Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memanggil ahli Lembaga Pengarah IMDB untuk memberi keterangan mengenai perjalanan syarikat 1 Development Malaysia Berhad (IMDB).
Sesuatu yang sangat mengejutkan dalam pertemuan itu, Lim Guan Eng mengesahkan 1MDB telah muflis dan tidak mampu membayar hutang. Malah Kementerian Kewangan telah menggunakan RM7 bilion wang rakyat untuk membayar faedah pinjaman begitu sahaja.
Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kerana sebelum Pru14, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda telah mengadakan road show menerangkan betapa kukuhnya syarikat tersebut.
Hadir pada sesi berkenaan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali, bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda.
Guan Eng berkata, lebih mengejutkan, Kamal turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan scam (penipuan).
“Pelaburan bernilai AS$940 juta (RM3.75 bilion) sebelum ini yang dipegang oleh BSI Bank di Singapura dan dana pelaburan luar negara bernilai AS$1.56 bilion (RM6.22 bilion) dimiliki oleh 1MDB Global Investments Ltd. dianggarkan bernilai RM9.8 bilion jika ditebus, lebih daripada mencukupi untuk melunaskan hutang 1MDB bagi tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, Azmi memaklumkan bahawa pelaburan itu wujud biarpun BSI Bank sudah ditutup operasinya.
Ads
“Azmi melalui sepucuk surat pada Mac lalu juga memaklumkan syarikat 1MDB tidak mampu membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei ini,” ujarnya.
Sementara itu menurutnya Arul Kanda mendakwa tidak mengetahui situasi kewangan syarikat kerana sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun ini.
Sebelum ini isu mengenai IMDB mendapat perhatian ramai kerana menyedari ada yang tidak kena dengan syarikat pelaburan ini
“Arul Kanda mendakwa semua hal kewangan 1MDB sudah diuruskan dengan ketat oleh CFO syarikat dan beliau tidak pasti mengenai nilai pelaburan itu atau sama ada ia wujud atau tidak,” katanya.
Turut hadir pada pertemuan itu bekas Peguam 1MDB, Ivan Chen. Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan mengenai kemampuan syarikat pelaburan berkenaan untuk melangsaikan hutang. Kelmarin, melalui sidang media selepas memulakan tugas buat kali pertama di kementerian tersebut, Guang Eng mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB menyelesaikan hutangnya.
Ads
Laporan itu telah menarik minat penulis buku hartanah terkenal Azizul Azli untuk membantu “rakyat” mengira apa yang boleh dibuat dengan duit sebanyak RM7 bilion itu.
Banyak mana duit RM7 Bilion?
Kementerian Kewangan semalam istihar membayar bagi pihak 1MDB sebanyak RM 7 bilion faedah mengunakan duit kita semua. Bukan melalui rationalition 1MDB kawan!
Duit RM 7 Bilion itu jika ditulis dalam angka adalah seperti ini. RM 7,000,000,000.00 sahaja. Ada sembilan kosong.
Zaman sekolah kita hanya diajar hingga nilai juta belum bilion dan trilion lagi dik! .
Duit faedah ini jika kita belanja joli sehari RM1,000,000.00 (Sejuta sehari) ia perlukan 7,000 hari untuk dihabiskan bersamaan dengan 19 tahun usia kita.
19 tahun joli katak beli beg barkin dan babi terbang baru habis semua duit dik!
Ads
Jika kita susun duit RM 7 bilion ini dengan sekeping not RM50. Panjang duit RM50 adalah 14.5 cm. Ia boleh mencapai jarak 20,300 kilometer.
Jarak ini bersamaan perjalanan dari Kuala Lumpur ke New York, dan dari New Yok boleh ke London pulak.
Itu bebanan kita hari ini dik, siapa yang akan bayar? Kita semua dik. Bila adik mintak PTPTN tak payar bayar disitu ada bebanan hutang RM40 bilion lagi dik!
Ahli grup Vixx, Leo mengakui rasa janggal hadir ke Malaysia tanda kehadiran ahlinya yang lain namun itu tidak bermakna dia tidak akan memberikan 100 peratus dalam persembahannya nanti.
Dia berkata demikian ketika sidang media untuk K-Performance Show 2019 di Plenary Hall, KLCC pada Jumaat.
“Sebagai artis solo ke Malaysia, saya rindukan ahli-ahli saya yang lain. Sebenarnya bila saya sampai di lapangan terbang dan lihat ramai peminat mengalu-alukan kehadiran saya di sini membuatkan saya rasa sangat bersalah sebab kami (VIXX) tak buat persembahan di Malaysia.
“Walaupun hanya saya seorang tanpa ahli kumpulan, saya ingin sekali melakukan persembahan yang terbaik untuk starlight,” katanya.
Dalam pada itu, Leo turut berkongsi makanan kegemaran terbarunya di Malaysia.
“Saya suka nasi lemak. Hari ini sahaja dah dua kali saya makan makanan itu. Mungkin saya akan terus makan sampailah saya balik,” tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan, Leo hadir ke Malaysia sebagai salah satu perfomer yang akan membuat persembahan di K-Perfomance Show 2019 yang dibawakan oleh Korea Tourism Organization bertempat di Plenary Hall, KLCC dan berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu dan Ahad ini.
Selain Leo, terdapat juga persembahan daripada JUMP, The Painters, Let’s Dance Crazy dan juga T-Bird.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang baru masuk dunia pekerjaan.
Kajian oleh Malaysia Labour Market Insight Series melalui laporan bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk mendedahkan bahawa majoriti siswazah kini bekerja dalam sektor separa mahir atau tidak mahir.
Ini menunjukkan berlakunya ketidakpadanan antara kelayakan akademik dan jenis pekerjaan yang diperoleh.
Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, keadaan ini mencerminkan krisis struktur dalam pasaran kerja negara.
Isu gaji bulanan menjadi perhatian apabila lebih 65 peratus pemegang ijazah di Malaysia dilaporkan hanya menerima gaji bawah RM3,000 sebulan. Situasi ini menyebabkan ramai daripada mereka hidup dalam keadaan ‘cukup-cukup makan’, tanpa ruang untuk menyimpan, melabur atau memperbaiki taraf hidup.
Walaupun kadar kebolehpasaran siswazah dilaporkan melebihi 80 peratus, angka tersebut dianggap mengelirukan kerana ia tidak mengambil kira kesesuaian kemahiran dan tahap gaji.
“Ia juga membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus, laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.
“Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000,” katanya melalui kenyataan, pada Khamis.
Tambahnya lagi, ramai siswazah kini tidak dapat menikmati kelebihan pendidikan tinggi kerana pulangan yang diterima tidak sepadan dengan kos yang ditanggung.
Keadaan ini juga melemahkan semangat untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.
Apa Pilihan Yang Ada Untuk Belia?
Belajar kemahiran tambahan – Soft skill, digital skill, freelancing (design, coding, editing).
Cuba income sampingan (side hustle) – Jual makanan, servis freelance, TikTok affiliate pun boleh.
Belajar urus kewangan awal – Simpan sikit pun tak apa, yang penting konsisten.
Melabur ikut kemampuan – RM100 sebulan pun boleh mula (guna ASB, Tabung Haji, atau Robo-advisor).
Jangan terlalu bergantung pada satu sumber pendapatan.
Antara punca utama dikenal pasti ialah:
Pertumbuhan gaji yang perlahan
Kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan
Permintaan yang lemah dari sektor swasta
Bagi mengatasi masalah ini, laporan mencadangkan pelbagai reformasi seperti:
Menggantikan indikator kebolehpasaran yang mengelirukan dengan ukuran padanan kemahiran.
Mewujudkan sistem penjejakan hasil siswazah jangka panjang
Menyusun semula program latihan industri dan laluan pra-pekerjaan
Memacu pemodenan industri dan reka bentuk semula pekerjaan
Memperkenalkan garis panduan upah sebagai alat penasihat bagi menangani tekanan gaji rendah
Bukan semua orang ada permulaan hidup yang senang dan gaji bawah RM3K bukan kegagalan. Tapi penting untuk kita sedar realiti dan cari jalan keluar. Tak kiralah gaji RM2K ke RM5K, kalau tak tahu urus duit, tetap akan rasa tak cukup.
So… lepas ni, jangan down kalau gaji kecil. Sebaliknya, fikir apa langkah kecil yang kau boleh mula hari ni, untuk bantu ‘next version’ diri kau nanti.
Sejak semalam kecoh tentang kisah Makcik Maznah. Ia berikutan ada dakwaan netizen bertemu makcik ini di beberapa lokasi meminta sedekah selain memaklumkan anaknya yang sepatutnya ditingkatan tiga tidak bersekolah berikutan kesusahan dialami. Masa yang sama, timbul dakwaan kononnya anaknya hanya duduk di food court dan menunggu emaknya meminta bantuan dari orang ramai.
Bacalah kisah terkini mengenai Makcik Maznah yang dikongsikan oleh Cikgu Fazli yang bertemu sendiri dengan makcik ini bersama Awaris, gadis yang meviralkan kisah Makcik Maznah di media sosial.
Apa yang pasti, rakyat Malaysia memang pemurah kerana dalam masa satu hari, jumlah sedekah yang Makcik Maznah dapat adalah sebanyak RM70,000 sumbangan dari rakyat Malaysia.
Apa pun, bacalah perkongsian Cikgu Fazli mengenai hal ini.
Okey semua. Dah jumpa Mak Cik Maznah yang viral ni. Aku tulis fakta padat terus la senang.
1. Mak cik ni susah sejak 2014 bila suami berhenti kerja sebagai tukang masak.
2. Kena halau keluar rumah dan mula sewa bilik. Kongsi bilik air.
3. Sejak dari itu anak berhenti sekolah. Masa tu anak darjah 3. Selalu pindah-pindah, susah nak sekolah katanya. Anak tunggal, seorang saja. Perempuan. Sekarang anak sepatutnya form 3.
4. Mohon Baitulmal dari 2015-2016. Lepas tu stop minta bantuan sebab tak nak jadi golongan asnaf dan bergantung pada zakat orang ramai.
5. Suami kerja on dan off. Kadang-kadang ada masalah kesihatan, kadangkala tempat kerja tu tak sesuai dengan cara dia bekerja (tukang masak)
6. Pernah mohon zakat segera (Zakat Selangor) sebanyak dua kali dan diluluskan serta merta (RM100 diberi setiap kali mohon kalau tak silap)
7. Sumber pendapatan utama – tiada. Memang mak cik inilah akan meminta sedekah di pasaraya. Pergi dengan grab dengan anak. Anak akan tunggu di food court biasanya. Anak perempuan yang usia 15 tahun tu lah.
8. Dibilik tak boleh memasak, so makan di kedai makan setiap hari.
9. Mak cik ni buta mata kanan, ada kad OKU. Namun tak mohon bantuan tetap bulanan dari JKM.
10. Setelah tular kes ini, dalam masa sehari orang ramai kirim 63k. Semalam check lebih 70k. Juga lebih kurang rm4500 dikirim melalui Awanis (gadis yang mula-mula temui mak cik nindan tulis pasal dia)
11. Kiriman melalui Awanis semuanya Awanis serah pada pusat zakat dengan persetujuan mak cik ini.
12. Aku nasihatkan dia sewa rumah berdekatan sekolah, sekolahkan semula anak. Duit dah ada untuk bayar deposit dan sebagainya. Sebelum ini alasan menetap di bilik kerana tiada duit bayar deposit.
13. Aku juga minta dia hubungi JKM dan zakat untuk bantuan tetap memandangkan dia OKU. Aku juga dah maklumkan pada pegawai pusat zakat tentang pertemuan ini.
14. Juga mohon dia cari apa-apa kerja yang boleh mereka lakukan untuk pendapatan.
15. Aku nasihat dia tidak boleh selamanya meminta sedekah begini. Sayang kat anak tertinggal pelajaran dan tak sekolah tu.
Okey. Itu sahaja tentang pertemuan kami petang tadi. Dalam gambar itu adalah Awanis, gadis yang jumpa mak cik Maznah di Giant Batu Caves. Dia bukan anak mak cik maznah, so jangan kecam or fitnah dia okeh.
**********
Kawan-kawan. Ini sedikit nasihat jika kalian jumpa kes sebegini.
1. Bantu segera sekadar kemampuan kita. Bagi makanan contohnya.
2. Dapatkan info penuh tentang mereka, no phone dan alamat.
3. Hubungi JKM, Pusat Zakat atau NGO terdekat dan maklumkan ada sasaran yang perlu dibantu.
4. Jangan dedahkan maklumat mereka pada umum. No phone, alamat, no acc tak perlu dedah. Tu hanya bagi pada pihak yang ada autoriti seperti JKM dan pusat zakat.
Banyak sumbangan masuk, pemurah belaka rakyat Malaysia, alhamdulillah.
Harap-harap mak cik ni dan keluarganya menggunakan sebaik-baiknya kiriman sedekah dan sumbangan orang ramai untuk mengubah kehidupan. #MFS
Makcik Bukan Scammer
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum dan selamat petang. Maaf kerana tampil agak lewat untuk memberikan penjelasan tentang makcik maznah kerana saya menghormati permintaan beliau untuk memberikan ruang kepada beliau seketika. https://t.co/lJDQm4grR8
Baru-baru ini saya mendapat banyak dm berkenaan posting Cikgu Fadli di Facebook beliau. Beliau mengatakan bahawa beliau telah pergi ke Giant Batu Caves untuk mencari makcik tersebut tapi tiada. Saya sendiri telah dm beliau di Facebook.
Selain itu, tindakan yang saya ambil adalah dengan memadam kesemua number account bank makcik namun whole thread saya, saya biarkan terlebih dahulu kerana khuatir jika saya memadamnya & lambat menjelaskan selepas thread tersebut dipadam, akan timbul fitnah yang lain pula.
Sebelum viralnya tentang makcik maznah yang berkemungkinan adalah scammer, dia juga telah amanahkan kepada saya untuk memberikan kesemua duit yang berada di dalam account saya untuk disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan. Jangan risau ye saya tak ambil duit orang
Saya juga ingin memohon maaf tentang isu “***la” dan “**na” iaitu “bangla” dan “cina” seperti di dalam thread saya sebelum ini. Sejujurnya, saya tiada niat dan tidak pernah sesekali terlintas di hati untuk menjadi racist.
What’s her, or rather ur, problem with Chinese ppl? We’re in 2020 n ppl still stereotype org Cina as stingy ppl? I’m gonna refrain from criticising the poor aunties racism, but u ms, shud knw better. Stinginess exists in every race, there is no holier nor more charitable race. twitter.com/awanisrasdii/s…
And I know I shouldn’t put that statement in my thread. I admit, it’s my mistake for censoring those words and I learn from it. Thank you for those who called me out regarding this issue. I am at fault. I’m really sorry
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat malaysia kerana telah membuat semua pihak menunggu-nunggu update dari saya. Saya tahu saya bersalah dalam hal ini.
Saya berdiam diri seketika kerana menghormati permintaan makcik maznah supaya membiarkan keadaan menjadi tenang sedikit dan juga memberi ruang kepada makcik maznah dan diri saya sendiri kerana banyak kecaman yang kami dapat terutamanya makcik maznah.
Apa yang boleh diambil iktibar dari perkara ini, sebelum kita bertindak untuk postkan sesuatu di social media, pastikan kita selidik terlebih dahulu. Saya sendiri tidak menyangka bahawa tweet ini akan viral sebegini rupa
seterusnya menimbulkan fitnah terhadap makcik maznah sekeluarga dan diri saya sendiri. Saya hanya berniat untuk menolong beliau, itu sahaja. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua.
Makcik Maznah sekeluarga dan saya sendiri sudah memaafkan segala kecaman dan cacian yang dilontarkan kepada kami. Moga niat kita bersedekah ini diterima Allah SWT, aamiin ya rabbal’alamin
Oh, sebelum saya lupa, saya nak inform yang saya ni anak pakcik rasdi dan makcik faudziah. Bukannya anak makcik maznah. Kesian pak aku dok elok tebaq roti canai kat kedah tetiba hampa dok mai qapla kata aku anak makcik maznah, sejak bila pak aku kahwin dua pun taktau
Doakan pkpb berakhir dengan cepat so aku dapat balik jumpa mak ayah hujung bulan ni sebab aku “lapaq” nak makan masakan mak aku dan bukan “lapaq” masakan “clout”
Akhir kalam bak kata anep, maznahhhh ke tuuuuu. Tibehh. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!