
Amalan mandi bunga ini sebenarnya bukanlah asing dalam budaya masyarakat di Asia terutamanya bagi kaum wanita.

Nenek moyang kita dahulu-kala percaya bahawa amalan mandi bunga ini berkesan bagi menaikkan aura seri wanita, membuang aura negatif diri dan memulihkan semangat.
Terbaru, perkongsian pelakon cantik Ruhainies menarik perhatian warganet apabila memuat naik foto-foto sedang merehatkan diri dengan berendam dalam tab mandi yang dipenuhi bunga. Senang kata mandi bunga la kan..hehe
Menurut beliau lagi, dia akan ke spa setiap bulan bagi mandi bunga dan juga merehatkan badan setelah penat bekerja.
Tapi ada juga dikalangan masyarakat kita keliru dan ragu-ragu tentang hukum mandi bunga ini, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan mandi bunga dibenarkan dengan syarat ia tidak disertakan dengan unsur syirik dan khurafat.
Tambahan lagi, amalan mandi bunga adalah bertujuan untuk sebagai ikhtiar diri bagi mendapatkan kesihatan badan, kesegaran dan terapi untuk memulihkan semangat.
Rata-rata warganet memuji kecantikan Ruhainies. pelakon tersebut bukan sahaja kelihatan cantik mengenakan alat solek ketika berendam, bahkan turut memakai mahkota di kepala.

Ooo ini la rahsia Ruhainies makin cantik dan glowing…okay penulis pun ank try la mandi bunga lepas ni…hiks
Sumber : Ruhaines, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
4 Cerita Rakyat Yang Pernah Popular Dalam Masyarakat Melayu, Mana Paling Korang Suka?

Sejak kecil lagi, masyarakat kita sudah biasa diceritakan dengan himpunan cerita-cerita rakyat yang sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni.
Kalau kami sebut beberapa kisah rakyat ini, mesti korang mula mengimbau dan terkenang zaman kanak-kanak dulu. Sastera rakyat ini juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu mitos, mistik, kisah haiwan, pahlawan, dongeng, komedi dan lain-lain.
Antara cerita-cerita rakyat yang popular adalah seperti berikut:
1. Bawang Merah Bawang Putih

Bukan hanya di Malaysia, kisah Bawang Putih Bawang Merah ini juga mendapat perhatian di Indonesia apabila kisah ini juga turut dijadikan sinetron di sana.
Cerita tentang dua beradik perempuan yang berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersifat lemah-lembut dan sopan santun kepada orang tua, manakala Merah pulak anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan kasar.
Kisah ini mengajar supaya kita sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan segala perbuatan jahat akan dibalas jahat.
2. Si Tanggang

Pernah juga difilemkan, cerita rakyat ini meninggalkan kesan sehingga ada saja ibu bapa yang memberikan contoh kepada anak mereka sekiranya menderhaka kepada orang tua.
Kisah mengenai Tanggang yang hidup suah bersama ibunya mula lupa diri apabila dia berhijrah dan bekerja di atas kapal. Tambah pula apabila dia berjaya memikat anak gadis orang kaya pemilik kapal tersebut.
Anak derhaka ini berasa malu dengan keadaan ibunya dan mengaku bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Apa lagi, si ibu pun menyumpah anaknya menjadi batu. Tragis kan?
3. Hikayat Sang Kancil

Ini adalah antara kisah popular yang telah dikomersialkan dalam bentuk buku dan visual. Hikayat ini mempunyai kira-kira 20 buah cerita dan menceritakan tentang sang kancil yang memperdaya binatang lebih besar kerana kesombongan mereka dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya.
Korang mesti tahu punya kisah-kisah sang kancil ni kan?
4. Pak Pandir dan rakan-rakan
A post shared by Pak Pandir Sebuah Muzikal (@pakpandirsebuahmuzikal) on
Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang dan Si Luncai adalah satu kumpulan cerita jenaka dalam sebuah buku bertajuk “Cherita Jenaka” yang diterbitkan pada tahun 1908.
Kalau nak yang versi moden, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater dan Pengurusan Industri Kreaif semester akhir, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana akan menampilkan sebuah pementasan teater berkonsep fantasi muzikal.
Pak Pandir Sebuah Muzikal mengisahkan pengembaraan Pak Pandir bersama kambingnya dal am menyelamatkan Mak Andih yang telah diculik oleh Ratu Labah-Labah. Pengembaraan ini diiringi dengan 17 buah lagu baharu.
Perghh, macam best je. Kalau korang nak tahu, teater ini juga menampilkan finalis Top 10 Hero Remaja 2017, Aziq Mukhriz yang turut sama menjayakan pementasan ini.
Apa lagi geng Aziq, jom sama-sama support hero kesayangan korang ni dalam Teater: Pak Pandir Sebuah Muzikal bermula 4 Mei 2018 hingga 6 Mei 2018.
Untuk mendapatkan tiket, korang boleh semak di instagram @pakpandirsebuahmuzikal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
17 Karakter Individu Yang Lahir Bulan Julai

Diam tak diam, kita sudah pun memasuki pertengahan tahun di 2019. Macam mana life korang tahun ni? Azam dah tercapai belum? Hiks!
Ada lagi berbaki lebih kurang 6 bulan untuk bertemu dengan tahun baru, jadi rasanya masih sempat untuk korang memperbaiki dan berusaha lebih lagi untuk mencapai segala yang diimpikan untuk tahun 2019 ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy birthday in advance untuk mereka yang lahir pada bulan Julai.
Ramai pemimpin terkenal dan juga selebriti popular yang lahir pada bulan ini. Antaranya adalah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir (10 Julai), Dato’ Sri Najib Tun Razak (23 Julai), Sultan Hasanah Bolkiah (15 Julai), Jennifer Lopez (24 Julai) dan Nelydia Senrose (30 Julai).
Wah, bukan calang-calang individu yang lahir pada bulan Julai ni. Semuanya hebat belaka. Agak-agaknya macam mana personaliti mereka ya?
Berikut merupakan beberapa personaliti berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh Dr. Fadzilah Kamsah terhadap individu yang lahir bulan Julai. (Ya, Dr. Fadzilah Kamsah pun lahir bulan ni tau. Hehe!)
1. Sangat seronok didampingi
2. Agak pendiam kecuali dirangsang
3. Banyak berahsia
4. Ada harga dan maruah diri

5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus
6. Sangat peramah
7. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
8. Berjiwa sentimental
9. Jarang berdendam
10. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
11. Pemerhatian yang tajam
12. Mudah dan rajin belajar

13. Suka muhasabah diri
14. Tinggi daya simpati
15. Rajin dalam membuat kerja

16. Mudah terluka hatinya
17. Suka mendiamkan diri
Amacam, sama tak dengan personaliti korang yang lahir bulan ni? Nah, perkara ini bukanlah 100 peratus sama. Cuma dibuat atas pemerhatian sekeliling saja.
Anyway, happy birthday guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino

Siapa tidak kenal pelakon terkenal negara seberang ini, Putri Marino. Kini, nama baiknya dari hari ke hari semakin meniti dari ke bibir para peminatnya selepas memegang watak Kinan menerusi sebuah naskhah bersiri, Layangan Putus.
Kehandalannya menjiwai watak dalam siri tersebut telah menerima pujian yang luar biasa dari para pecinta drama. Malah, ramai yang menyifatkan Marino sangat padan melakonkan watak tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Adaptasi Daripada Kisah Benar, Ini 5 Fakta Tentang Drama Layangan Putus

Terbaharu, pelakon ini membintangi filem aksi komedi Indonesia pertamanya berjudul The Big 4 arahan Timo Tjahjanto. Filem yang berkisarkan tentang seorang detektif yang mematuhi undang-udang yang menyiasat kematian bapanya dan mengikut jejak pembunuh ke sebuah pulau tropika itu sudah menemui penonton Netflix sejak 15 Disember 2022.
Berikut adalah beberapa fakta menarik Putri Marino:

Nama & Kelahiran Putri Marino
Nama panjang pelakon ini ialah Ni Luh Dharma Putri Marino dan merupakan kelahiran Denpasar, Bali, Indonesia pada tanggal 4 Ogos 1993.
Mula Karier Seni Sebagai Pengacara.
Putri Marino memulakan karier dalam industri seni tempatan menerusi rancangan kembara My Trip My Adventure. Dia telah berjaya mengisi program tersebut dengan menerokai beberapa lokasi yang indah di serata Indonesia. Ya, tidak hairanlah mengapa akaun Instagram miliknya dipenuhi dengan momen-momen perlancongan di negara tercintanya.

Heroin Siri Popular Layangan Putus
Naskhah tempatan yang berjaya meraih popularitinya tersendiri sekitar November tahun lalu, bukan sahaja ditonton masyarakat Indonesia, malah berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Sekaligus, bintang si cantik manis ini yang memegang watak sebagai Kinan dalam siri tersebut mampu membuatkan penonton turut sama terbawa-bawa dengan karakter ‘isteri tersakiti’ akibat kecurangan suaminya. Selain itu, Marino turut membawa watak berkenaan dengan sukses sehingga popularitinya semakin melonjak.

Isteri Kepada Pelakon Chicco Jerikho
Mungkin ada yang sudah mengetahui Putri Marino ini adalah salah seorang peminat pelakon kacak Indonesia, Chicco Jerikho. Siapa sangka, bak kata pepatah juga jodoh tidak ke mana, kini jejaka berketurunan Thai itu telah menjadi suami kepadanya. Putri Marino secara sah bergelar isteri kepada Chicco Jerikho pada Mac 2018, di Bali. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu juga telah dikurniakan puteri tercinta, Surinala Carolina yang dilahirkan pada tanggal 24 September 2018.

Raih Pencapaian
Berkat lakonannya yang memukau dalam karya Posesif, pelakon ini berjaya dicalonkan dan menang dalam kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik pada Anugerah Festival Filem Indonesia (FFI) 2017, yang diadakan pada November tahun lalu. Selain itu, Putri Marino juga berjaya mengenggam piala citra bagi Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik menerusi filem Losmen Bu Broto.

Berdarah Kacukan Itali-Bali
Bintang ini merupakan anak pertama daripada tiga beradik dan dia juga merupakan anak kepada Francesco Marino dari Itali dan Marianna Rupadmi dari Bali, Indonesia. Dengan percampuran darah Itali-Bali ini membentuk figura Putri Marino yang sangat jelita seperti remaja walaupun kini sudah mempunyai cahaya mata. Sekadar informasi, salah seorang adiknya, Sitha Marino juga kini mengikut jejak langkahnya menceburi dunia hiburan tanah air.

Pereka Fesyen
Antara fakta menarik yang ramai tidak tahu mengenai wanita adalah sebelum menjejakkan kaki di layar skrin, Putri Marino pernah bekerja sebagai pereka fesyen di sebuah butik pakaian di Denpasar, Bali, Indonesia. Ia kerana, pelakon ini pernah belajar dalam bidang fesyen di Itali selama beberapa tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Putri Marino& Chicco Jerikho
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

