Bagi peminat tegar dunia sukan bola sepak, sudah tentu ada yang mengenali beberapa pemain bola sepak antarabangsa beragama Islam yang bermain untuk kelab terkenal di sekitar Eropah.
Antara kelab yang memiliki pemain bola beragama Islam termasuklah Sadio Mane dari pasukan Bayern Munich.
Siapa yang tidak kenal pemain bola sepak hebat berdarah Afrika ini. Selain rendah hati dan sederhana, Sadio Mane dikenali sbg seorang muslim yang taat.
Terbaru, bekas pemain sayap Liverpool itu dilihat menolak daripada memegang bir bagi menghormati agamanya sewaktu bergambar bersama rakan sepasukannya.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh ESPN FC di platform Twitter baru-baru ini, ia jelas memaparkan pemain dari Senegal itu langsung tidak memegang walau segelas bir.
Ads
As a devoted Muslim, Sadio Mane chose not to hold a beer in Bayern Munich’s traditional photoshoot 🍻 pic.twitter.com/PAnQqF9I4I
“Sebagai seorang Muslim yang taat, Sadio Mane memilih untuk tidak memegang bir sewaktu bergambar dalam acara tradisional Bayern Munich,” maklum ESPN FC di Twitter.
Walaupun dilhat berbeza berbanding rakan pasukannya yang lain, namun Mane berada di barisan paling hadapan pada hujung kanan gambar dengan berpakaian Lederhosen.
Perbuatan Mane itu mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat di media sosial kerana beliau masih berpegang teguh dengan ajaran agamanya.
Ads
Selain Mane, seorang lagi pemain Bayern yang berpindah dari Ajax, Noussair Mazraoui juga memilih untuk bergambar tanpa memegang gelas minuman keras tersebut.
Imbas kembali, Mane sebelum ini juga pernah bertindak sedemikian apabila beliau meminta rakannya, Takumi Minamino untuk meletakkan sebotol Champagne pada awal tahun ini.
Syabas Mane, penulis respect betul dengan cara pembawakan diri pemain bola sepak ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
So, lets get real guys. Masalah salah laku sosial di kalangan remaja bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat kita. Gejala ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi lebih membimbangkan bila ramai anak muda yang masih terjerumus dalam kancah perilaku negatif ini.
Kami tertarik dengan perkongsian seorang penyanyi negara jiran iaitu Yuni Shara yang juga yang merupakan kakak kepada KrisDayanti.
Yuni Shara mempunyai caranya yang tersendiri dalam mengajar anaknya berkenaan pendidikan seks. Dalam satu wawancara, Yuni mendedahkan dia menemani anak-anaknya menonton video pornografi sebagai satu bentuk pendidikan seks.
Dia tidak mahu menjadi ibu yang kolot dan mahu berfikiran terbuka tentang isu ini.
“Anak-anakku kebetulan anak-anak yang terbuka. Nggak mungkinlah ya anak-anak kita nggak nonton film porno, mau yang jenis anime atau jenis apapun segala macem, akan ada” ujar Yuni Shara.
Yuni turut mendedahkan kebiasannya dia akan bertanyakan soalan kepada anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan adakah mereka suka akan video yang sedang ditonton. Namun, anak-anaknya kadang-kala berasa tidak selesa dengan soalan yang diaju.
“Jadi mendingan dari pada gini-gini mending kita jadi temen aja, ‘gimana nonton kayak gini, asik ya?’, ‘bunda jangan gini-gini’, ‘aduh biasa aja bro’, aku gitu,” ungkap Yuni Shara.
Tambah Yuni, pendidikan seks amat penting buat anaknya yang sedang meningkat dewasa. Dia turut meluahkan rasa risau kerana tidak dapat mengawasi atau menjaga anak-anakya pada setiap masa.
Seharusnya, pelajar lelaki dan perempuan perlu didedahkan kepada sesi ‘saling menghormati jantina’ berbeza. Rasa hormat itu perlu wujud dahulu, barulah perlakuan hubungan bebas boleh dikekang.
Jadi, apa pendapat korang tindakan dan pandangan Yuni Shara ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan pasukan KL City FC yang menewaskan pasukan JDT di Piala Malaysia 2021 semalam dengan skor 2-0 masih hangat diperkatakan oleh rakyat di seluruh negara. Aksi tenang KL City hingga berjaya mengekang kemaraan JDT semalam wajar dipuji terutamanya apabila majoriti peminat bola sepak memberikan kelebihan kepada JDT sebelum perlawanan bermula.
Bagi penonton lelaki, tentunya kecemerlangan prestasi KL City yang dianggap sebagai pasukan dark horse menjadi topik perbualan kedai kopi hari ini. Namun bagi penonton wanita, nampak ramai yang tertarik dengan kelibat wajah kacak para pemain KL City baik dalam kalangan pemain import mahupun pemain tempatannya.
Jom ‘cuci mata’ sikit melihat 8 pemain kacak KL City pilihan REMAJA ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramadan adalah merupakan bulan yang mulia dan sangat dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ia disambut dengan penuh sukacita, pengabdian dan pengharapan akan keampunan Allah.
Jadi sempena menyambut bulan suci ni, apa kata kita tengok macam mana saudara-saudara kita di tempat lain meraikan Ramadan serta tradisi yang mereka amalkan.
1. Mesir
Colorful Ramadan lanterns in a market in Cairo, Egypt
Bila tibanya bulan mulia ini, jalan-jalan Mesir mesti diterangi cahaya tanglung yang berwarna-warni. Tanglung tradisional yang dipanggil fanous ini akan dinyalakan pada waktu petang dan malam.
Asal-usul tradisi ini dikatakan mungkin datang dari Empayar Fatimiyyah apabila Khalifah Al-Mu’izz li-Din Allah telah disambut dengan tanglung berwarna-warni ketika beliau tiba di Cairo. Sehingga hari ini, ia telah menjadi salah satu tradisi bagi orang Mesir untuk memeriahkan jalan-jalan di sana ketika bulan Ramadan.
2. India
Credit: Times of India
Seheriwalas di New Delhi merupakan tradisi yang sangat disukai di New Delhi, India dan dikatakan telah dibuat sejak zaman Empayar Mughal.
Apabila tiba bulan Ramadan, orang-orang kampung akan menyanyikan doa dan puji-pujian ke atas Allah dan Rasulullah SAW bagi memastikan semua orang bangun untuk sahur sebelum menunaikan solat subuh.
3. Indonesia
Kredit Kompas.com
Bagi membersihkan diri secara rohani dan jasmani sebelum bermulanya Ramadan, rakyat Indonesia dari pulau Jawa akan menjalani tradisi yang dinamakan sebagai Padusan.
Padusan membawa maksud “untuk mandi” dalam dialek Jawa dan orang Islam di sana akan berendam di dalam sungai, tasik atau sekadar mandi di rumah sebagai lambang penyucian.
Ia juga salah satu persediaan untuk mereka bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut bulan paling mulia dalam kalendar Islam ini.
4. Iraq
Tradisi di Iraq ini telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu, di mana lelaki-lelaki akan berkumpul selepas berbuka puasa untuk bermain permainan yang dipanggil muheibes.
Muheibes merupakan permainan di mana satu cincin akan diedarkan dari satu orang ke satu orang di bawah kain dan mereka perlu meneka siapa yang memegang cincin tersebut berdasarkan gerak tubuh mereka.
5. Turki
Banyak perkampungan di Turki akan melantik seseorang yang akan menjadi pemain dram. Individu tersebut akan dipakaikan dengan baju tradisi Ottoman dan ditugaskan untuk mengejutkan orang sebelum azan subuh menggunakan dram tradisional Turki yang dipanggil davul.
Baru-baru ini, pihak berkuasa Turki telah mengeluarkan kad ahli untuk pemain dram ini bagi menaikkan semangat mereka serta mahu mendorong anak-anak muda untuk meneruskan tradisi tersebut.
6. Emiriah Arab Bersatu
Di Emiriah Arab Bersatu tradisi yang popular bila tibanya Ramadan ialah Haq Al Laila, ini biasanya dibuat pada 13, 14 dan 15 Ramadan.
Tradisi yang bermula di Bahrain ini melibatkan kanak-kanak yang akan berjalan-jalan di kawasan kejiranan mereka sambil memakai baju-baju berwarna terang dan mengutip gula-gula sambil menyanyikan lagu tradisional tempatan.
7. Maldives
Credit: hawzahnews.com
Maldives juga salah sebuah negara yang menyambut bulan Ramadan dengan cara yang sangat indah. Umat Islam di Maldives akan membacakan puisi Ramadan yang indah yang dipanggil “Raivaru”.
Satu bentuk puisi purba dengan corak irama dan baris yang berbeza, bagi kebanyakan umat Islam Maldives Ramadan menjadi lebih istimewa dengan bentuk puisi yang indah ini dibacakan dalam ibadah.
8. Rom
Selama berabad, masyarakat Islam Rom yang berasal dari Empayar Uthmaniyyah telah mengumumkan permulaan dan akhir puasa dengan lagu tradisional.
Setiap hari sepanjang bulan Ramadan, mereka akan berarak di jalanan untuk bermain gendang silinder buatan sendiri daripada kulit biri-biri atau kambing. Keluarga Islam kebiasaannya akan menjemput mereka masuk ke dalam rumah untuk bermain badala tradisional bagi meraikan permulaan berbuka puasa.
9. Pakistan
Tradisi unik seterusnya adalah dari Pakistan, di mana kaum wanita disana akan berkumpul pada malam hari sebelum Raya bagi berhias diri. Perayaan Chaand Raat di Pakistan akan dilakukan selepas penampakan bulan baharu yang menandakan ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang pertama.
Selepas berbuka, kaum wanita di sana akan berpusu-pusu pergi ke bazar tempatan untuk membeli gelang berwarna-warni dan melukis inai di tangan dan kaki mereka. Berdasarkan tradisi ini, peniaga akan menghiasi kedai mereka dan akan dibuka sehingga awal pagi menjelang Aidilfitri.
10. Malaysia
Di Malaysia pula, masyarakat Melayu Islam menjadikan pemasangan lampu pelita ketika penghujung Ramadan sebagai tradisi mereka. Biasanya pelita akan dipasang di sekeliling rumah pada 10 malam terakhir Ramadan atau dipanggil sebagai malam tujuh likur.
Macam yang korang semua tahu, umat Islam akan mempertingkatkan ibadah mereka lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan bagi mengejar Lailatul Qadar.
Jadi, penyalaan pelita ini dibuat bagi menerangkan jalan untuk penduduk kampung yang pulang lewat dari masjid bagi melakukan ibadah.
Meriah ye sambutan bulan Ramadan di seluruh negara, apa-apa pun jadikanlah Ramadan ini bermakna dan penuhi dengan ibadah bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.