Dengan jumlah undian 86,370,777, Nurul Jannah Munner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 pada malam ini. Janna sekaligus membawa pulang sebuah kereta, trofi dan telefon bimbit dari penaja utama, Xiaomi.
Jumlah undian terkumpul itu jauh meninggalkan jumlah undian sebanyak 22,332,676 yang melayakkan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Sekaligus, Janna Nick telah memecahkan rekod sejarah penganjuran ABPBH.
Dengan nada sebak, Janna memulakan ucapan dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, “Alhamdulillah, thank you Allah. Pertama sekali, saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan untuk layak menerima anugerah ini. Terima kasih Janna Nicker kerana ada dengan saya dari awal pembabitan karier saya sehinggalah saya hampir jatuh tersungkur pada awal tahun ini.
“Terima kasih kerana menghadiahkan anugerah ini sebagai pemangkin semangat untuk saya teruskan karier seni saya. Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, kepada rakan-rakan media. Kepada semua yang pernah memberikan saya peluang, saya hargai setiap peluang yang hadir kepada saya. Terima kasih kepada keluarga saya. Dini Schatzmann, saya cintai anda.
“Dan kepada anda di luar sana, sekiranya anda merasa sedih, kecewa dan merasakan dunia ini tidak adil, jangan pernah putus asa kerana pasti akan ada sinar buat kita semua.
“Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah, bukan Janna Nick..” simpulnya yang cantik mengenakan gaun serba metalik rekaan Wanpa pada malam ini.
*
Ads
Terdahulu, Janna telah memenangi kategori Pengacara TV Popular menerusi program hiburan, Melodi dan kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Tambah Janna lagi apabila ditanya wartawan mengapa dirinya dilihat sebak dengan kemenangan ini, katanya dia sudah mengalirkan air mata sejak berada di bawah pentas lagi selepas keputusan diumumkan.
“Saya rasa sedih kerana saya tahu perjalanan saya ke saat ini bukanlah mudah.”
Ads
“Saya bukan Malaysian sweetheart, saya ialah seorang artis yang banyak buat hal. Saya tahu.”
“Tahun ini banyak memberikan pengajaran buat saya, ia membuatkan saya sangat kecewa dan saya anggap ia adalah ujian Allah buat saya. Saya hampir putus asa dengan industri seni dan tidak mahu berada di bawah spotlight.
“Saya sudah cakap ingin mengundurkan diri kepada para peminat dan saya anggap ini sebagai hadiah mereka kepada saya. Selagi mereka inginkan saya, saya akan terus menghiburkan mereka. Tapi dengan keadaan mental saya, saya akan cuba hadkan (aktiviti seni). Ini kerana untuk berada dalam bidang seni sekarang bukanlah perkara mudah.
“Saya tiada privasi, saya hilang kehidupan peribadi saya. Apa yang saya pakai, salah. Apa yang saya kata, salah. Apa yang saya buat pun salah. Jadi saya rasakan (kemenangan) ini adalah satu tanggungjawab yang amat besar untuk terus bertahan. Kepada senior-senior saya yang boleh bertahan hingga ke hari ini, saya mengucapkan syabas kepada anda kerana tanggungjawab sebagai seorang selebriti bukanlah perkara yang mudah. Dihencap, dikecam; itu adalah makanan kami. Tersalah langkah, habislah kami.”
Ads
“Kepada sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, sekiranya saya ada menyakitkan hati sesiapa atau berkelakuan yang menyenangkan hati. Saya amibil peluang ini untuk minta maaf banyak-banyak.
“InsyaAllah rezeki yang diberikan hari ini akan menjadikan saya seorang manusia yang insyaAllah menjadi inspirasi dan menyebarkan perkara yang positif kepada orang ramai,” luahnya di karpet merah setelah acara tamat.
Sembilan tahun Janna Nick menceburi industri seni. Memasuki beberapa bulan saja lagi sebelum dia meraikan sedekad pembabitannya sebagai seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah; gadis kelahiran Alor Setar ini seboleh mungkin ingin menyimbangi antara kerjaya sebagai seorang selebriti dan gadis yang menjalani kehidupan biasa seperti kita semua.
Menjadi kelebihan seorang perempuan bila ada yang mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang jahitan. Tidak semua wanita suka menjahit, tetapi jika korang boleh menjahit, ia merupakan satu kelebihan besar yang ada dalam diri.
Bayangkanlah harga sepasang baju yang dijual dikedai mencecah ratusan ringgit, itu belum termasuk design yang fancy dan macam-macam lagi. Kalau tak harganya RM400 ke RM500 memang tak sah.
Jadi, bagi mereka yang mempunyai kemahiran menjahit pastinya jadi lebih mudah kerana boleh buat semuanya sendiri.
Cuma, korang kena cari pola yang bersesuaian untuk menjahit mengikut rekaan yang diperlukan.
Kali ni, kami nak kongsikan tutorial kain duyung ruflle daripada Anida Aliyas Anida yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk korang. Nampak macam mudah je. Kalau tak boleh menjahit sekali pun, mungkin korang boleh tunjuk pola ini pada si tukang jahit.
Kain bidang 45’’ 3 meter Kain bidang 60’’ 2.5 meter
1. Potong radius tersebut sebab nak bagi ruffle tu flowy. Kalau nak ruffle yang banyak, besarkan alunan radius tu
2. Pastikan bahagian kain ini disebelah luar. Sesuaikan dengan jenis kain yang korang pilih. Bahagian cantik, haruslah diluar
3. Jahit baby seam terlebih dahulu pada ukuran ini dan kemudiannya, jahit setengah seperti dalam gambar
4. Bila dah cantum, ia akan jadi seperti ini
5. Susun ruffle bila dah siap cantum. Bahagian atas akan jadi seperti itu dan korang kena potong bagi sama rata
6. Lihat betul-betul susunan ruffle tersebut
7. Potong bahagian atas tadi, bahagi sama rata dan selepas itu, jahit seperti biasa
8. Siap!
Okay, basically ni tutorial untuk membuat ruffle pada kain duyung. Korang boleh pilih nak guna material dan corak kain mengikut taste masing-masing.
Kalau beli dekat butik, kain macam ni confirm harga nak cecah RM100 kan?
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa perkara pertama yang kamu akan bayangkan bila dengar sahaja nama pelakon serba versatil Aaron Aziz? Mesti kamu akan terus ingat dengan karakternya sebagai Malek dalam filem aksi KL Gangster atau Hariz, jejaka romantik dari filem Ombak Rindu.
Nampak tak Aaron Aziz dekat billboard tu. Hiks!
Tapi pernahkah kamu tengok Aaron Aziz muncul sebagai toyol yang lengkap berpakaian polis? Kali pertama Remaja menyaksikan video ini seakan tidak percaya dan tak kenal bahawa ini adalah Aaron Aziz. Dengan mekap muka hijau berserta telinga panjang, Aaron Aziz nampaknya keluar daripada zon ‘kacak’ untuk menjiwai watak toyol ini? Kenapa menerusi video ini Aaron Aziz muncul bersama pelakon antarabangsa Will Smith dan Joel Edgerton? Adakah dia membintangi sebuah filem Hollywood?
Rupa-rupanya dia menyamar jadi toyol je!
Sebenarnya klip di bawah ialah video parodi berjudul ‘Toyol in Training’ yang dihasilkan oleh Netflix Asia untuk mempromosikan filem terbaru mereka, Bright. Filem Bright membawa penonton ke sebuah dunia di mana ia dihuni oleh pelbagai jenis makhluk seperti manusia, orcs, elves, centaurs dan dwarves. Filem hebat yang ini dibintangi oleh Will Smith (Daryl Ward), Joel Edgerton (Nick Jakoby), Noomi Rapace (Leilah), Lucy Fry (Tikka) dan ramai lagi.
Diarahkan oleh David Ayer (Suicide Squad, End of Watch), Bright membawa kisa dua anggota olis; Daryl seorang manusa dan rakannya Jakoby seorang orc. Setiap harui mereka bertugas bersama untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Muncul dengan pelbagai latar belakang daripada pelbagai budaya spesis, komuniti ini sentiasa berdepan pelbagai cabaran demi untuk terus hidup sejahtera di antara satu sama lain.
Antara projek paling berani daripada NETFLIX pada tahun ini, Bright akan dapat kamu tonton bermula pada hari ini, 22 Disember 2017.
Daryl dan Jakoby kemudian menemui artifak purba yang mempunyai kuasa cukup luar biasa dalam bentuk magic wand. Dan sejak penemuan itulah kehidupan mereka serta orang di sekeliling mereka berubah sama sekali. Jangan lupa untuk menyaksikan Bright hanya di NETFLIX bermula pada hari ini!
Setiap kali pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat muncul dengan drama televisyen baharu, pasti ada saja perkara berbangkit yang akan membuatkan nama drama arahannya itu tular.
Jika sewaktu drama sekuel Nur 2 ditayangkan tahun lalu, semua tertarik dengan cara pelakonnya, Uchee Fukada bermulut bertih sehingga tular dua kali.
Tak kurang juga semasa drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ditayangkan. Sekali lagi nama Budak Ijat menjadi bahan warganet setelah babak koma di wad hospital dikatakan tidak menggunakan peralatan perubatan yang betul. Babak Mira bermain gitar di sebelah suaminya yang telah koma juga tak terlepas daripada dijadikan ‘bahan’.
Kali ini, Budak Ijat muncul dengan drama yang sedang ditayangkan di saluran TV3, Takdir Yang Tertulis dan sekali lagi, penulis sudah dapat mengagak akan ada babak yang akan menjadi pertikaian warganet.
Ia melibatkan episod sembilan di mana Ean (Alvin Chong) bertindak keluar dari kereta dan cuba mengejar peragut yang menyerang Juweta (Nad Zainal) namun gagal.
Apa yang menjadi pertikaian adalah mengapa Ean tidak mengejar motosikal peragut itu dengan keretanya saja?
Dalam satu muat naik di Instagram oleh Budak Ijat, beliau mengakui akan kesilapan pada skrip tersebut “dengan harapan penonton tak perasan”.
Malah beliau menganggap kesilapan itu adalah kesan daripada penggambaran yang memakan masa terlalu lama sehingga ke waktu tengah malam; hinggakan logik di sebalik babak tersebut tidak terfikir dek akal semasa berada di set.
Okay je lah sekiranya Budak Ijat memahami mengapa warganet mempertikaikannya. Semua drama tak sempurna, pasti ada cacat celanya.
Apa yang kurang enak adalah apabila beliau seakan memerli penonton di Malaysia terutama peminat K-drama dengan berkata kesilapan pastinya dilakukan oleh mana-mana produksi.
“It is okay. Ini menunjukkan drama Takdir Yang Tertulis ini tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kesilapan sama dengan drama-drama lain termasuklah drama Korean yang korang megah-megahkan sangat tu,” catatnya.
Apa lagi gaiss, melentinglah peminat K-Drama bila membaca kenyataan tesebut.
@Arezhami berkata, “Admit ada flaws cantik dah, tapi perli audience memang silap bro.”
o@xhjtbz_ pula beranggapan, “Kalaulah drama Korea buat kesilapan macam ini, silap-silap rating jatuh teruk kena kecam. Nak compare pun agak-agaklah.”
Seperti ramai warganet, @MiryoAmran tidak memahami sentimen perbandingan yang dilakukan. “Apa kaitan dengan drama Korea pula ni?”
Kata @bstforc pula, “A very big mistake compare drama Korea dengan drama Melayu. Their pre-production must be detailed. Bukan megahkan but we choose the best to entertain us. I wish he will get new ideas and make better drama.”
Hhm, bila satu dah bersuara, memang segerombolan lah yang akan datang menyerang Budak Ijat.
Apapun, ini bukanlah kali pertama beliau menerima komen seperti ini daripada penonton.
Asalkan drama Takdir Yang Tertulis ini masih menjadi pilihan penonton sejagat dan sering menguasai trending topic di Twitter semasa ditayangkan, kira hebatlah tu penangan idea Budak Ijat. Publisiti percuma dapat, rating pun dapat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!