KPM Setuju Benarkan Murid Berpakaian Biasa Dan Kemas Ke Sekolah

Share

Selepas Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 Mac ini, perbagai reaksi diterima daripada ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang mengeluh dan menganggap pegumuman tersebut dibuat pada saat akhir. Hal ini kerana mereka juga meluahkan rasa kurang senang kerana sudah berhabis duit membeli peranti elektronik dan kelengkapan sesi pembelajaran PdPR anak-anak.

Mengambil kira segala keluh resah golongan ibu bapa ini, terkini melalui perkongsian di Facebook rasmi KPM memaklumkan murid-murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

“Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

“KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,”

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan keadaan semasa dan pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pakaian seragam sekolah sebelum ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan berterima kasih kepada KPM

Sumber Gambar : Facebook KPM
IKLAN