“Rindu Tak Pernah Padam” Genap 3 Tahun Pemergian Anakanda, Nora Ariffin Titip Rasa Rindu

Share

Ternyata berat untuk menghadapi ujian kehilangan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. Namun apakan daya, kita harus berlapang dada dan reda akan kepergian mereka.

Semalam genap tiga tahun pemergian anakanda tercinta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin, iaitu Allahyarham Muhammd Syakir Alif Johan. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Nora mencoretkan luahan hatinya.

Dalam hantaran tersebut, turut dilihat penyanyi lagu popular Dendam Dalam Diam itu memuat naik beberapa momen terindah bersama Alif selain berkongsi foto skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak anaknya baru-baru ini, ketika menziarahi pusara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mama Tolong Ambil…” Nora Ariffin Sebak Terima Diploma Bagi Pihak Arwah Anak

“14 Disember 2019. Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam. Moga anakanda Alif tenang disana.

“Mama reda pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita semua. Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coretnya ringkas.

Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri rata-rata pengikut dan rakan artis yang mengucapkan salam takziah dan meniupkan kata semangat buat penyanyi tersebut.

Sebelum ini, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerima skrol diploma arwah anaknya yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

Terdahulu, Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019, meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Nora Ariffin

IKLAN