Kejayaan meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) ternyata membuka lembaran baharu buat penyanyi Ryenald Guntabid.
Bagaimanapun, pencapaian tersebut tidak membuatkan Ryenald selesa atau menganggap ia sebagai kemuncak dalam perjalanan seninya.
Sebaliknya, penyanyi itu mahu menjadikan kejayaan berkenaan sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya dan membuktikan dirinya mampu menghasilkan lebih banyak karya berkualiti.
Tak Mahu Dikenali Dengan Satu Lagu Sahaja
Menurut Ryenald, dia kini sedang berusaha menghasilkan lebih banyak lagu bersama barisan komposer serta pasukan pengurusannya bagi memastikan momentum yang diraih menerusi AJL40 dapat diteruskan.
“Sejujurnya, saya sangat mahu menjauhi konsep ‘one hit wonder’. Sebab itu saya sedang bekerja keras untuk menulis dan menghasilkan lebih banyak karya.
“Saya percaya seluruh pasukan juga akan memberikan usaha terbaik. Saya melakukan bahagian saya dan apabila semua pihak saling melengkapi, saya percaya tiada yang mustahil.
“Mungkin selepas ini akan ada Lumangad Oku Dika 2.0. Perkara itu sudah ada dalam perancangan, cuma untuk merealisasikannya memerlukan cerita lain,” katanya.
Ads
89 Peratus Pasti Berpindah Ke Kuala Lumpur
Dalam pada itu, Ryenald turut mengakui sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke Kuala Lumpur bagi mengembangkan lagi kerjaya seninya.
Perkara tersebut mula difikirkannya selepas namanya semakin mendapat perhatian susulan kemunculan sulung di pentas AJL40.
Namun, keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur masih belum dimuktamadkan kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
“Saya masih belum dapat membayangkan untuk tinggal di Kuala Lumpur sepenuh masa. Namun, selepas ini mungkin sudah 89 peratus pasti.
“Baki peratusan itu bergantung kepada beberapa perkara serta urusan lain sebelum saya menentukan sama ada benar-benar berpindah ke sini atau tidak,” ujarnya.
Ads
Mahu Terus Jadi Inspirasi Anak Muda Sabah
Walaupun peluang untuk melebarkan sayap di Kuala Lumpur semakin terbuka, Ryenald tidak mahu melupakan akar serta komuniti seni di Sabah.
Baginya, kehadiran dirinya di negeri kelahiran itu penting untuk memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda yang baru mahu mencipta nama dalam industri muzik.
“Sabah juga memerlukan seseorang untuk dijadikan contoh. Kita sudah ada Marsha dan Stacy, mereka sudah lama berada di sini dan kedua-duanya anak Sabah.
“Saya rasa saya perlu lebih dekat dengan mereka di sana supaya golongan muda serta mereka baru mahu bermula dalam berkarya lebih terdorong apabila melihat saya masih berada di Sabah.
“Jadi, perkara itu memang sedang dalam pertimbangan. Saya mahu menjadi inspirasi kepada mereka,” jelasnya.
Mengimbas kembali kejayaan di AJL40, Ryenald menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu batu loncatan penting untuk perjalanan kariernya.
Lebih bermakna, penyertaannya di pentas berprestij itu merupakan pengalaman sulung buat dirinya.
“Kemenangan ini akan menjadi batu loncatan untuk kerjaya saya. Saya langsung tidak menjangka akan menang, jadi perasaan ketika itu sangat gembira dan bangga.
“Saya mahu gunakan kejayaan ini sebagai permulaan untuk pergi lebih jauh dalam muzik serta membuktikan masih banyak perkara mampu saya lakukan,” tuturnya.
Menerusi lagu Lumangad Oku Dika yang dicipta sepenuhnya olehnya, Ryenald membawa pulang wang tunai RM30,000 selain trofi AJL40 pada kemuncak pertandingan tersebut.
Kini, dengan kejayaan itu sebagai titik permulaan, Ryenald dilihat mempunyai misi yang lebih besar untuk terus menghasilkan karya dan membina nama dalam industri muzik tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique mencuri perhatian warganet selepas dilihat membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang jurusolek bernama Zulyasrani telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika MK dan rakan duetnya, Meerfly sedang didandan.
Apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila MK dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya sebelum naik ke pentas.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan MK yang memilih untuk mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Penyanyi Nabila Razali dan perancangan gimik setiap kali ingin meluncurkan lagu baharu sememang tidak dapat dipisahkan.
Setelah berjaya ‘memperdayakan’ seluruh Malaysia menerusi klip acah (teaser) Pematah Hati pada tahun 2017 di mana Nabila tampil dalam tangisan air mata setelah ‘ditipu’ oleh bekas kekasihnya, Nabila seakan selesa untuk mengutarakan jalan cerita tertentu setiap kali tampil dengan naskah baharu.
Nabila kembali mendaki carta populariti menerusi Peluang Kedua pada tahun 2020 yang menjadi siulan ramai sepanjang tahun itu sehingga menempah tempat di pentas Anugerah Juara Lagu.
Single Putus yang menceritakan mengenai kisah ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita pada tahun 2021 meneruskan elemen episod cinta tragis sebagai elemen penting dalam gubahan lagu Nabila Razali.
Justeru apabila Nabila tampil dengan single Aku Terluka ciptaan Amylea Azizan dan MFMF pada minggu ini, peminat dan pemerhati muzik tempatan seakan sudah boleh membaca gimik yang dirancang Nabila.
Kesemua foto-foto lama di akaun Instagram-nya dipadamkan dan hanya foto acah ‘majlis perkahwinan di tepi pantai’ yang menghiasi ruangan akaun.
Namun kata Nabila, foto perkahwinan bersama MK K-Clique yang dipaparkan dalam video muzik tersebut bukanlah sekadar gimik kosong yang dilihat sudah menjadi rencah promosi karya Nabila Razali. Sebaliknya, ia adalah iklan acah untuk lagu tersebut dan dia tidak berniat untuk mencipta gimik.
“Bagi saya, apa yang saya muat naik di Instagram hanyalah teaser untuk lagu baru saya. Semua foto itu memang ada dalam video muzik itu.
“Tindakan membuang foto-foto lain di Instagram (adalah) supaya follower fokus dan sedar saya akan mempromosi sesuatu produk.
“Tiada niatpun untuk melakukan gimik. Saya cuma mahu orang berteka-teki dengan kemunculan lagu-lagu baru saya,” ulas penyanyi berusia 30 tahun itu.
Tambah Nabila sewaktu ditemui di sidang media tersebut lagi, Aku Terluka merupakan kesinambungan jalan cerita daripada single Peluang Kedua. Malah disebabkan itu jugalah, MK dikekalkan sebagai pasangannya dalam video muzik Aku Terluka.
“Saya sekali lagi mengajak MK untuk terlibat sama bagi menutup ‘percintaan’ kami dalam lagi Aku Terluka.
“Dalam video muzik ini, apa yang perlu dijelaskan daripada kisah lalu semuanya ada di dalamnya,” kata Nabila.
Menghampir 40 jam selepas video muzik ini menemui peminat di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment, ia sudahpun mencatatkan jumlah tontonan sekerap 167,000 kali serta 950 komen.
Tinjauan REMAJA pada ruang komen rata-rata menemui respon balas positif daripada peminatnya yang memuji kualiti lagu, teknik nyanyian serta nilai estetika video muzik Aku Terluka.
“Cantiknya music video ni. Nabila pun cantik juga dalam ni woi..”
“Apasal aku nangis tengok MV ni. Best la Kak Nabb!”
“Mula-mula nampak biasa je lagu ni. Tapi kalau dengar ulang-ulang baru dapat tangkap feel tu.. best okay!”
“I am falling in love dengan gandingan diorang berdua ini. Memang mantap memang padu.”
Tahniah Nabila! Sekali lagi, penantian peminat selama setahun bagi menunggu lagu terbaru daripadanya nyata berbaloi memandangkan Nabila dan pasukannya memilih untuk merancang segalanya dengan teliti hingga mencapai kualiti sebegini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahap tekanan perasaan ini boleh dibahagikan kepada rendah dan tinggi. Mereka yang menghadapi low function depression kebiasaannya boleh kita lihat secara jelas yang mereka terkesan dek tekanan perasaan.
Namun berbeza dengan mereka yang terkesan dek high function depression, mereka tidak menunjukkan ciri-ciri menghadapi tekanan persaan namun sebenarnya sedikit-demi sedikit simptom tersebut mampu memakan diri.
Menurut laporan Public Health Malaysia, bukan mudah untuk seseorang individu melalui tekanan jenis ini kerana mereka masih mampu bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun itu tidak bermakna mereka tidak menderita.
Kebiasaanya mereka masih mampu tersenyum dan berjenaka bersama teman namun itu sebenarnya adalah topeng kerana mereka sukar berkongsi rasa sedih dan murung.
Mereka juga mengalami imposter syndrome yang mana bagi mereka apa kejayaan yang dicapai tidak pernah cukup biarpun dimata orang lain mereka sudah mencapai sesuatu kejayaan yang membanggakan. Sikap rasa tidak layak dan selalu rasa tidak cukup bagus antara ciri-ciri imposter syndrome.
Antara ciri mereka yang menghidapi high function depression lagi adalah sikap bekerja tanpa henti. Sebenarnya sikap ini seolah-olah mahu melupakan penderitaan dengan sentiasa membuat diri mereka sibuk. Hakikat sebenar, individu tersebut sedang bergelut dengan emosi sendiri.
Selain itu, orang yang menghidapi masalah ini selalunya nampak tenang walaupun dalam situasi yang sibuk, sebenarnya ini adalah indikasi yang mereka sudah lali, mematikan perasaan dan tiada emosi.
Jadi pesanan penulis untuk anda yang mengalami situasi seperti ini anda boleh berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai dan segera dapatkan bantuan. Kerana lama-kelamaan tekanan perasaan ini jika sudah sampai ke kemuncak akan memberi kesan yang tidak baik untuk diri.
***P/S – Guys, bila ada rakan-rakan yang mengalami masalah ini, jangan pernah cakap kepada mereka tentang soal ingat tuhan, solat dan berdoa kepada tuhan. Masalah tekanan perasaan tidak boleh disembuhkan dengan cara begitu. Dan jangan ingat orang yang hadapi tekanan perasaan ini tidak solat dan tidak ingat tuhan. Ini adalah masalah di dalam diri dan minda mereka.
Sumber: Public Health Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Momen manis di majlis resepsi perkahwinan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bertukar menjadi detik penuh...