kepada generasi baharu peminat filem.
Di samping itu, selain kerjaya lakonan yang menjangkau lebih lima dekad, Bruce Leung turut dikenali sebagai penggiat seni mempertahankan diri yang terlatih dalam beberapa disiplin, termasuk Goju-ryu Karate dan Wing Chun, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai figura berpengaruh dalam industri aksi Asia.
Sementara itu, upacara perpisahan terakhir mendiang Bruce Leung dijadualkan berlangsung pada 26 Januari ini di Longgang, Shenzhen, bagi memberi peluang kepada keluarga, rakan dan peminat untuk memberikan penghormatan terakhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekurangan yang ada pada diri bukanlah suatu problem yang perlu korang takuti. Kebanyakan daripada kita melihat kekurangan dalam diri sebagai suatu masalah yang besar.Kenapa kita perlu merasakan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai sesuatu masalah?
Semuanya terpulang kepada individu tersebut sama ada bijak menggunakan kekurangan itu atau tidak. Viral baru-baru ini apabila gadis yang mempunyai lidah yang panjang dan menjijikkan berjaya raih pendapatan sebanyak RM415,000 setahun. Maknanya kalau 415K bahagi dengan 12 bulan, gaji gadis ini RM34.5K sebulan…Wow…!
Instafamous yang mempunyai dua juta pengikut di Instagram ini bernama Mikayla Saravia dari West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM415,000 setahun. Pekerjaan yang dilakukan oleh gadis ini ternyata mudah iaitu hanya bergaya sambil menjelirkan lidahnya.
Uniknya, lidah gadis ini tidak seperti manusia biasa kerana saiznya yang agak besar, panjang dan berukuran 16.5 sentimeter, eeemacam lidah ular kan guys!. Lebih mengujakan, gadis muda berusia 21 tahun ini mampu meraih pendapatan antara RM1250 hingga RM12,500 untuk setiap posting dalam media sosial tersebut. Wah hebatnya kamu.
Menurut sumber , Mikayla turut berniaga dengan menjual kemeja dan barangan lain seperti pemegang dan pengecaj telefon yang mempunyai logo istimewa berbentuk lidah panjangnya.
Apa pun penyebaran iklan ini ternyata membawa keberuntungan selama dua tahun berturut-turut apabila Mikayla berjaya memperoleh RM208,345 pada tahun lepas dan jumlah dikatakan berlipat kali ganda pada tahun seterusnya.
Bila pandang lama-lama naik seram pulak admin tengok budak Mikayla ni..hehe
Korang apa pula bakat yang boleh ditengahkan…
Sumber : dazeddigital
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!