
Sebagai seorang remaja, kita pastinya lebih gemar mengambil tahu tentang perkembangan fesyen menerusi perkongsian di internet betul tak? Belum dengar lagi ke yang Zalora baru-baru ini ada menganjurkan #ZALORAYA2023, mempamerkan koleksi persalinan Aidilfitri dari beberapa pereka fesyen tanah air dan rata-rata mampu milik!
Sudah tentu Remaja ada mengetepikan beberapa favorites yang ternyata mampu memikat jiwa wanita feminin.
ARTIKEL BERKAITAN : Tampil 50 Model, Jalan Bukit Bintang KL Jadi ‘Runway’ Koleksi Raya LazLOOk Lazada

Turut dilancarkan, House of Zaloraya yang mempamerkan semua koleksi pareka di bawah satu bumbung. Selain pembelian melalui platform online, pelanggan di ibu kota juga boleh mengunjungi pop-up store ‘ House of ZALORAYA’ dari 8 – 12 Mac 2023 ini di The Starhill Kuala Lumpur.
Di antara pereka yang terlibat adalah Maslea, Yadotsa, Syomirizwa Gupta, Lubna, TAS by Tom Abang Saufi, Zalia, Alia B, Afiq M dan NH by Nurita Harith.
Klasik dan Moden!Jom kita lihat antara himpunan Maslea, Syomirizwa Gupta dan Yadotsa yang diperagakan dalam pertunjukkan fesyen baru-baru ini.
Maslea


SYOMIRIZWA GUPTA




YADOTSA




Rambang mata bukan….hehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Lagi Model Malaysia Pikat Perhatian Di Minggu Fesyen Antarabangsa

Acara minggu fesyen antarabangsa sempena musim luruh/sejuk 2022 sejak bulan Februari kini menghampiri pengakhirannya setelah ia tiba di kota Paris.
Selama minggu fesyen berlangsung di lokasi ‘Big 4’ merangkumi Paris, Milan, London dan New York, ramai media Malaysia termasuklah REMAJA telah melaporkan mengenai pembabitan model tempatan, Vanizha Vasanthanathan (@vanizhavasanthanathan) yang berjalan untuk dua pereka fesyen iaitu ACT N’1 dan Marco Rambaldi sewaktu berada di Milan, Itali.
Girl! You are just amazing.

ARTIKEL BERKAITAN : Vanizha Vasanthanathan Kuasai Pentas Peragaan Di Milan – REMAJA
Dalam diam, bukan hanya Vanizha yang berkesempatan untuk terlibat sebagai peragawati di pentas fesyen antarabangsa. Dua lagi model tempatan yang telah melebarkan sayap ke luar negara turut memikat perhatian ramai pemerhati fesyen baru-baru ini.
Di New York, Atikah Karim (@Tiqsg) yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah telah mengukuhkan portfolionya sebagai seorang model antarabangsa di kota New York dan di Paris. Sekali lagi, Atikah menjadi pilihan jenama Marine Serre apabila dia melakukan ‘comeback’ di pertunjukan fesyen mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Atikah & Ling Tan Tolak Sentimen Anti-Asia Dalam Paparan Fesyen British Vogue – REMAJA
Mengambil ilham daripada dunia fesyen underground Perancis dari era 90-an, Atikah memperagakan gaun paras lutut Marine Serre dengan mainan paten berbeza yang membentuk gaya patchwork.


Manakala bagi koleksi musim luruh/sejuk jenama Ottolinger pula (masih di Paris), pereka duonya iaitu Christa Bosch dan Cosima Gadient pula memiliki idea untuk menggayakan modelnya sebagai ‘bad gals’ dalam persalinan serba chunky dan cropped.

*
Sambil itu, seorang lagi peragawati tempatan yang menempa nama di pentas antarabangsa iaitu Gwen Lu (@_gwen.lu_) telah berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi koleksi terbaru Balenciaga 360 Degree Show.
Koleksi ini memberikan penghormatan kepada situasi semasa yang berlaku di Ukraine sekarang; satu situasi yang amat begitu dekat dengan diri pengarah kreatifnya , Demna Gvasalia yang merupakan seorang anak pelarian Georgia.

Biarpun berjalan dalam set bersalji, kelibat Gwen masih menawan perhatian sang pemerhati yang hadir. Seperti model lain, tubuh Gwen sedikit membongkok ke hadapan untuk berjalan mengharungi salji serta angin yang meniup ke arah mereka.
Untuk pengetahuan, Gwen Lu merupakan wajah sinonim di Balenciaga setelah dilantik sebagai salah seorang modelnya untuk pertunjukan musim bunga/panas 2022 dan musim luruh 2022.
*
Jujurnya, REMAJA amat berbangga dengan kejayaan model-model kelahiran Malaysia ini menempah slot sebagai wajah pertunjukan fesyen jenama besar ini. Moga-moga, model muda yang baru melangkah masuk ke industri fesyen di Malaysia akan memperoleh ilham daripada kejayaan mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Langkah Utama Rutin ‘Skincare’ Dari IU. Confirm Kulit Flawless !

Umum mengetahui, bintang utama drama Hotel Del Luna, IU sememangnya mempunyai kulit flawless seperti ‘telur dikupas’ dan kekal seperti seorang remaja.
Jadi apa kata korang cuba rutin IU ini dalam usaha untuk mendapatkan kulit flawless bak ‘Korean Glass’. Cara IU ini akan mudah dengan tiga langkah sahaja dan tidak seperti rutin penjagaan wajah yang lain.
So lets lah…tak perlu keluar modal mahal pun janji konsistan.
Langkah 1: Lindungi Kulit Dengan Suncreen!

Paling penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh membuatkan kulit burn, jeragat, pores makin besar atau kanser kulit. Pilih mengikut jenis kulit. Sama seperti IU, pemakaian sunscreen boleh dikatakan sebagai ‘mandatori’ kerana ianya sangat penting. Tanpa sebarang pemakaian sunscreen, ia boleh membuatkan kulit mengalami penuaan pramatang seperti kedutan di bahagian mata.
Langkah 2: Jangan Lupakan Toner

Penggunaan toner ini boleh dikatakan penting dalam penjagaan wajah kerana ia dapat membantu menyeimbangkan kulit. Dalam pada masa yang sama, toner dapat mengecilkan pori-pori di permukaan wajah.
Kalau kamu tidak memakai toner, pastikan selepas ini kamu memakainya. Ini kerana toner dapat membantu melembapkan dan membuat kulit kamu mendapat khasiat yang secukupnya pada langkah penjagaan wajah yang seterusnya.
Langkah 3: Facial Oil Penting Untuk Lembapkan Kulit

Buat double cleansing method, pakai oil based dan water based. Pilih oil cleanser yang sesuai dengan kulit. IU hanya menggunakan dua titik facial oil bagi setiap kali mengenakan rutin penjagaan wajahnya. Bagi membuatkan kulit kekal lembap sepanjang masa, IU akan mengambil kapas muka dan campurkan dengan toner serta facial oil. Kemudian, dia akan dab secara perlahan-lahan di seluruh wajah selama lima minit bagi mendapatkan kebaikannya.
Tak menggunakan banyak produk dan hanya fokuskan kepada tiga langkah mudah ini. Kalau malas sangat nak pakai macam-macam produk, at least korang boleh ikut je rutin basic yang dikongsi oleh IU ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Bigredblog
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vaksin COVID-19 Belum Ditemui, Terkini Kewujudan Virus Baharu LEBIH BAHAYA Ditemui Di Kazakhstan

Di sebalik alam mulai bersih akibat tiada pencemaran hingga sungai menjadi jernih ketika penularan pandemic COVID-19, keadaan kesihatan manusia pula menjadi taruhan apabila semakin banyak virus membawa kematian ditemui.
Jika COVID-19 masih belum ada penawarnya, hingga membawa saintis berusaha lebih keras menjalankan penyelidikan, penemuan satu virus baru yang lebih bahaya dari COVID-19 pula ditemui di Kazakhstan.
Ya kesihatan manusia semakin diancam berikutan satu demi satu virus ditemui dan belum ada penawarnya. Lebih menakutkan kewujudan virus yang tidak dikenali ini mampu membawa impak kematian lebih tinggi berbanding COVID-19.
Dalam pada itu, Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
"Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan," tambah kedutaan itu lagi.

Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dalam satu ucapan di televisyen pada Rabu mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu "sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia," menurut agensi berita Rusia Tass. Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

