Setelah memperolehi sambutan menggalakkan untuk koleksi khas Skechers x One Piece yang pernah dikeluarkan pada tahun 2019, jenama dari Amerika Syarikat itu kembali lagi dengan satu lagi koleksi khas yang menampilkan karakter daripada anime popular tersebut.
Koleksi 2021 ini masih menampilkan karakter popularnya Monkey D Luffy, namun lain-lain model sneakers telah diinspirasikan daripada karakter berlainan daripada siri tersebut.
Ini termasuklah Roronoa Zoro, Franky, Vinsmoke Sanji dan Tony Tony Chopper; di mana kesemuanya mewakili skema warna berbeza mengikut pakaian yang disarungkan setiap karakter terbabit.
Ads
Turut kelihatan adalah motif ikonik pakaian karakter yang disuntik dalam rekaan sneakers terbabit. Contohnya, korang dapat melihat motif jalur merah di topi Luffy dan ‘haramaki’ Zoro berwarna hijau pada bahagian kasut.
Roronoa Zoro & Vinsmoke Sanji
Franky & Tony Tony Chopper
Ads
Pilihan 5 model berbeza ini juga ditawarkan menerusi tiga model sneakers Skechers bagi koleksi Skeckers x One Piece. Ia terdiri daripada siri Monster, siri Stamina V2dan siri D’Lites 4.0. Masing-masing didatangkan dalam saiz kasut orang dewasa dan kanak-kanak agar semua golongan boleh menggayakannya.
Menariknya, koleksi Skechers x One Piece ini juga khabarnya tidak terikat dengan sneakers saja tetapi turut menyediakan pilihan item lain seperti baju T, pull over, topi, pouch dan sandal jenis slides yang dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi.
Ads
Hasil tinjauan REMAJA mendapati beberapa rekaan model sneakers Skeckers x One Piece telahpun habis terjual di laman web rasmi Skechers atas permintaan hangat oleh peminat jenama itu dan peminat anime One Piece.
Bagaimanapun, korang masih boleh ke stor Skechers berhampiran untuk mendapatkan rekaan yang korang sukai. Rangkaian harganya pula bermula daripada RM299 bagi saiz kanak-kanak dan RM459 bagi saiz dewasa (terbahagi kepada model lelaki dan wanita).
Sambil itu, jangan lupa untuk mendapatkan 1 set ‘mask pouch’ pelbagai guna Skechers x One Piece dan Lanyard-nya dengan pembelian mana-mana item daripada koleksi One Piece ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki kulit wajah yang sempurna adalah impian bagi setiap wanita. Jika ada sebarang perkongsian tentang cara penjagaan atau produk skincare yang sesuai, pasti merekalah orang yang paling excited untuk mencuba.
Nah, kali ini kami nak berkongsi pula tip penjagaan kulit wajah oleh Ana Misman di laman twitter. Sebelum ini, Ana mempunyai masalah jerawat muka dan setelah mengamalkan penjagaan kulit wajah yang betul, dia kini kembali yakin dengan perubahan yang berlaku.
Tidak perlu berhabis duit untuk memutihkan kulit, sebaliknya ini yang dilakukan oleh Ana Misman untuk memastikan kulit wajah sentiasa bersih dan terjaga.
1. Make up remover
Make sure korang remove semua mekap yang dipakai terlebih dahulu. Jangan terus cuci guna pencuci muka takut nanti tak bersih. Gunakan saja apa-apa remover. Macam Ana, dia memilih Silkygirl dan ini yang sesuai untuk kulit wajahnya.
2. Face wash
Selepas remove mekap, cuci muka dengan apa-apa pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah korang. Pastikan cuci betul-betul ya. Tonyoh lama sikit pun tak apa.
Macam Ana, dia memilih tea tree Bodyshop facial wash. Besar dan tahan lama. Sebotol boleh tahan dua bulan.
3. Exfoliator
Langkah ketiga, cara ini lebih kurang sama macam skrub. Buat homemade atau beli saja apa-apa skrub yang sesuai. Guna dua kali seminggu.
Tapi menurut Ana, step yang ini dia skip sebab tak rajin (hehe) dan skrub yang digunakan sebelum ni tak sesuai dengan kulitnya. Tapi, kalau korang rajin dan ada yang sesuai, boleh la buat cara ini ya.
4. Toner
Toner digunakan untuk mengembalikan keseimbangan PH kulit dan menyegarkan kulit korang.
5. Serum
Serum pula bertujuan untuk melembabkan kulit dan ada juga serum yang mengandungi bahan-bahan untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan parut pada wajah.
Ana menggunakan Moreana serum dan ini juga antara sebab kulitnya menjadi lebih baik.
6. Mask
Mask digunakan untuk hydration juga. Tapi bergantung kepada mask apa yang korang pakai. Ana lebih memilih untuk menggunakan homemade masker sebab murah. Tapi korang kena rajin sikit laa.
Dia menggunakan serbuk kunyit dan madu untuk homemade masker tersebut.
7. Moisturizer
Bak kata cikgu skincare di Twitter, “Hydration is a key”. So, moisturizeris a must!
Gadis ini menggunakan neutrogina moisturizer dan sebotol boleh tahan hampir empat bulan. Memang berbaloi. Ia juga memang sesuai dengan kulit wajahnya.
8. Sunscreen atau sunblock
Jangan keluar rumah tanpa memakai sunblock sebab cahaya matahari boleh membuatkan kulit kita kering dan rosak.
Dia memilih biore yang mengandungi cc cream. Kalau malas pakai foundation, pakai sunscreen ini saja.
Okay itu saja tip penjagaan kulit yang ingin dikongsi oleh Ana. Dia hanya sekadar berkongsi produk skincare yang digunakan. Tak semestinya korang wajib pakai.
Apa-apa pun, korang sendiri perlu tahu produk apa yang sesuai atau tidak. Gadis ini hanya mencadangkan manalah tahu ia sesuai juga dengan kulit korang. Sekiranya tidak, ikut saja amalan yang dikongsi ini.
Selamat mencuba sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecanggihan dan inovasi teknologi dalam bidang kecantikan cepat berubah. Dengan penawaran dan permintaan menggesa pakar perubatan sekeliling dunia untuk memperkenalkan pelbagai kaedah rawatan yang terbaik.
Anda seorang yang sering ragu-ragu untuk masukkan alat kecantikan elektronik ke dalam rutin penjagaan kulit harian? Haaaa..usah khawatir lagi kerana NU Skin hadir selaku jenama sistem peranti kecantikan terlaris di dunia berdasarkan penyelidikan dan metodologi spesifik Euromonitor yang dijalankan dari April hingga Jun 2023.
Untuk pengetahuan semua, Nu Skin Enterprises Inc., peneraju kecantikan dan kesihatan global, telah diiktirafkan sebagai jenama No. 1 dunia untuk sistem peranti kecantikan selama enam tahun berturut-turut oleh Euromonitor International Ltd., yang menerbitkan penyelidikan pasaran paling komprehensif di dunia berkenaan industri penjagaan kulit.
“Kami sangat teruja kerana dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai jenama sistem peranti kecantikan No. 1 dunia selama enam tahun berturut-turut; ianya merupakan satu pencapaian yang mengesahkan komitmen padu Nu Skin yang tidak berbelah bahagi menghasilkan rangkaian produk kecantikan yang inovatif dan berkesan.
Bagi tujuan ini, kami tetap berdedikasi untuk memberi pelanggan kami di Malaysia dengan pengalaman kecantikan di rumah yang transformatif seperti pencapaian terbaharu kami, ageLOC® LumiSpa® iO yang ternyata hebat.
Ini menunjukkan komitmen kami terhadap penjagaan kulit peribadi, menggabungkan formulasi yang disokong secara saintifik dengan teknologi peranti yang dipatenkan,” jelas Hendrix Wong, Naib Presiden, Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia & Brunei.
Nu Skin menawarkan portfolio peranti kecantikan yang dinobatkan anugerah termasuk ageLOC® LumiSpa® iO, yang merupakan peranti rawatan dan pembersihan kulit pintar dengan ciri ketersambungan dan pengasyikkan.
Dengan teknologi ‘Micropulse Oscillation’ Nu Skin yang dipatenkan, sistem ageLOC® LumiSpa® iO membawa kecantikan terperibadi ke tahap baharu dengan penyesuaian rawatan, bimbingan pintar, penjejakan rutin penjagaan kulit dan lain-lain. Canggih kan?
Kalau korang nak tahu, ageLOC® LumiSpa® iO telah dinamakan ‘Product of the Year’ pada tahun 2022 oleh Business Intelligence Group dan merupakan inovasi yang diiktirafkan dengan Anugerah Edison, Anugerah NewBeauty dan dua Anugerah Gold Globee.
Peranti lain yang juga termasuk dalam jenama Nu Skin DREAM Team adalah ageLOC® Galvanic Spa®, ageLOC® Galvanic Body Spa®, ageLOC Boost® dan ageLOC® LumiSpa® iO untuk menangani pelbagai masalah penjagaan kulit utama seperti kecerahan, pembersihan, keanjalan, penghidratan, jerawat dan penampilan garis dan kedutan.
Jadi usah ragu-ragu lagi dengan peranti kecantikan elektronik kerana dengan adanya jenama yang diiktiraf dan dipercayai seperti NU Skin, kulit muka anda akan lebih sihat, mulus dan bebas dari kedutan!
Untuk maklumat lanjut tentang produk kecantikan dan kesihatan Nu Skin, sila layari www.nuskin.com.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: NU Skin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Ratu Cantik bukanlah semata-mata mempertaruhkan kecantikan seperti suatu ketika dahulu. Kini pertandingan ini dilihat sebagai satu pentas yang positif kepada peserta dalam memberi nilai kebaikan kepada masyarakat sekaligus memperkenalkan budaya serta maklumat mengenai negara yang diwakili.
Sebagai contoh dalam pertandingan Miss Universe, segmen kostum nasional merupakan satu acara yang menarik perhatian kerana ia secara tidak langsung membuatkan masyarakat dunia tertanya-tanya tentang simbolik di sebalik busana tersebut.
Malaysia sebagai negara yang tidak putus menghantar peserta ke pertandingan ini turut menampilkan kostum yang terbaik.
Siapa boleh lupa kostum Nasi Lemak dan juga kostum Kuih Nyonya! Jom kita tengok tujuh kostum nasional Miss Universe Malaysia yang menarik.
NADINE ANN THOMAS. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2010
Kostum Nadine mungkin biasa bagi sesetengah orang, namun bagi penulis ia dihasilkan dengan cukup berseni sesuai dengan inspirasi pemerintah kerajaan Kelantan dahulu kala, Cik Siti Wan Kembang. Busana rekaan Amir Luqman ini tampak sajak digayakan oleh Nadine.
DEBORAH HENRY. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2011
Sekali lagi Amir Luqman meminjamkan kreativitinya kepada Miss Universe Malaysia. Busana yang kelihatan ringkas ini penuh dengan sulaman motif flora siap dengan cucuk sanggul silang. Mungkin bila dilihat seperti biasa-biasa sahaja namun apabila Deborah mendepakan tangan, baru kelihatan bentuk Wau yang diketengahkan.
CAREY NG. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2013
Mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Syomir Izwa Gupta. Kostum nasional yang digayakan oleh Carey Ng ketika mewakili Malaysia di Moscow, Rusia diinspirasikan daripada busana Puteri Perak. Rekaan ini sangat simbolik dan dekat dengan tradisi budaya negara sekaligus memberi impak dan mendidik masyarakat antarabangsa tentang keindahan sejarah kita.
KIRAN JASSAL. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2016
We love this costume!Inspirasi Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) ini menerima tepukan di pentas Miss Universe dan bukan itu sahaja, kostum rekaan Rizman Ruzaini ini menerima reaksi yang positif. Biarpun Nampak ringkas namun perincian yag begitu teliti dan juga tambahan bangunan mini KLCC di bahu cukup ikonik!
SAMANTHA KATIE JAMES. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2017
Hi Cik Nasi Lemak! Kostum nasional yang diinspirasikan dari makanan kegemaran rakyat Malaysia ini mencipta gelombang tular apabila ia menjadi perhatian laman berita luar negara. Pelbagai rekasi diterima ada yang positif dan ada yang negatif. Namun bagi penulis, gaun ini cukup berani dan memberikan kelainan. Mungkin nampak janggal but it works! People talk about it dan ia menjadi satu kostum nasional yang memorable in Malaysia’s pageant history.
Shweta Sekhon membawakan hasil kreativiti Carven Ong ke pentas dunia. Kostum yang bertemakan Kuih Nyonya tradisi ini menjadi perhatian mata dunia apabila Shweta muncul di pentas akhir Miss Universe untuk menerangkan tentang kostum ini. Walaupun momen itu ada kontroversinya tersendiri apabila Harvey tersilap menyatakan yang Malaysia memenangi best national costume, namun hey look at the bright side, people talk about the costume and they love it.
FRANCISCA LUHONG JAMES. MISS UNIVERSE MALAYSIA 2021
Saat Miss Universe Malaysia ini memperkenalkan kostum nasional ini, ramai tertanya-tanya bagaimanakah kostum tersebut akan dipersembahkan.
Disebabkan props yang terlalu besar, sewaktu di pentas Miss Universe 2020 Francisca dilihat mengalami masalah menggayakannya dan mengambil masa terlalu lama. Biarpun begitu, pujian harus diberikan kerana Francisca tenang menghadapi keadaan. Kostum yang direka oleh Carven Ong dengan tema ‘Kampungku’ ini mungkin terlalu ambitious.
Terbaru, kostum nasional Miss Universe Malaysia sekali lagi menjadi bualan ramai pihak. Kostum yang diinspirasikan daripada elemen Gunung Kinabalu di Sabah ini merupakan hasil rekaan Hatta Dolmat namun dikatakan tidak menyerupai gambaran sebuah gunung. Menurut Hatta, beliau tidak mengambil gambaran literal sebaliknya menyatukan beberapa elemen abstrak untuk dijadikan sebagai kostum nasional melebihi berat 10kg ini.
Antara elemen tersebut adalah kelestarian alam dengan penggunaan bahan kitar semula dan guna semula untuk dijadikan perhiasan kostum. Selain itu, Hatta mengambul ilham warna perak dan kelabu daripada kepingan besar granit di sepanjang Gunung Kinabalu.
Adakah korang rasakan kostum nasional yang diperagakan oleh Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam ini ‘tidak sampai’ konsepnya seperti yang diluahkan majoriti warganet?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!