
Akhirnya terjawab! Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026bersamaan 1 Syawal 1447H.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Pengumuman Rasmi Ikut Titah Agong
Menurut beliau, penetapan tarikh tersebut adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
“Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Mac 2026.”
Kaedah Rukyah & Hisab Digunakan
Majlis Raja-Raja turut mempersetujui bahawa kaedah penentuan Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah (cerapan anak bulan) dan hisab (pengiraan astronomi), seperti yang diamalkan setiap tahun.

Negara Lain Raya Sehari Lebih Awal
Menariknya, beberapa negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri lebih awal iaitu pada Jumaat, 20 Mac 2026.
Mahkamah Agung Arab Saudi menetapkan bahawa Ramadan berakhir pada Khamis (19 Mac), manakala 1 Syawal jatuh pada Jumaat.
Perkara sama turut diumumkan oleh pihak berkuasa di Qatar, yang menetapkan Khamis sebagai hari terakhir Ramadan di negara tersebut.
Beza Hari, Tapi Raya Tetap Sama Vibes
Walaupun tarikh berbeza, kemeriahan Aidilfitri tetap dirasai di seluruh dunia. Di Malaysia, nampaknya kita ada extra sehari lagi untuk buat persiapan last minute, dari kuih raya sampai outfit pagi raya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!









