Baru-baru ini, pempengaruh terkenal, Azfar Heri meluahkan rasa terkejut apabila terdapat segelintir warga internet yang memberi komen negatif mengenai perbandingan rumah terbuka sehingga sampai melaga-lagakan beberapa pihak.
Azfar Heri atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam (27) berkata, beliau kecewa apabila niat baiknya yang pertama kali mengadakan rumah terbuka istimewa untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat disalah ertikan.
“Maaf sangat tapi saya memang marah dan nak mengamuk. Saya terima banyak komen, tak sangka dan tak faham kenapa orang nak kena bandingkan open house dan lawan-lawan ni,” katanya menerusi sebuah video yang di muat naik di media sosial miliknya.
Kredit foto: Instagram Azfar HeriKredit foto: Instagram Azfar Heri
“Saya ni first time buat open house, niat memang nak sedekah untuk kawan-kawan, keluarga lebih lagi keluarga saya dari Melaka memang ramai,” ujarnya.
“Jadi open house ni, adik-adik saya bawa juga kawan sekolah, kawan universiti mereka dan mak saya sendiri pun bawa kawan kerja kecuali Afif je yang tiada kawan,” jelas Azfar.
Ads
Dalam pada itu, Azfar juga tersentak dengan reaksi keterlaluan warga internet yang mendakwa beliau hanya menjemput golongan T20 dan tetamu kehormat sahaja.
Kredit foto: Instagram Azfar Heri
“Ada juga yang komen ‘kenapa dia buat open house tak invite pun kita yang B40 yang sokong dia ni?’. Saya tak pasti kalau ini trend korang ke apa? Siap cakap ‘oh dia invite influencer, T20, VVIP je’. Eh sejak bila saya jemput VVIP?,” soal Azfar.
Ads
“Macam inilah ya, masuk rumah orang mulut tu diam, jangan cakap apa-apa. Kalau nak beri pendapat negatif, sebaiknya cakap kat kawan-kawan dan jangan buka ruang untuk ajak orang fikir negatif juga,” katanya.
“Saya culture shock sikit bila dapat komen begitu dan saya jemput beberapa jenama itu ini pun sebab saya pernah bekerja bersama mereka. Jadi sama-sama marketing dan suka hati orang (tuan rumah) mahu jemput siapa,” luah Azfar.
Ads
Kredit foto: Instagram Azfar Heri
Sementara itu, Azfar Heri turut mengingatkan masyarakat di luar sana agar belajar untuk gembira atas kegembiraan orang lain dan jangan menjadikan hal seperti ‘Rumah Terbuka’ sebagai sesuatu isu yang besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebelakangan ini isu anak-anak kecil dan remaja menjadi mangsa rogol dan liwat orang yang rapat iaitu ahli keluarga, jiran, guru agak panas dibicarakan.
Hari ini Harian Metro melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan sembilan tahun pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas menjadi mangsa lelaki pedofilia, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu di Seksyen 19, Petaling Jaya.
Gambar Hiasan
Mangsa mendakwa, suspek menarik tangan mereka secara paksaan sebelum melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mereka. Takut dengan kelakuan lelaki itu, mangsa terus menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa dua anaknya itu, wanita berkenaan terus membuat laporan di Balai Polis Sea Park untuk tindakan lanjut.
Malah, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek. Lakaran wajah suspek juga akan diedarkan kepada orang ramai untuk membantu polis mengesan suspek.
Bagi mengelakkan menjadi mangsa, tolong hadam enam taktik halus yang biasa digunakan oleh pedofilia sebelum melakukan perbuatan terkutuk kepada mangsa seperti didedahkan oleh seorang kaunselor Mohd Hafiz Syafiq yang juga kaunselor panel LPPKN Kedah.
Pakar Dedahkan 6 Peringkat Modus Operandi Pemangsa yang Bernafsu Binatang Ini.
Peringkat 1: Menentukan Mangsa.
Pemangsa akan mensasarkan kepada mangsa terutamanya anak-anak dan remaja yang sedang mengalami masalah emosi, perhubungan, pengasingan, rendah keyakinan diri dan remaja yang kurang pengawasan kedua ibu bapa adalah mangsa yang paling disukai. Pemangsa akan menggunakan alam siber iaitu media sosial sebagai medan mencari dan menentukan mangsanya.
Peringkat 2: Mendapatkan Kepercayaan Mangsa.
Pemangsa akan mendapatkan kepercayaan si mangsa dengan mengumpulkan maklumat tentang latar belakangnya, mengenal pasti keperluannya dan bagaimana mengisinya. Apabila pemangsa ini sudah menemui kelemahan dan keperluan mangsa ini tadi maka dengan mudah pemangsa akan mula menunjukkan perhatian dan kononnya bertanggungjawab bagi memenuhi keperluan si mangsa.
Hanya dengan perhatian yang diberikan lebih daripada biasa dan terlalu peribadi serta dengan menimbulkan kecurigaan terhadap kedua ibu bapa, si mangsa sudah boleh terpedaya. Pemangsa akan jadi bersemangat dan lebih berdisiplin dengan cara menjadi jarum yang mencucuk mangsa pada masanya tanpa mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.
Peringkat 3: Mengisi Keperluan Mangsa.
Seterusnya pemangsa akan lebih bersungguh memenuhi keperluan si mangsa dan mengambil perhatian untuk menjadi orang yang paling penting dalam kehidupan si mangsa, malah sehinggakan mungkin menjadi lebih ideal daripada kedua ibu bapanya sendiri. Pemangsa telah berjaya memberikan hadiahnya yang sangat berharga dengan mengisi keperluan mangsa iaitu perhatian tambahan dan kasih sayang.
Anak kecil yang tidak berdaya selalu menjadi mangsa atas kekejaman orang lebih dewasa
Peringkat 4: Mengasingkan Mangsa.
Pemangsa akan menggunakan hubungan istimewa yang telah dibina dengan mangsa untuk mewujudkan situasi di mana mereka bersendirian. Pengasingan ini terus mengukuhkan lagi hubungan istimewa. Pengasuhan, tunjuk ajar, bimbingan dan perjalanan aktiviti khas antara mereka semuanya dilakukan dalam peringkat pengasingan ini. Hubungan istimewa boleh diperkuatkan lagi apabila pemangsa menanam kepercayaan kepada mangsa itu bahawa dia disayangi atau dihargai dengan cara yang orang lain, bahkan ibu bapa tidak dapat berikan.
Peringkat 5: Mengadakan Perhubungan Seksual.
Pada peringkat kebergantungan dan kepercayaan emosional yang telah mencukupi, pemangsa sudah semakin berani memasukkan unsur-unsur seksual dalam perhubungannya. Perkara ini berlaku melalui bercakap, perkongsian gambar dan video, malah sehingga mangsa diminta telanjang. Pada ketika ini pemangsa akan mula mengeksploitasi rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan perasaan rangsangan ingin tahu tertumpu kepada aspek perkembangan seksualiti dan fizikal.
Pemangsa akan memanipulasi apa yang menarik minat kanak-kanak dan remaja ini serta memperluaskan hubungan mereka dengan cara ini. (Dalam kes adik tingkatan satu yang dirogol itu dia kononya diajarkan bagaimana cara nak membesarkan payu dara) Pemangsa akhirnya mengajak mangsa untuk berjumpa bagi memuaskan nafsunya.
Peringkat 6: Mengekalkan kawalan.
Sebaik sahaja penderaan seks atau rogol berlaku, pemangsa biasanya akan menggunakan cara sama ada memujuk mangsa untuk mengekalkan penglibatan dalam perhubungan, berdiam diri, atau mengugut untuk menyebarkan rakaman gambar atau video mangsa.
Kanak-kanak dan remaja yang sudah sampai ke peringkat ini sedang berada dalam perhubungan yang terikat atau tersepit. Pada masa ini mereka sedang menghadapi ancaman ugutan yang mana boleh memberikan kesan psikologikal kepada diri mereka sehingga hilang pertimbangan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang lebih rasional.
Para ibu bapa perlu lebih menjaga dan melindungi anak-anak daripada ancaman pemangsa dalam dunia siber kini dengan memberikan tumpuan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.
Kalau korang masih ingat momen selepas episod finale Big Stage musim 3 melabuhkan tirainya kira-kira sebulan lepas, naib juara pertandingan tersebut iaitu Usop pernah memberikan hint mengenai dirinya yang sudah berpunya.
Tanpa mengemukakan nama buah hatinya kepada pengacara Big Stage Live Plus iaitu Radin ERA dan Isha Norisham, Usop bagaimanapun berkata dia akan memperkenalkan siapakah gerangan orangnya itu tak lama lagi.
Kini, Usop nampaknya sudah bersedia untuk memuat naik foto teman wanitanya sekaligus berkongsi kepada para peminatnya.
Ia berlaku semasa sambutan mengejut ulang tahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Oktober lalu. Dalam foto yang baru dimuat naik olehnya 2 hari lalu, gadis yang dilaporkan bernama Nur Fatehah itu bukanlah seorang daripada industri seni. Malah, Usop juga sedang memberikan gambaran kepada kekasihnya mengenai selok-belok industri seni.
“Dia baru lagi, dia pun takut nak masuk dalam bidang saya.”
Bagaimanapun, Usop tidak kisah sekiranya gadis yang mesra dipanggil dengan gelaran Teha itu mula memuat naik foto atau video mereka bersama.
Kata Usop kepada rakan media di Gempak, “Saya okay saja bila Teha pun (mula) berkongsi momen-momen bersama saya di media sosial sebab saya tak pernah dapat kejutan macam itu daripada orang yang saya sayang. Saya rasa sangat dihargai.
“Selalunya, kalau saya kata okay, barulah dia akan post gambar kami. Saya (pun) nak repost foto tersebut di Instagram sebab saya nak jadikan momen itu sebagai kenangan,” akui pemilik nama Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor itu.
Mengenai sama ada Usop juga mempunyai perancangan untuk berkahwin tak lama lagi, ujarnya dia sudahpun bertemu keluarga Teha dan keluarga mereka berdua juga saling mengenali.
Yayy Usop, so happy for you!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka nama akan Palestin bergema dalam pertandingan ratu cantik? Akhirnya nama negara ini bergema dan menjadi sebutan ramai apabila wakilnya, Nadeen Ayoub berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan berprestij, Miss Earth 2022.
Nadeen yang tinggal di Ramallah, Tebing Barat, Palestin merupakan seorang jurulatih kesihatan dan usahawan yang bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan dalam memperkasakan wanita di negaranya. Selain itu dia juga menyumbang kepada kempen kesedaran budaya Palestin dengan sokongan Kementerian Kebudayaan negara itu.
Menerusi kemenangannya berada di kedudukan ketiga, dia menerima gelaran Miss Earth Water dan akan terlibat dalam sebarang kerja amal dan sosial yang akan dijalankan oleh organisasi tersebut bersama-sama pemenang yang lain.
Nadeen Ayoub tampil menawan dalam busana gaun rona kuning bermotif bunga.
Pertandingan yang mengkhususkan kepada inisiatif menyokong kesedaran alam sekitar, pemuliharaan dan tanggungjawab sosial ini menerima 86 penyertaan dari seluruh dunia.
Selain menyaksikan Palestin yang berada di kedudukan ketiga, pemenang keseluruhan jatuh kepada wakil Korea, Mina Sue Choi sekaligus bergelar Miss earth 2022. Manakala melengkapkan kedudukan empat terbaik ialah wakil Australia, Sheridan Mortlock dan wakil Colombia, Andrea Aguilera. Mereka masing-masing mendapat tempat kedua dan keempat serta menerima gelaran Miss Earth Air dan Miss Earth Fire.
Sewaktu cabaran soal jawab di peringkat top 4, keempat-empat mereka telah menerima soalan yang sama. Memberikan jawapan paling bernas ialah Korea yang menang bergaya seperti yang dijangka semua berdasarkan cara dia menjawab.
Juara Miss Earth 2022, Mina Sue Choi dari Korea dan pemenang tempat ketiga, Nadeen Ayoub dari Palestin.
“Jika ada satu perkara yang saya boleh perbetulkan di dunia iaitu menjadi lebih bersikap empati. Kita selalu tersilap menilai yang bersikap jujur adalah sama dengan empati. Sebenarnya sikap empati adalah tentang meletakkan diri kita dalam diri orang lain.
“Dan ini termasuklah apabila berbicara tentang isu iklim dan isu lain di dunia. Kita harus melhat cara orang lain melihat dunia ini, kita harus memahami kesakitan mereka dengan menilai sesuatu perkara dari kaca mata mereka,” jawabnya panjang apabila di soal mengenai perkara apa yang dia ingin perbetulkan di dunia.
Mina Sue Choi dilahirkan di Sydney, Australia berhijrah ke beberapa buah negara seperti Kanada, Amerika Syarikat dan China sebelum menetap di Korea Selatan. Dia kini merupakan pelajar dalam jurusan komunikasi di University of Illinois, Amerika Syarikat.
Dari 86 peserta keseluruhan, peserta dikecilkan kepada 20 semi-finalis dan kemudiannya menjadi top 12, top 8 dan seterusnya top 4. Wakil Malaysia, Dr Kajel Kaur gagal menyerlah sekaligus tidak berjaya menembusi jajaran semi-finalis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.