Roti Canai Naik Harga Akhir Jun? Sesetengah Kawasan Sudahpun Lakukannya

Share

 

Dengan situasi kenaikan harga barangan basah di Malaysia sekarang, tidak hairanlah harga makanan serta minuman mula dinaikkan oleh pengusaha restoran

Khabarnya, menu wajib rakyat Malaysia iaity roti canai juga akan menerima nasib sama seawal akhir Jun ini. Pengusaha restoran mamak di Lembah Klang dijangka menaikkan harganya pada kadar 20 sen hingga 50 sen sekiranya harga bahan mentah terus meningkat.

Kongsi Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) iaitu Datuk Jawahar Ali Taib Khan, ini berikutan kenaikan harga seguni tepung gandum seberat 25 kilogram. Jika sebelum ini, harganya diletakkan pada kadar RM45, kini ia dijual pada harga RM65.

“Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum akhir Jun ini. Bagaimanapun, sebarang kenaikan harga makanan akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Tular Remaja Gigih Jadi Penebar Roti Canai Terbang – REMAJA

Buat pengusaha restoran di sesetengah kawasan pula, harga roti canai telahpun mereka naikkan sejak dua minggu lalu. Namun, harga baharunya tidaklah sedrastik yang disangka. Ada roti canai yang telah dinaikkan harga dari RM1 kepada RM1.20 hingga RM1.50 bersesuaian dengan kos penyediaannya.

Adakah kawasan korang juga mengalami kenaikan harga roti canai ini? Hhm..

Jika korang tidak sanggup untuk membayar lebih untuk hidangan seperti roti canai, apa kata korang sediakan sendiri di rumah je.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Roti Canai Gebu Simple Sangat, Sebiji Rasa Macam Dekat Kedai Mamak – REMAJA

BACA LAGI : Resipi Roti Canai Sarang Burung Guna Paratha Segera, Lebih Jimat & Confirm Sedap – REMAJA

Sumber : SINAR HARIAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN