Malah, Kementerian Kesihatan (KKM) turut meminta syarikat yang mengimport produk mentega kacang berjenama ‘Jif’, untuk menarik balik produk itu daripada pasaran.
Foto Via Taste Of Home
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia berdasarkan semakan yang dilakukan KKM ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), yang mendapati produk berkenaan telah diimport ke negara ini.
Ads
Beliau berkata KKM mengambil maklum berhubung isu penarikan balik produk itu dari pasaran Amerika Syarikat, kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella melalui notifikasi yang diterima dari ‘International Food Safety Authorities Networks’ (INFOSAN).
Ads
“Produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan termasuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus memantau di semua pintu masuk negara, bagi memastikan tiada produk terlibat memasuki negara.
Ads
“Penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 dengan tiga digit terakhir 425 dengan serta-merta, manakala pengguna yang telah membeli produk tersebut dengan nombor batch terlibat diminta untuk tidak memakan produk tersebut,” katanya.
Bakteria Salmonella?
Bakteria Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses, jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat semua peminjam PTPTN yang dah dikenakan CCRIS dan blacklist untuk keluar negara, pihak pengurusan PTPTN telah pun memberikan kemudahan kepada 45,866 orang pelajar dalam membersihkan rekod kredit mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata hal ini dapat membantu para pelajar yang mempunyai dua pinjaman PTPTN yang berasingan untuk pengajian diploma dan ijazah sebelum berkuat kuasa 6 April 2016.
Beliau berkata seramai 32,213 pelajar yang memohon pinjaman kedua mereka selepas 6 April 2016 sudah pun menikmati peraturan baru ini.
Gambar hiasan
Dalam erti kata lain, pinjaman diploma akan digabungkan bersama pinjaman ijazah, jadi tiada lagi CCRIS dan ini bermakna tidak ada halangan lagi buat pelajar ijazah yang sedang melanjutkan pelajaran untuk ke luar negara.
Menurut info laman Facebook Backpackmurah yang diambil daripada sumber twitter, semua peminjam diploma atau ijazah yang masih belajar akan diclearkan nama daripada CCRIS dan juga blacklist keluar negara bermula 15 Ogos 2017.
Namun begitu, pembayaran balik pinjaman diploma dan ijazah ini akan di sekalikan dan perlu dibayar semula selepas enam bulan tamat pengajian.
Jadi lepas ni dah tak ada la isu pelajar yang masih belajar perlu membuat bayaran pinjaman dan mendapat tunggakan yang tinggi.
Nak ke luar negara pun dah tak risau lagi kan? Tapi make sure lepas habis study jangan lupa bayar PTPTN ok? Barulah berkat ilmu tu nanti. Hehe
Sumber: NST & Facebook Backpackmurah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini dan tempahan janji temu vaksinasi tersebut telah pun dibuka secara berperingkat sejak 31 Jan lalu.
Anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Raif yang berumur 6 tahun telah pun selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC) semalam. KJ juga telah berkongsi perkara itu di laman Twitter dan turut memuat naik video pengambilan vaksin anaknya itu di TikTok.
Menerusi video tersebut dilihat Raif tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang oleh ibunya Nori Abdullah. Selepas suntikan, KJ turut bertanyakan kepada Raif bagaimana keadaannya selepas dicucuk dan anak lelakinya itu menjawab ‘Good!’.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang telah dibuat ini mendapat respon yang berbeza oleh warganet kerana ada yang masih tidak percaya dan ada juga yang turut berkongsi cerita bahawa telah membenarkan anak mereka menerima suntikan vaksin.
Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa agar dilindungi daripada virus pandemik ini dan sekiranya korang semua sudah mendapatkan dos suntikan vaksin, bertawakal dan berdoalah agar kita diberikan kesihatan yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 8 tahun berlalu peristiwa pesawat MH17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Pesawat MH17 ditembak dari udara dan mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal
Untuk rekod sebelum ini, 4 orang suspek dan dalang telah dinamakan di mana tiga darinya adalah warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Tiga warga Rusia ini ialah Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko akan dihadapkan ke mahkamah apabila kes perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020.
Tidak terus berdiam, terbaru negara Australia dan Belanda pula telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rusia melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa setelah kes jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17.
Tindakan undang-undang ini bakal memaksa Rusia untuk mengambil bahagian dalam rundingan dengan kedua-dua negara dan juga boleh dihukum oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pesawat MH17 ini hancur terkena tembakan peluru berpandu dalam tragedi 8 tahun lalu
Kedua-dua negara iaitu Australia dan Belanda telah memohon pampasan dan permohonan maaf daripada kerajaan pimpinan Vladimir Putin atas bencana MH17 yang menyaksikan 298 orang termasuk 38 rakyat Australia menghembuskan nafas terakhir apabila ia ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.
Memetik laporan The Guardian, Menteri Luar Australia iaitu Marise Payne dan Peguam Negara Australia iaitu Michaelia Cash mengumumkan semalam bahawa Australia dan Belanda akan mengambil tindakan di bawah Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa serta mendakwa Rusia melanggar Konvensyen Chicago yang menyokong undang-undang penerbangan.
Marise berkata Australia masih dengan prinsipnya sejak Mei 2018 iaitu Rusia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa yang menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Keengganan Rusia untuk bertanggungjawab terhadap peranannya dalam menjatuhkan pesawat MH17 tidak boleh diterima sama sekali dan kerajaan Australia sentiasa berkata bahawa kami tidak akan mengecualikan apa-apa pilihan undang-undang dalam usaha mencari keadilan,” tambahnya.
Hmm…tiba-tiba nama Malaysia muncul di tengah ketegangan politik dunia sekarang…huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.