Ya, episod perkahwinan di antara Elfira Loy dan Faris Anuar masih belum berakhir apabila mereka meraikan majlis resepsi pertama selepas diijab kabulkan pada 1 Januari lalu
Bertempat di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), majlis #ElFaris ini dimeriahkan dengan kehadiran keluarga, sahabat dan tentunya rakan artis popular. Antara yang sempat kami temui ialah Scha Alyahya bersama Awal Ashaari, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, pengarah Michael Ang, Datuk Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi.
Seperti kebiasaan, tumpuan semua yang hadir dan netizen seluruh Malaysia akan terarah kepada pengantin perempuan dan gaun perkahwinan yang disarungnya.
Sekali lagi, Elfira memilih pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk mereka gaun istimewa pada hari ini selepas Elfira turut mendapatkan khidmat mereka berdua untuk majlis pernikahan Selasa lalu.
Elfira selama ini dikenali sebagai seorang selebriti muda yang gemar ‘to push the envelope’ dan berani berfesyen. Nampaknya, Elfira dan pereka fesyen sekali lagi bereksperimentasi untuk ‘look’ malam ini.
Indah menyarung gaun skirt kembang dengan bodice yang mengikut potongan badan, ia dihiasi perincian bunga merah jambu cair, beading, manik dan lace. Senang cerita, gaun Elfira pada malam ini memang ekstra!
Bahagian belakang skirt El yang mempunyai detailing riben besar, bak puteri!
Bahagian tudung dan kain layahnya juga mencuri tumpuan netizen apabila ia dikemaskan ketat manakala veil dibiarkan beralun turun.
Biasalah, seseorang memang tak dapat puaskan hati semua pihak dengan pemilihan pakaian sepenting gaun perkahwinan. Namun, dalam pada komen negatif yang ada, lebih ramai netizen yang menyukai gaya Elfira malam ini.
Antara komen yang dilontarkan adalah, “Macam stail pengantin perempuan Muslimah di Turki. Mereka kan suka ballgown dan detailing pada tudung.”
Ads
Sama ke korang rasa?
Hhm, penulis rasakan kebanyakan pengantin Muslimah kan memang memakai gaya sama seperti ini. Cuma kembang tak kembang je gaun mereka tu.
Apapun, penulis menyukai bahagian speech yang dilakukan oleh adiknya, Ezzrin Loy. Memang sweet!
Seperti Ezzrin, kami pun ingin mengambil kesempatan untuk mendoakan agar kalian berdua enjoy dengan majlis kalian kali ini dan seterusnya. Diharap segalanya dipermudahkan, Amin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeil atau pemilik nama sebenar Moon Taeil baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul, pada Khamis selepas disabitkan bersalah atas kesalahan serangan seksual.
Dalam keputusan yang diumumkan, mahkamah turut mengarahkan Taeil yang kini berusia 31 tahun untuk ditahan serta-merta di mahkamah. Pada masa yang sama, dua rakan subahat yang terlibat dalam insiden itu turut menerima hukuman sama dan turut ditahan.
Sebelum ini, ketiga-tiga lelaki terbabit didakwa tanpa penahanan pada Mac lalu atas pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita warganegara asing yang berada dalam keadaan mabuk di Seoul pada Jun tahun lalu.
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan mereka menjalani program rawatan keganasan seksual selama 40 jam.
“Kesalahan ini sangat serius memandangkan mangsa ketika itu dalam keadaan mabuk dan tidak berdaya untuk melawan,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.
Dalam sesi pendengaran sebelum ini, pihak pendakwa memohon agar ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, namun mahkamah menjatuhkan hukuman separuh daripada tempoh yang dimohon.
Terdahulu, Taeil telah dibuang dari kumpulan NCT pada Ogos tahun lalu selepas beliau disoal siasat oleh pihak polis berhubung dakwaan kes serangan seksual tersebut.
Kes ini telah mengejutkan ramai peminat K-pop dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen berkenaan isu kelakuan tidak senonoh oleh selebriti. Ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian ini di media sosial kerana mencemarkan imej industri hiburan Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di saat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung untuk tempoh 2 minggu lagi sehingga 12 Mei 2020, kerajaan membuat keputusan mengejutkan dengan memberi sedikit kelonggaran kepada 2 golongan.
Menerusi perutusan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau mengumumkan bahawa pelajar di kampus akhirnya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing YANG TERLETAK DALAM ZON HIJAU tidak lama lagi.
Golongan pertama ini diwakili oleh bilangan yang cukup besar iaitu lebih daripada 53,000 orang pelajar di seluruh negara.
Bagaimanapun, kerajaan menetapkan syarat agar para pelajar terlebih dahulu disahkan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Mereka perlu menjalani proses saringan kesihatan secara teratur agar ia tidak menyebabkan sebarang penularan wabak.
Proses membawa pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing akan dimulakan pada Isnin hadapan (27 April). Masa perjalanan ditetapkan pada jam 9 malam hingga 9 pagi dari kampus ke destinasi. Pelajar akan disaring terlebih dahulu dan kemudian diberikan topeng muka serta makanan untuk mengalas perut.
Bagi pelajar yang ingin memandu pulang, mereka tidak dibenarkan merentas negeri dan perlu memiliki surat perlepasan daripada IPT dan balai polis. Jadi bagi korang yang menetap di negeri berlainan, kami nasihatkan agar menaiki saja pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan.
Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak pula, pihak kerajaan akan menanggung kos perjalanan pulang menaiki kapal terbang.
Menariknya, 15 peratus daripada 53,000 pelajar yang kini menetap di kampus mengambil keputusan untuk kekal di kampus. Ini berikutan musim peperiksaan yang semakin hampir ataupun disebabkan faktor ketiadaan jaringan internet di kampung halaman.
Oleh itu, bagi memudahkan proses pembelajaran mereka secara online, mereka lebih rela terus menetap di kampus.
*
Selain daripada pelajar, PM juga mengesahkan apa yang disampaikan oleh Dato Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.
Golongan kedua yang diberikan kelonggaran adalah mereka yang masih terperangkap di kampung atau di negeri lain sejak kerajaan melaksanakan perintah PKP pertama. Mereka akan dibenarkan untuk merentas negeri dalam waktu terdekat.
Syaratnya adalah SATU perjalanan sahaja dibenarkan. Kerajaan sedang mengumpul data untuk mengatur perjalanan pulang. Korang yang merupakan sebahagian daripada golongan ini boleh mendaftarkan diri bersama PDRM secara online ataupun membuat temu janji di balai polis terdekat.
Pengisian data ini adalah agar tiada kesesakan di jalan raya dan hentian lebuh raya akan berlaku. Ia juga bagi memastikan kesemua sihat dan bebas daripada simptom Covid-19.
Ini sahaja kelonggaran yang diberikan buat masa ini. Yang lain tu, teruskan duduk di rumah okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik khabarnya sekali lagi berpisah dengan model ternama, Gigi Hadid.
Menurut laporan media luar negara, perpisahan ini berlaku disebabkan Zayn menyerang ibu Gigi, Yolanda Hadid selepas terlibat dalam satu pertengkaran sekitar Oktober lalu.
Gigi pula membuat satu kenyataan rasmi dengan memaklumkan bahawa dia akan memberikan tumpuan penuh buat anak mereka dan mahu melakukan yang terbaik demi Khai.
Terdahulu, pasangan ini pernah juga berpisah pada tahun 2018 namun kembali bersama dengan kelahiran anak perempuan mereka.