“Alhamdulillah, perasaan happy sangat-sangat, perasaan yang tak pernah rasa sebelum ini, tercapai impian ingin menjadi bapa…”
12 March 2023 menjadi detik istimewa buat pelakon, Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung, baru-baru ini.
Safwan Nazri dan isteri di majlis perkahwinan mereka.
Fathin selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.6kg di Hospital Putrajaya dengan kehadiran Safwan yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
” Allah permudahkan segala urusan, hanya 4 jam isteri bertarung di dewan bersalin.
” Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak. Pengalaman di dewan bersalin betul-betul membuatkan saya membuka mata tentang pergorbanan seorang isteri dan ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih menghargai ibu. Hebat jasa dan pengorbanan ibu ini.” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Ads
Bercakap kepada REMAJA, Safwan menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
Ditanya mengenai persediaan menjadi seorang bapa. Safwan mengakui sudah lama bersedia untuk mengalas tanggungjawap sebagai seorang bapa sejak bayi yang pertama. Namun, tidak ada rezeki apabila isterinya keguguran sewaktu kehamilan masuk ke empat bulan.
” Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki yang lain. Tapi sebenarnya kami masih trauma dengan kehilangan bayi yang pertama tapi bila lahir baby ni kami masih terkejut. Sebab itu kami ambil langkah untuk tidak menghebahkan kepada umum dan media, takut kejadian yang lama berulang lagi.”
Cinta Sofea, Cinta Yang Menawan
Ads
Dikesempatan ini, Safwan sempat berkongsi secara ekslusif bersama pembaca Majalah Remaja bahawa mereka menamakan bayi sulungnya dengan nama Cinta Sofea yang bermakna cinta yang menawan. Safwan mendirikan rumah tangga bersama Fathin Nur Amalina pada Mac 2022.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Safwan dan isteri dengan kehadiran ‘ bunga’ dalam perkahwinan mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengusaha panggung wayang nampaknya bole menarik nafas lega kerana pawagam dijangka sudah bersedia untuk kembali beroperasi setelah sekian lama ditutup.
Namun, semuanya tertakluk kepada syarat iaitu hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di dalam premis.
Gambar hiasan
“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi. Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada,”
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” jelasnya lagi.
Gambar hiasan
Selepas ditutup lebih setahun sejak Mac 2020 serta alami kerugian lebih RM600 juta, pengusaha pawagam kini berada dalam keadaan yang amat tenat. Penutupan pawagam turut menggugat kehidupan lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia yang bekerja di dalam industri filem dan pawagam.
Diharap dengan pembukaan pawagam ini juga dapat memberikan peluang buat individu yang telah divaksin melepaskan tekanan kerana panggung wayang dikatakan antara tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
Walaupun musim Hari Raya tahun ini sedikit berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang, namun kemeriahan tetap dapat dirasa.
Sejak semalam, golongan selebriti dan pempengaruh galak memuat naik OOTD raya masing-masing di media sosial. Jelas, ramai yang memilih tema pastel untuk baju raya pada sambutan hari pertama.
Jom lihat 10 OOTD pilihan Remaja ini, yang mana satu menjadi favourite korang?
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara telah membuat satu pengumuman penting yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Menurut beliau, PKPB itu dilakukan setelah mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang dan Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain.
Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus meningkat dari terus merebak, semua aktiviti ini adalah dilarang.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadah bukan Islam adalah ditutup.
Semua aktiviti sukan, reakrasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
Pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun semua kegiatan ekonomi di Selangor, KL dan Putrakaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Foto : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!