Satu-Persatu Pelakon GLEE Ditimpa Musibah, Semua Doakan Naya Rivera Ditemui Semula

Share

 

Sejak dahulu lagi, dunia hiburan Hollywood tidak pernah senyap daripada cerita-cerita konspirasi yang melanda bintang popular di sana.

Baik penyanyi, kumpulan muzik, pelakon ataupun pihak produksi, memang banyak sangat cerita konspirasi yang berlegaran apabila timbul musibah yang melanda mereka. Kalau nak cerita satu-persatu tu, memang berepisod lah jawabnya!

Kami enggan sebenarnya untuk menggelar kru produksi drama bersiri muzikal popular, GLEE sebagai mangsa keadaan di Hollywood.

Namun jujurnya, pelbagai ujian telah menimpa para pelakon GLEE sejak ia mula ditayangkan sehinggalah ia menamatkan siaran pada musim keenam.

Antara ujian yang pernah menimpa mereka termasuklah kematian pelakon utamanya Cory Monteith yang membawakan watak Finn Hudson disebabkan penggunaan bahan terlarang secara berlebihan.

Ia berterusan dengan kematian Mark Salling yang membawakan watak Noah ‘Puck’ Puckerman. Di dalam siri tersebut, Noah merupakan antara kawan karib kepada Finn. Selepas tamat musim keenam, Mark pula yang meragut nyawa sendiri pada tahun 2018 selepas ditahan memiliki pornografi kanak-kanak.

(Dari kiri) : Cory Monteith dan Mark Stalling.

Banyak lagi sebenarnya ujian yang melanda mereka terutama kes saman, kes jenayah dan terbaru pada pertengahan tahun ini, Lea Michele yang dikecam selepas didakwa tidak sensitif terhadap isu perkauman di Amerika Syarikat.

Jadi apabila seorang pelakon GLEE iaitu Naya Rivera (Santana Lopez yang merupakan watak kegemaran penulis) berdepan dengan satu lagi isu pada hari ini, we could not help but to think – when will these trials end?

 

Kehilangan Misteri Naya Rivera

Naya dilaporkan hilang tanpa jejak setelah pihak berkuasa menemui anak lelakinya yang berusia 4 tahun keseorangan di atas sebuah bot yang terletak di tengah-tengah Tasik Piru, California semalam.

Tasik Piru yang terkenal dengan aktiviti menaiki bot sebagai tumpuan rekreasi.

Apabila pihak berkuasa mengesahkan kehilangan tersebut dan akan meneruskan usaha mencari Naya, satu-persatu pelakon GLEE memohon agar para peminat serta orang ramai mendoakan agar Naya ditemui semula dalam keadaan selamat.

 

Harry Shum Jr (Mike Chang)

Iqbal Theba (Principal Figgins)

 

Demi Lovato (pernah muncul sebagai Dani dalam 4 episod)

 

Heather Morris (Brittany S Pierce)

 

Maz Adler (Dave Karofsky)

 

Damian McGinty (Rory Flanagan)

 

Vanessa Lengies (Sugar Motta)

 

Semoga usaha pencarian Naya Rivera dipermudahkan. Terlalu banyak teori konspirasi yang berlegar di media sosial berkenaan kehilangan ini.

Namun REMAJA percaya sekiranya dia ditemui, segala persoalan tersebut lebih mudah untuk dirungkai.

IKLAN