Dilaporkan kira-kira 210,000 orang pengunjung telah ke Bazar Aidilfitri yang terletak di Lorong Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR sejak ia mula beroperasi pada 9 April lalu.
Orang ramai dipercayai ingin ‘membalas dendam’ untuk melakukan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat berbuat sedemikian akibat pandemik COVID-19.
REMAJA difahamkan, bazar yang bakal dibuka sehingga 2 Mei 2022 itu menyediakan 206 tapak perniagaan dan dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di mana ia dibuka hingga 2 pagi.
Ads
Tinjauan rakan media di sana turut mendapati Jalan TAR bukan sekadar menarik perhatian warga kota dan Lembah Klang untuk ‘shopping Raya’. Malahan, terdapat juga ramai pengunjung dari negeri sejauh Sabah dan Sarawak yang sanggup mendapatkan tiket penerbangan untuk ke sini!
Ini memandangkan kelengkapan Aidilfitri di sini adalah lebih pelbagai dan dijual pada harga mengikut kemampuan pengunjung. Dari yang mahal hinggalah ke yang mampu milik, semuanya ada ditawarkan.
Ads
Ada yang dilaporkan sanggup membeli tiket penerbangan bernilai hingga RM1000 dan menempah hotel di sini. Selain mendapat kepuasan kerana mendapat apa yang ingin mereka & keluarga miliki bersempena Aidilfitri tahun ini, mereka juga merasakan nilai itu lebih berbaloi berbanding melakukan persiapan di negeri mereka. Malah, suasana di Jalan TAR juga disifatkan lebih meriah dan luas.
Demi melakukan perbelanjaan bijak, ada yang telah mendapatkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur tiga bulan sebelum Ramadan.
Ads
Haa.. persiapan Hari Raya Aidilfitri mereka sudah lengkap. Korang pula bagaimana?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah kekurangan penduduk bukanlah perkara yang boleh diambil ringan. Jika negara kekurangan penduduk ini bermakna ia bakal kekurangan tenaga kerja baik dalam bidang professional ataupun tidak. Oleh itu, apabila jumlah penduduk kurang, kerajaan terpaksa membawa masuk rakyat asing untuk memenuhi keperluan industri.
Terbaru, kerajaan Korea Selatan telah menawarkan kira-kira wang tunai bernilai 100 juta won (lebih kurang RM369,279) kepada pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak. Langkah ini diambil sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan populasi penduduk negara tersebut.
Kadar kelahiran yang kurang membuatkan kerajaan melaksanakan inisiatif ini. Sumber gambar: koreabizwire.com
Menurut laporan South Korean Network, bandar Changwon yang merupakan salah satu bandar di Gyeongsang Selatan kini berusaha mengatasi masalah popolas yang kian menurun itu dengan insentif pemberian pinjaman kepada semua pasangan suami isteri yang tinggal di bandar.
Menariknya setiap kelahiran ada terma tersendiri. Jika pasangan memiliki seorang anak, tiada faedah akan dikenakan terhadap pinjaman tersebut. Namun terma akan menjadi lebih baik jika mereka melahirkan dua orang anak yang mana 30 peratus nilai pinjaman akan dikecualikan.
Sekiranya mereka memiliki tiga anak, pinjaman kewangan bernilai 100 juta won itu akan diberikan secara percuma. Dalam erti kata lain ia menjadi hadiah yang begitu bernilai.
Korea Selatan antara negara yang memiliki masalah populasi yang menurun apabila pada tahun lalu kadar kematian di negara tersebut melebihi kadar kelahiran.
Sedia maklum, nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ia bukan saja mudah untuk didapati malah sesuai dimakan dengan apa jenis masakan. Makanlah dengan lauk apa sekalipun, pasti akan tetap berselera!
Sumber Gambar : Rajesh TP from Pexels
Namun, kalau diperhatikan kini sesetengah masyarakat Malaysia juga cuba mengelak daripada memakan nasi kerana dikatakan mengandungi kalori yang tinggi. Selain itu, pengambilan nasi yang banyak juga boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan penyakit serius seperti diabetes.
Dah tu macam mana pula kita nak diet kalau tak makan nasi ni? Ini 6 makanan yang boleh korang ganti dalam menu harian.
Soba
Sumber Gambar : Polina Tankilevitch from Pexels
Makanan ini popular di kalangan masyarakat Jepun, mi soba selalunya dimakan dengan light soy dipping sauce dan hanya sayuran segar sahaja.Patut la orang Jepun sihat-sihat!
Mengandungi indeks glisemik yang rendah dan sesuai untuk mereka yang menjaga bacaan gula dalam darah kerana ia diperbuat diperbuat daripada tepung gandum dan buckwheat.
Mi soba dapat menurunkan jumlah kolestrol dan berfungsi dalam mengurangkan penyerapan kolestrol yang berlaku dalam usus. Jadi mungkin boleh ambil mi soba berbanding spaghetti nanti.
2. Brokoli
Sumber Gambar : Buenosia Carol from Pexels
Penulis selalu melihat orang yang tengah diet menjadikan brokoli ini sebagai nasi. Kalau korang nak tahu sayur ini boleh jadi salah satu alternatif yang terbaik penganti nasi.
Mempunyai kandungan yang hampir sama dengan nasi kobis bunga, iaitu setengah cawan brokoli mengandungi hampir 15 kalori dan 2 gram serat. Selain mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan kuat dalam membantu mencegah kerosakan sel dalam badan dan tingkatkan kesihatan imun.
3. Quinoa
Sumeber Gambar : BBC Good Food
Makanan ini mungkin agak asing di kalangan masyarakat kita. Namun, Quinoa yang disebut sebagai “keen-wah”, mempunyai rasa dan tekstur seperti biji-bijian yang bebas daripada gluten dan mempunyai kandungan protein, zat besi dan serat yang sangat tinggi.
Menjadi sumber protein yang lengkap, ini membawa maksud quinoa mengandungi 9 amino acid penting yang diperlukan oleh badan kamu. Dan dalam pada masa yang sama, ia menjadi makanan yang sangat bagus untuk vegetarian.
4. Ubi Keledek
Sumber Gambar : Valeria Boltneva from Pexels
Pengganti nasi yang terbaik. Ubi keledek sangat popular dalam kalangan rakyat Jepun dan mereka yang tengah diet. Makanan ini dapat membantu dalam mengatasi masalah lapar, craving terhadap gula.
Ubi keledek ini bukan sahaja manis secara semula jadi, malah ia mengandungi serat yang tinggi dan karbohidrat kompleks yang berfungsi dalam menstabilkan gula dalam darah kamu.
Menjadi rahsia kepada umur yang panjang, ubi keledek ini dapat meningkatkan kekebalan diri seorang individu dengan kandungan Vitamin C dan Vitamin A yang kaya dengan kandungan beta-carotene.
5. Kobis Bunga
Sumber Gambar Karolina Grabowska from Pexels
Dijadikan sebagai nasi kobis bunga, kamu boleh menghancurkan sayuran ini dalam food processor untuk dijadikan sebagai nasi. Ini kerana kobis bunga boleh menjadi alternatif pengganti nasi yang rendah karbohidrat dan kalori.
Untuk satu hidangan nasi kobis bunga, kamu akan memperolehi jumlah Vitamin C yang mencukupi untuk sepanjang hari. Dalam pada masa yang sama, kobis bunga ini juga mengandungi Vitamin K yang mencegah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Jika mengikut diet keto, nasi kobis bunga ini boleh menjadi pengganti nasi putih yang paling sesuai.
6. Roti Gandum
Sumber Gambar : Marta Dzedyshko from Pexels
Selalunya roti gandum adalah 100% lebih sihat berbanding dengan roti putih.
Ini kerana roti gandum mempunyai kandungan serat yang tinggi, nilai pemakanan yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah.
Walaupun kamu ingin mengambil roti gandum dalam diet harian, kamu perlu berhati-hati dalam jumlah pemakanannya. Kalau kamu mahu tahu, dua keping roti gandum mempunyai nilai kalori yang sama dengan setengah cawan nasi putih.
Jadi moga info ini bermanfaat kepada korang diluar sana yang sedang berdiet. Selain rendah dalam jumlah kalori, makanan-makanan ini sesuai buat diet dan menggantikan nasi dalam diet harian.
Sumber : healthline.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahkamah perlembagaan Austria telah membatalkan undang-undang yang tidak membenarkan pemakaian hijab kepada pelajar yang berada di sekolah rendah berikutan ia disifatkan sebagai diskriminasi dan melanggar perlembagaan.
Undang-undang tersebut sebelum ini melarang kanak-kanak dari memakai pakaian yang berunsurkan keagamaan yang mana ia berkait rapat dengan hijab yang biasa dipakai oleh mereka yang beragama Islam.
Menurut hakim tinggi mahkamah, undang-undang yang diterapkan sejak musim luruh 2019 itu melanggar prinsip kesamarataan dan ia merupakankewajipan negara untuk mengikut konsep neutral dalam agama. Dengan jelas apa yang dikuatkuasakan memberi kesan kepada pelajar yang beragama Islam sahaja.
Keputusan itu diambil selepas dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka membuat rayuan membantah undang-undang tersebut kerana ia hanya tertakluk kepada pemakaian hijab yang menutup keseluruhan kepala sedangkan item agama lain yang lebih kecil seperti topi agama Yahudi ataupun serban Sikh dibenarkan.
Tahun lalu undang-undang yang menindas itu diluluskan oleh penggubal yang konservatif atas kapasiti untuk melindungi wanita dari tertindas dan kononya mengelakkan mereka dari ideologi Islamisasi.