Bintang terkenal Priyanka Chopra Jonas mendedahkan bahawa selepas bertahun-tahun bekerja di Bollywood, dia tidak lagi mendapat tawaran lakonan yang akhirnya menyebabkan peralihannya ke industri Hollywood.
Dalam sebuah temubual di podcast “Armchair Expert”, yang disiarkan pada Isnin lalu, dia berkata penghijrahannya adalah kerana politik kotor Bollywood, peluang lakonan yang semakin terhad di India dan keinginan untuk fresh start di tempat baru.
Detik kemenangan Priyanka Chopra ketika memenangi Miss World pada umur 18 tahun.
Isteri kepada Nick Jonas itu mula terkenal di India selepas memenangi pertandingan ratu cantik Miss World pada tahun 2000 dan mengambil peranan dalam beberapa filem Bollywood. Dia berkata banyak filemnya yang kurang popular membuatkan dia berfikir semula tentang kerjayanya.
Ads
“Saya bukan nepo baby. Saya tidak mempunyai sokongan kuat dalam filem Bollywood,” katanya semasa episod itu.
Perpisahannya daripada industry lakonan di India membuka peluang baru untuk dia berpindah ke Amerika dan bekerja dalam industri muzik, yang akhirnya menyebabkan pelakon itu menandatangani perjanjian dengan Interscope Records sebagai penyanyi pada awal tahun 2010.
Peranan beliau sebagai ejen FBI berjaya membuka pintu rezeki Hollywood.
Ads
Bagaimanapun, pelakon itu segera menyedari bahawa dia lebih selesa dalam industri lakonan. Setelah menghadiri ujibakat lakonan di Amerika, dia berjaya mendapatkan peranan dalam drama bersiri, Quantico sebagai ejen FBI.
Bermula dari titik itulah kerjaya lakonannya semakin berkembang dengan akhirnya beliau berkesempatan untuk menjadi sebahagian daripada filem seperti Baywatch, The Matrix Resurrections, dan The White Tiger.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Himal Sanchar, Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat pada tahun 2018, kawasan pelancongan popular di ASEAN telah dikejutkan dengan penutupan pantai secara serta-merta.
Antara yang terlibat ialah Boracay, Filipina dan Koh Samui, Thailand untuk tempoh 10 bulan. Semuanya gara-gara isu pencemaran pantai yang kritikal dan mampu membunuh hidupan laut di sana.
To be honest, bukan pantai Boracay dan Koh Samui saja yang terjejas. Banyak lagi kawasan pantai ASEAN yang berdepan situasi ini termasuklah di dalam negara kita sendiri.
Mungkin untuk mengelakkan perkara itu terjadi, Bali Indonesia telah menetapkan cukai lebihan kepada para pelancong yang masuk ke pulau itu baru-baru ini.
Cukai pelancong sebanyak USD10 atau RM41 akan dikenakan kepada semua pelancong asing dan dana itu akan digunakan untuk pemuliharaan alam serta pembangunan budaya di Bali.
Untuk pengetahuan korang, Bali ingin mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 70% dalam masa setahun kerana ia juga berdepan dengan masalah pencemaran di pantai. Malah, sejak bulan Disember lagi, Bali telah mengharamkan penggunaan straw minuman dan styrofoam.
Baguslah tu, demi kecantikan alam semulajadi Bali juga. Barulah anak cucu kita boleh nikmati Bali yang sekarang ini pada 30-40 tahun akan datang.
Kira-kira 12 juta orang pelancong asing yang berkunjung ke Bali pada setiap tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor terkenal, Fattah Amin tampil menafikan dakwaan bekas isteri yang juga merupakan aktres dan usahawan popular, Nur Fazura berlakunya curang dalam perkahwinannya.
Menerusi laporan media tempatan, dia sama sekali tidak berlaku curang sebagaimana yang didakwa pelakon filem Pisau Cukur itu.
“Saya nafikan perkara itu, peguam dia sudah beritahu sebelum ini tiada kes curang, kenapa tiba-tiba ada kes curang?
“Itu semua saya nafikan. Saya pun ada bukti, itu tohmahan untuk mencemarkan nama baik saya Sedangkan kita sudah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi, sepatutnya menjaga aib masing-masing,” katanya.
Selain itu, Menurut bapa kepada seorang puteri itu turut menegaskan perceraian mereka berlaku disebabkan tiadanya persefahaman selain mengakui tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada Fatima.
“Saya terkejut dan sedih apabila ada kenyataan seperti itu daripada Fazura.
“Tiada persefahaman itu sahaja. Mengenai tidak berikan nafkah, sayd ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan transaksi semud ke keluarga. Tetapi mungkin itu tak cukup untuk dia,” ujarnya panjang lebar.
Pasangan selebriti popular tersebut akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari di sini hari ini, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 227 November 2017. Pada 3 September 2024
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau pasal tudung, jangan main-main dengan perempuan. Satu hari mood boleh spoil gara-gara tak puas hati.
Lebih sadis lagi bila si lelaki (pasangan) pula yang kena tempiasnya. Tak semena-mena muncung panjang sedepa. Kadang, pelik juga orang lelaki dengan mood perempuan ni.
Tapi, jangan risau bro. Kami nak share kan dekat korang tentang masalah-masalah tudung yang selalunya boleh buat mood perempuan swing.
1. Tudung konyok
Dah iron cantik-cantik, tapi bila nak pakai tiba-tiba dah kedut seribu. Siapa tak hangin kan?
Tudung akan jadi lebih susah nak dibentuk dan yang pastinya dah tak cun la kalau tudung berkedut.
2. Susah nak bentuk
Masalah ni untuk perempuan yang pakai tudung bawal biasanya. Bila awning tudung tak terletak cantik dan berkedut-kedut. Arghhhh stresnya rasa macam nak marah semua orang!
3. Tudung comot
Paling pantang bila makan makanan yang berkuah dan terkena pulak dekat tudung. Lagi-lagi makanan yang berminyat. Eee.. comotnya tak sukaaaaaa!
4. Tudung bau asap
Keluar je dari pasar malam, mula la tudung tu ada bau ayam bakar, roti john atau cempedak goreng. Pernah rasa macam ni?
5. Kain tudung licin
Material licin seperti satin bukan semua orang boleh ‘carry’ tau. Tapi sebab nak nampak cantik, sis tetap cuba. Cuma tu la, bila tudung tu sikit-sikit nak jatuh, susah nak bentuk, hmm boleh bikin mood swing jugak tu.
So, lepas ni kalau tiba-tiba gf/bini korang buat ‘muka’ tu, faham-faham je la mungkin ini punca buat mood mereka tak baik. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!