Perkongsian terbaru pelakon dan pempengaruh, Sam Lim, di TikTok mencuri perhatian ramai apabila beliau memuat naik video memaparkan dirinya mengikuti kelas agama bersama seorang ustaz.
Video berdurasi kira-kira seminit itu memperlihatkan Sam tekun mempelajari asas ibadah, termasuk cara menunaikan solat, bacaan serta rukun solat. Sepanjang sesi pembelajaran tersebut, beliau dilihat memberi sepenuh perhatian ketika dibimbing oleh ustaz yang mengajarnya langkah demi langkah.
Perkongsian itu bermula dengan momen Parissa menghantar suaminya, Sam Lim, ke kelas agama. Dalam suasana yang santai sambil membawa kereta, Parissa dilihat menemani Sam sebelum beliau memulakan sesi pembelajaran bersama seorang ustaz.
Menerusi video itu, Sam turut berkongsi detik-detik pembelajarannya dalam suasana yang santai namun penuh makna, sekali gus menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya.
Lebih mencuit hati, di penghujung video, isteri Sam, Parissa, dilihat datang menjemputnya selepas kelas tamat. Pasangan itu sempat bergurau sehingga mengundang senyuman ramai.
Ads
“Macam ambil anak balik sekolah.”
Itulah antara gurauan yang mencuri perhatian apabila Parissa datang menjemput Sam selepas selesai mengikuti kelas agama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat kesungguhan Sam untuk mendalami ilmu agama. Malah, ramai yang turut menitipkan doa agar segala urusannya dipermudahkan dan beliau terus istiqamah dalam perjalanan menuntut ilmu.
Ads
Netizen Titip Doa Agar Sam Lim Terus Istiqamah
Antara komen yang mendapat perhatian ialah, “Semoga Allah permudahkan segala urusan dan terus istiqamah.”
Selain itu, ramai turut memuji sikap Sam yang tidak segan untuk bermula daripada asas. Bagi mereka, usaha mempelajari ilmu agama adalah satu perjalanan yang memerlukan kesabaran dan keikhlasan, tanpa mengira usia mahupun latar belakang seseorang.
Perkongsian tersebut turut mengundang inspirasi kepada ramai pengguna media sosial yang menganggap setiap langkah kecil ke arah menambah ilmu merupakan sesuatu yang wajar diraikan dan diberikan sokongan.
Ads
Semoga perjalanan Sam Lim dalam mendalami ilmu agama terus dipermudahkan dan menjadi inspirasi kepada ramai untuk tidak berhenti belajar serta sentiasa berusaha memperbaiki diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini, sekali lagi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) dilangsungkan.
Kalau korang dah lama mengikuti sejarah ABPBH, mesti korang tahu ia sangat sinonim dengan stail fesyen yang akan diingati untuk tempoh lama.
Di ABPBH-lah tempat untuk kak Didie Alias melaram. Ini jugalah anugerah pertama di mana selebriti yang baru berhijrah memakai hijab memperagakan imej baru mereka.
Tahun ini, situasinya sama seperti tahun-tahun sudah apabila selebriti yang tercalon, penyampai anugerah dan penyeri pentas yang melakukan persembahan mempamerkan stail masing-masing.
Cer tengok stail siapakah yang menjadi pilihan REMAJA.
01
IZZUE ISLAM
Wow Izzue! Mengambil inspirasi daripada gaya athleisure, Izzue tampilkan kelainan dengan aksesori sepadan untuk bahagian kepala. Dia juga memilik but berplatform untuk melengkapkan gayanya.
02
MIRA FILZAH
Apa saja yang dipakai oleh Mira Filzah, pasti ramai yang akan bercakap mengenainya. Mira memilih persalinan serba putih (untuk dipadankan dengan sut serta blazer berwarna perang oleh Remy Ishak? Hehe) dengan menggabungkan gaun serta blazer top.
03
AZAR AZMI
Azar Azmi bole dianggap sebagai selebriti yang baru mencuri tumpuan di karpet merah. Azar seperti biasa selesa dengan persalinan gaun body fitting tetapi kali ini memilih paten patchwork moden geometri.
04
ARA JOHARI
Kali terakhir penulis melihat Ara mengenakan persalinan di atas lutut adalah semasa karpet merah Anugerah Juara Lagu pada awal tahun ini. Kali ini Ara menggayakan sut biru laut dengan stoking panjang dalam gaya preppy chic.
05
HAEL HUSAINI
Awak ini melangkaui sempadanlah, hehe.
Hael Husaini memang gemar untuk menepati tema bagi mana-mana acara. Lalu dia memilih kot labuh merah baldu lengkap dengan ikatan tali ala robe di bahagian hadapan.
*
So stail mana jadi kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak Isnin minggu lepas, berita mengenai kehilangan remaja berusia 20 tahun telah menarik perhatian ramai dek kerana tiada petunjuk yang ditemui.
Norazwa Rashid, pelajar di UiTM Alor Gajah telah dilaporkan hilang setelah kelibatnya tidak kelihatan oleh rakan sebilik selepas dia pulang ke kampus dari rumah. Malah, panggilan telefon oleh keluarga juga tidak dibalas.
Demikian hal ini, keluarga Norazwa yang diwakili oleh kakaknya, Alin Ikmal telah meminta bantuan kepada pengguna media sosial melalui Twitter dan Facebook untuk menghubunginya jika mengetahui keberadaan Norazwa.
Akhirnya malam kelmarin, Norazwa telah dijumpai dan kembali ke pangkuan ahli keluarga.
Netizen turut mendoakan Norazwa sejak minggu lepas.
Menurut Alin, adiknya itu telah dijumpai oleh seseorang di Gombak selepas dia melihat berita mengenai Norazwa di akhbar. Justeru itu, dia terus menelefon ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Wangsa Maju.
“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dipertemukan kembali. Terima kasih kepada netizen yang prihatin dengan kes viral kehilangan Norazwa selama ini.
“Walaupun dia telah selamat pulang ke pangkuan kami, pihak polis masih akan menjalankan siasatan terhadap kes ini dan kami terbuka untuk beri kerjasama,” katanya kepada rakan media di portal Kampus Uols
Tweet terbaru dari Alin.
Tinjauan REMAJA juga mendapati Alin Ikmal telah memadam status meminta bantuan dari minggu lepas di Facebook. Mungkin untuk tidak memanjangkan lagi isu ini? Menurut thread di Twitter, Alin memaklumkan bahawa keadaan Norazwa masih belum stabil dan memerlukan masa untuk bertenang sebelum dia boleh menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
Eloklah berehat dulu jika berada dalam keadaan depressed atau trauma sebegini. Lagipun nak Hari Raya sudah, kan. Kita doakan yang baik-baik saja tanpa spekulasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Come on, sama ada korang merupakan peminat tegar pasukan bola sepak Liverpool ataupun tidak, a small part of you must be proud of their achievement last night.
30 tahun berdepan dengan kemarau kemenangan Liga Perdana Inggeris, Liverpool mencatatkan detik bersejarah awal pagi tadi dan dinobatkan JUARA setelah Chelsea menewaskan Manchester City 2-1.
Bintang Liverpool, Mohamed Salah menyifatkan kejuaraan ini adalah detik paling bermakna untuk Liverpool. Tambahan pula setelah mereka mencatatkan 28 kemenangan daripada 31 perlawanan pada musim ini. Disebabkan prestasi memberansangkan itu, Liverpool telah mengesahkan kejuaraan jauh lebih awal berbanding bakal juaran Liga Perdana lain.
*
30 tahun berlalu, namun 10 orang selebriti Malaysia ini masih kekal setia dengan skuad Liverpool.
Jom lihat sama ada selebriti kegemaran korang juga merupakan peminat pasukan bola sama seperti korang!