
Perjalanan semakin sengit di pentas Raise The Star Malaysia (RTSMY) apabila lima bintang telah diumumkan sebagai peserta terbaik minggu suku akhir dan berjaya merangkul gelaran ‘The Five’.
Mereka yang dimaksudkan ialah Rayme, Aril Eles, Pasya, Didie Shazry dan Keka, selepas masing-masing memberikan persembahan mantap dan bertenaga yang berjaya memikat hati para juri.
Kelima-lima mereka juga merupakan peserta terawal yang melangkah ke minggu separuh akhir.
Selain itu, tempat ke separuh akhir turut berjaya diraih oleh Sharee Lopes, Zuana, Hariz Fayahet, Alif Amie dan Zury, menjadikan 10 peserta kini bersedia berentap dalam pusingan seterusnya.
Namun begitu, perjuangan tidak berpanjangan buat Darling, Max Brandon, Melinda Dadew dan Scha Nuril apabila mereka diumumkan tersingkir pada minggu suku akhir.
Meskipun tersingkir, Melinda Dadew mencuri tumpuan apabila mencipta rekod tersendiri dan memenangi
anugerah Gempak Star On Fire untuk empat minggu berturut-turut.Untuk pengetahuan, kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap hebat iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul
. Markah peserta ditentukan berdasarkan sistem pemarkahan 80% daripada juri profesional dan 20% menerusi undian orang ramai.RTSMY dihoskan oleh duo pengacara serasi, Alif Star dan Sherry AlHadad, dan bersiaran secara langsung dari Royale Theater, Shah Alam selama lapan minggu.
Buat anda yang tak sempat tengok secara langsung, jangan risau sebab
Raise The Star Malaysia turut dipancarkan menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand melalui aplikasi Astro GOdan sooka.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.