Tom Holland, figura yang tidak asing lagi dari dunia Hollywood. Beliau yang terkenal dengan lakonannya sebagai Spiderman juga sering mencabar dirinya dengan menggalas watak berlainan karakter menerusi skrin filem.
Namun, baru-baru ini beliau mengambil keputusan untuk mementingkan kesihatan mentalnya selepas membintangi siri AppleTV+ yang akan datang, “The Crowded Room.”
Menerusi temu bualnya bersama media Extra minggu lalu, watak yang dimainkannya di dalam siri tersebut amat mencabar mental dan fizikalnya kerana dia perlu meneroka emosi tertentu yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Ads
Diilhamkan oleh novel 1981 Daniel Keyes “The Minds of Billy Milligan,” mini siri itu menceritakan penahanan seorang lelaki muda kerana jenayah yang mengejutkan dan misteri di sebaliknya.
Walaupun bintang kelahiran Surrey itu berkata bahawa dia sangat seronok sepanjang pengambaraan siri itu, watak tersebut turut menghancurkan sesuatu dalam dirinya.
“Ada masanya saya perlu berehat. Maka, saya akan hilang dengan bercuti ke Mexico selama seminggu. Kini, saya mengambil keputusan untuk cuti selama setahun dek kerana kepenatan mental setelah membawa watak tersebut,” katanya.
Ads
Holland turut mengekspresikan penghargaannya kepada rakan, keluarga, rakan pelakon dan ahli psikologi di set yang banyak menyokongnya sepanjang proses pengambaraan berlangsung. Dia turut mengakui bahawa pengalaman tersebut telah mengubahnya ke arah lebih baik dan matang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: AppleTV
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila Universiti Putra Malaysia (UPM) melonjak 43 anak tangga dalam Time Higher Education (THE) Asia University Rankings 2020, lonjakan tertinggi dalam kalangan universiti Malaysia.
Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian itu meletakkan universiti berkenaan pada kedudukan ke-145 berbanding 188 pada tahun lepas.
Aini berkata UPM berjaya menduduki tangga teratas dalam kalangan universiti Malaysia bagi indikator penyelidikan yang merangkumi jumlah penerbitan, pendapatan hasil dari penyelidikan serta reputasi penyelidikan.
THE Asia University Rankings 2020 telah diumumkan dengan menyenaraikan 489 universiti dari 30 negara di Asia.
Terdapat lima indikator utama dalam penilaian THE Asia University Rankings iaitu pengajaran (25 peratus), penyelidikan (30 peratus), petikan (citation) (30 peratus), tinjauan antarabangsa (7.5 peratus) dan pendapatan industri (7.5 peratus).
Kejayaan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia berada ditahap yang membanggakan. Tidak perlu ke luar negara, belajar di negara sendiri juga sudah setanding dengan luar negara.
Antara filem yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta filem Marvel Cinematic Universe (MCU) berjudul The Fantastic Four: First Steps bakal beraksi di pawagam seluruh negara bermula akhir Julai. Filem ini, memaparkan aksi menakjubkan daripada empat adiwira ikonik hebat iaitu Reed Richards / Mister Fantastic yang dilakonkan oleh Pedro Pascal, Sue Storm / Invisible Woman (Vanessa Kirby), Ben Grimm / The Thing (Ebon Moss-Bachrach), dan juga Johnny Storm / Human Torch (Joseph Quinn).
Dalam #WayangRemaja kali ini, meh kami kongsikan ringkasan sinopsis dan beberapa fakta menarik yang boleh korang baca sebelum mula menonton The Fantastic Four: First Steps bersama keluarga dan rakan-rakan di pawagam.
SINOPSIS
Mengisahkan tentang empat individu yang terdedah kepada radiasi luar angkasa semasa misi saintifik yang kemudian memberi mereka kuasa luar biasa. Reed mampu melentur tubuhnya, Sue boleh menjadi halimunan dan menghasilkan medan tenaga, Johnny mengawal api dan terbang, sementara Ben berubah jadi makhluk batu berkuasa luar biasa. Apabila ancaman dari Galactus menghampiri bumi, keluarga ini terpaksa bergabung tenaga bagi menyelamatkan dunia.
Apa yang membezakan filem ini dari adaptasi-adaptasi lepas ialah cara ia menekankan elemen eksplorasi berbanding pertempuran semata-mata. The Fantastic Four bukan sekadar adiwira tetapi mereka juga adalah saintis, penjelajah, dan manusia yang cuba memahami tempat mereka dalam alam semesta.
Selain itu, filem The Fantastic Four: First Steps bukan hanya tentang permulaan baharu, malah ia juga pengiktirafan terhadap asal-usul mereka yang klasik sekaligus memberi penghormatan kepada sejarah komik Marvel.
KELUARGA SUPERHERO PERTAMA MCU
Dalam dunia MCU yang penuh adiwira solo dan team bersifat sementara, akhirnya kita diperkenalkan kepada pasukan yang benar-benar berfungsi sebagai satu keluarga. The Fantastic Four yang dilakonkan oleh bintang hebat seperti Pedro Pascal, Vanessa Kirby, Joseph Quinn, dan Ebon Moss-Bachrach, mereka tampil bukan sekadar sebagai rakan sepasukan, namun mereka adalah keluarga. Hubungan rapat yang terjalin antara mereka turut menjadi nadi kepada naratif dan konflik filem ini.
GALACTUS & SILVER SURFER: ANCAMAN LEVEL MAX
Siapa sangka debut filem Fantastic Four terus masukkan Galactus?! Dikenali sebagai ‘Devourer of Worlds’, Galactus bukan penjahat klise. Watak ini lebih kepada kuasa alam semesta yang wajib dilawan, dan kehadiran Silver Surfer sebagai utusannya menambahkan lagi elemen misteri dan estetika ‘space opera’. Apa yang penting, ini bukan lawan yang dapat diselesaikan hanya dengan satu snap saja, okay?
RETRO ERA 60-AN
Filem ini berlatarbelakangkan tahun 1960-an, tapi dengan sentuhan retro-futuristik yang amat menarik. Cuba bayangkan teknologi zaman space race, optimisme JFK, dan visual yang diinspirasikan dari komik asal tahun 1961. Istimewanya, lebih 30 set dibina untuk cipta suasana ini, termasuk markas ikonik Baxter Building yang dibina semula di Pinewood Studios UK.
KEMUNCULAN MOLE MAN
Selain Galactus, penonton juga akan melihat kemunculan Mole Man, musuh klasik Fantastic Four dan dalam versi filem ini, watak tersebut dilakonkan oleh Paul Walter Hauser. Namun, konflik dengan Mole Man tidak semudah ‘lawan dan menang’. Sue Storm dilihat menjadi suara diplomasi, menyelesaikan konflik dengan cara lebih matang, sekaligus memperlihatkan peranan wanita yang lebih dominan dan intelektual dalam MCU.
Nah! Siapa kata filem MCU semakin tak vibe?! Dengan gabungan pelakon mantap, sinematografi yang unik. Ini bukan reboot biasa-biasa, guys! Filem The Fantastic Four: First Steps pastinya menjanjikan vibe retro-futuristik, penuh warna dan nostalgia 60-an, sambil membuka lembaran baharu untuk peminat filem Marvel Cinematic Universe.
Jadi, bagi korang yang memang gemarkan filem aksi Marvel. Mungkin boleh menonton The Fantastic Four: First Steps di mana-mana pawagam terdekat mulai 24 Julai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa, baru-baru ini berkongsi khabar gembira bahawa dia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan kegembiraannya bersama keluarga kecilnya.
Keluarga Kecil Kini Semakin Besar
Dalam hantaran tersebut, Intan menulis.
“Lunara bakal jadi kakak. Keluarga kecil kami semakin berkembang. Dan keluarga kami akan jadi berempat,” kongsinya.
Intan turut memuat naik beberapa foto manis, termasuk gambar imbasan ultrasound kehamilannya bersama anak sulungnya, Imane Lunara. Kecomelan mereka berdua secara tidak langsung mencuri perhatian peminat di media sosial.
Reaksi Peminat & Rakan Selebriti
Pengumuman ini mendapat pelbagai ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti serta peminat di ruangan komen. Ramai yang meluahkan kegembiraan buat mereka dan mendoakan perjalanan kehamilan Intan dipermudahkan.
Untuk info, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Imane Lunara, yang kini berusia satu tahun.
Tak sabar nak tengok gelagat Lunara sebagai kakak nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!