Selalunya bakal ibu yang sedang sarat mengandung anak sulung akan sibuk melakukan persediaan bagi menyambut kelahiran bayi mereka, tidak lama lagi.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang gadis Kelantan berusia 19 tahun ini yang apabila dia memutuskan untuk membuat kejutan gempak kepada suaminya berupa sebuah kenderaan mewah jenama Lamborghini yang dipercayai bernilai RM2 juta!
Usahawanita muda yang dikenali sebagai Anes Ayuni Osman itu berkata, ‘hadiah awal’ khas buat suaminya, Ahmad Weldan yang bakal berdepan malam-malam sukar tanpa waktu tidur mencukupi sebagai seorang ayah selepas kelahiran bayi mereka.
Lantas, Ayuni berkongsi pengalaman membuat kejutan tersebut di sebuah bangunan pengedar kenderaan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu. Di sana, suaminya dibawa masuk ke ruang kereta itu dalam keadaan mata tertutup sebelum dia terkejut menyaksikan model Huracan Evo berona biru firus di hadapannya.
Katanya, ini adalah satu bentuk penghargaan awal kepada Weldan yang telah menjaganya dengan cukup baik sepanjang tempoh hamil.
Demi terus mendapatkan sokongan suaminya agar turut sama menjaga anak mereka serta selalu berada di sisinya sepanjang tempoh berpantang pula selepas ini, Ayuni mendapatkan hadiah tersebut kerana dia tidak lagi boleh bergerak aktif selama beberapa minggu setelah bersalin.
Ads
Tambah Ayuni, dia ingin suaminya serba tahu dalam menjaga bayi mereka termasuklah menukar lampin terutamanya pada waktu malam. Alang-alang suaminya gemar bekerja lewat malam, apa salahnya jika suaminya mengambil alih tugasan menjaga bayi mereka.
Sedikit info mengenai pasangan muda ini, mereka telah mengikat tali perkahwinan pada Februari 2021. Ayuni yang merupakan seorang usahawanita muda pernah tular sebelum ini apabila dia menghabiskan RM50,000 untuk membeli beg-beg mewah jenama Louis Vuitton untuk bakal bayinya. (Untungnya, alahai!)
Pasangan ini juga sebenarnya sudah terbiasa memandu Lamborghini apabila suaminya mendapatkan Ayuni model Aventador SV berharga RM3 juta (OMG) hanya kerana isterinya itu ‘mengidamkannya’ semasa hamil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa klip video dimuat naik graduan dari negara barat mencuri tumpuan rakyat Malaysia gara-gara menggunakan lagu rasmi UiTM ketika merakam momen graduasi mereka.
Dua hantaran video telah menjadi sorotan warganet Malaysia kerana lagu kebanggaan universiti itu iaitu ‘UiTM di Hatiku’ digunakan masyarakat di luar negara.
Menerusi akaun @whiteboy_612, dia dilihat menggunakan lagu UiTM sebagai latar videonya sekali gus dihujani komen lucu daripada netizen.
Majoriti warganet berseloroh bertanya individu tersebut graduan dari UiTM mana.
Menjengah ke akaun @d0ublechin2.0 pula, ruangan komentar gadis mat saleh itu juga dibanjiri komen-komen selepas menggunakan lagu berkenaan.
“Akak belajar dekat UiTM Jengka ke,” antara komen yang ditinggalkan.
“UITM going international! Hahaha,” komen pula pengguna lain.
Pastinya menambah rasa bangga dalam kalangan bekas graduan universiti itu apabila lagu tersebut mendunia dan digunakan graduan dari universiti luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen terkenal Jepun, Issey Miyake dilaporkan meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat kanser hati. Berita kematiannya itu diumumkan kepada media pada Selasa (9 Ogos 2022).
Mendiang terkenal dengan inovasi fesyen yang menggunakan yang menggunakan teknologi dan mula mencipta nama di peringkat antarabangsa sekitar tahun 1970-an. Malah, Miyake juga bertanggungjawab menghasilkan baju turtleneck hitam buat pengasas Apple, Steve Jobs.
Selepas menamatkan pelajaran dalam jurusan reka bentuk grafik di universiti seni Tokyo, mendiang mempelajari rekaan pakaian di Paris dan kemudiannya bekerja dengan pereka fesyen terkenal Guy Laroche serta Hubert de Givenchy sebelum ke New York.
Pada tahun 1970, Miyake kembali ke Tokyo dan mengasaskan Miyake Design Studio. Sepanjang hayatnya, mendiang Miyake terkenal dengan koleksi Pleats Please yang menampilkan gaya pakaian berlisu. Hasil rekaannya yang cukup unik dan berinovasi pernah dipamerkan di muzium dan galeri serata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan nahas pesawat China Eastern Airlines Boeing 737-800 yang membawa 132 orang terhempas semalam di kawasan pergunungan dekat selatan China, media tempatan sana melaporkan masih tiada tanda-tanda menunjukkan ada mangsa yang terselamat buat setakat ini.
Ia juga menggambarkan keadaan pesawat yang telah terbahagi kepada beberapa bahagian serpihan yang berselerak di lereng gunung yang penuh dengan tompokan kebakaran. Kata pegawai jabatan pengurusan kecemasan wilayahnya, Chen Jie; kebakaran berjaya dipadamkan dan mereka akan meneruskan dengan operasi menyelamat pula.
Sumber Foto : Reuters
Tanpa menyatakan jumlah orang yang terbunuh, syarikat penerbangan China Eastern telah mengeluarkan kenyataan takziah ke atas penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas. Tiada penumpang warga asing berada di dalam pesawat tersebut, catat mereka.
Sementara itu, syarikat Boeing pula berkata mereka bersedia bagi membantu operasi menjejaki punca kejadian dan telah berhubung dengan Pengawal Selia Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat mengenai insiden ini.
Pada masa yang sama, Boeing dan China Eastern menggesa agar tiada spekulasi pra-matang dikeluarkan berkenaan punca kejadian memandangkan nahas seperti ini selalunya melibatkan beberapa faktor yang saling berhubung kait.
Kata Presiden China, Xi Jinping kepada penyiar tempatan CCTV, pihaknya telah menggesa pasukan penyiasat untuk menentukan punca nahas secepat mungkin serta menggerakkan operasi mencari dan menyelamat ke lokasi kejadian.
Sumber Foto : Reuters
Terdahulu, media China semalam menyiarkan klip rakaman daripada ‘dashcam’ kereta di lebuh raya berdekatan yang menunjukkan sebuah pesawat terjunam ke tanah. Pesawat dilaporkan sedang mula mengurangkan ketinggian sebagai persediaan untuk mendarat di Guangzhou.
Sumber : AGENSI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.