Walaupun sedang berdepan dengan kontroversi, ia bukan penghalang buat pelakon sensasi Ruhainies menerima tawaran dari negara luar.
Menerusi laporan media tempatan, Ruhainies teruja berkongsi berita mengenai tawaran kerja yang melibatkan produksi negara seberang, seolah-olah satu hikmah selepas semua ujian yang datang.
Selain itu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu juga memberitahu kontroversi yang membabitkan namanya telah tular hingga ke negara China selain meminta orang ramai mendoakan buat dirinya agar namanya tidak terjejas rentetan isu tersebut.
“Perkara yang jadi ternyata mempunyai hikmah tersendiri, tipulah kalau saya cakap langsung tidak terkesan apabila benda ini berlaku.
“Namun saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan alhamdulillah saya banyak terima tawaran dari negara seberang tetapi belum boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan.
Ads
“Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia tetapi sampai ke luar negara juga, ke China pun. Cuma saya mohon doa daripada semua agar nama saya tak terjejas disebabkan kontroversi ini,” katanya.
Pada masa sama, pelakon drama Cukup Derita Itu juga memaklumkan drama lakonannya bersama Aliff Aziz, Terjerat tetap berjalan seperti biasa.
Katanya, setakat ini tiada tawaran kerja yang dibatalkan sebaliknya hanya ditangguh sementara ekoran kontroversi membabitkan dirinya dengan beberapa nama artis lain selain kekasih gelap Alif.
Ads
“Sejujurnya, tiada tawaran kerja yang dibatalkan. Cuma buat masa ini, ditangguhkan sahaja. Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas.
“Penggambaran tetap berjalan seperti biasa tetapi tentang cadangan digam mahupun disenarai hitam setakat ini berdasarkan kenyataan yang saya dapat, perkara itu tidak akan berlaku.
Ads
“Saya mohon doakan saya. Macam saya cakap sebelum ini, saya mahu tutup buku dan harap semua move on,” ujarnya lagi.
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac, namun aktor itu enggan menceraikannya.
Tidak terhenti di situ, polemik antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seiring dengan siri Projek: Anchor SPM yang memasuki episod ketiga pada malam ini, pelakonnya, Daiyan Trisha yang membawakan watak Aaidaa Zubir baru-baru ini telah mewujudkan satu challenge baharu di media sosial untuk mengungkap semula zaman belajar dahulu.
Menerusi tanda pagar #SebelumSPMSelepasSPM, Daiyan telah memuat naik foto perbandingan di antara wataknya, Aaidaa dalam siri tersebut dan juga dirinya semasa masih mengambil SPM pada tahun 2010.
“Saya hanyalah remaja biasa yang dilahirkan di Bandar Baru Bangi dan pergi ke SMK Jalan Empat.
“Semasa menunggu keputusan SPM, saya bekerja sementara sebagai seorang pelayan di restoran dan terus ke UiTM selepas itu.
“Jelas saya tidak tahu memakai mekap pada usia 17 tahun, tidak tahu bagaimana untuk pose dan stailkan diri saya. Tidak mengenali sesiapa dalam industri, dalam dunia fesyen. Pada waktu ini, saya hanya meminati seni, muzik dan lakonan. Tak sangka pula sampai sekarang saya sudah berada di sini.
“Jom kongsikan kisah korang dulu dan sekaang, jom berikan inspirasi kepada semua!” katanya sambil mengajak rakan selebriti untuk mengikuti challenge tersebut.
Beberapa orang selebriti telahpun menyahutnya dan ternyata, masing-masing memang comel belaka! Jom tengok.
Hari ini 1 Rejab dan ramai yang mengambil kesempatan berpuasa di permulaan awal bulan islam ini. Bagaikan sudah menjadi trend, setiap kali tibanya awal bulan Islam seperti Rejab dan Syaaban, mulalah di grup Whatsapp bertebaran fadilat-fadilat yang perlu diambil peluang oleh umat Islam kerana banyak kebaikkannya..
Banyak fadilat-fadilat dinyatakan mengikut hadis dinyatakan di mana sebagai hambaNya kita merasakan sudah berkongsi kebaikan dengan insan lain.
Tapi benarkah hadis yang kita sebarkan itu? Adakah ianya hadis sahih? Baca penerangan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Sahamah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai penyebaran hadis seperti dinyatakan dalam laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Semoga pencerahan ini mampu buat kita lebih berhati-hati sebelum menyebarkan hadis palsu sebenarnya.
Dalam satu status pertanyaan dari seorang individu mengenai hadis di bawah.
Apakah status hadith ini?
Maksudnya: “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.”
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Setiap kali kemasukan awal bulan Islam, maka akan tersebar hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan bulan-bulan tersebut. Bersempena dengan kemasukan awal bulan Rejab yang mulia ini, maka Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan status hadith di atas, yang mana ia sentiasa disebut atau disebarkan oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini.
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Tambahan pula, Allah SWT juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah:
Firman Allah SWT: [al-Taubah:36]
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya, yang mana beliau telah menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan di dalam bulan Haram ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Berdasarkan soalan di atas, hadith di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW.Bahkan, hadith ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya.
Kesemua hadith yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadith ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
Hukum Meriwayatkan Hadith Palsu
Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadith palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan kepada hadith-hadith yang menceritakan berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW. Antara hadith tersebut adalah seperti berikut:
Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]
Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)]
Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (110)]
Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Tanggungjawab Dan Peranan Kita
Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadith:
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkan sesebuah hadith Nabi SAW, ia perlulah dikenal pasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.
Penutup
Kesimpulannya, hadith palsu merupakan peringkat hadith dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:
Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]
Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadith palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW. Amin.
Wallahua’lam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Clarence Seedorf bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak dunia. Legenda bola sepak Belanda yang pernah beraksi untuk beberapa kelab besar dunia, Clarence Seedorf umum beliau kini telah memeluk agama Islam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau sendiri melalui Instagram.
”Ucapan terima kasih istimewa untuk semua yang mengalu-alukan kehadiran saya dalam keluarga Islam. Saya amat gembira untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada saudara Islam di seluruh dunia.
”Terutamanya kepada Sophia, yang banyak mengajar saya secara lebih mendalam tentang Islam. Saya tidak akan menukar nama dan akan terus menggunakan nama yang diberikan oleh ibu bapa saya ini.
”Sampaikanlah salam sayang saya buat anda semua di seluruh dunia,” umum Clarence Seedorf .
Di zaman kegemilangannya telah mewakili banyak kelab-kelab besar dunia termasuklah Ajax, Real Madrid, Inter Milan dan Barcelona. Antara pencapaian terhebatnya adalah memenangi 4 kejuaraan UCL, masing-masing 1 trofi dengan Ajax dan Madrid manakala 2 trofi dengan Milan
Alhamdulillah, apa-apapun sama-sama lah kita doakan agar lagenda bola sepak ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.