Hari-hari terawal period selalunya paling stres, kan? Bukan setakat muscle cramps je, heavy flow pada hari pertama dan kedua memang buat wanita extra berhati-hati! Selalunya, kena pakai pad maxi atau extra long sebab takut bocor.
Pakai pad ni, bukannya macam iklan tuala wanita yang selalu ditayangkan kat televisyen. Riang ria ceria berpakaian putih, siap pergi bersukan lagi!
Dah cuba pakai pad extra slim, tapi rasa tak secure masa heavy flow. Paki pad maxi pulak.. faham-fahamlah perasaannya macam mana kan?
Tapi, korang tahu tak sebenarnya terdapat banyak pilihan lain selain tuala wanita yang boleh digunakan semasa haid? Beberapa opsyen ni sudah pun menjadi trend terutamanya di negara-negara Barat.
Penggunaan tampon bukanlah tidak diketahui di kalangan masyarakat kita. Cuma, ia bukan pilihan popular kerana terdapat beberapa stigma negatif terhadap penggunaan tampon. Berbeza dengan tuala wanita yang dipakai pada seluar dalam, tampon pula perlu dimasukkan ke dalam vagina. Cara aplikasinya menimbulkan beberapa mitos seperti hilang dara jika memasukkan tampon, dan ia boleh tertolak masuk ke dalam rahim dan terus ‘hilang’.
Dengan aplikasi yang betul, penggunaan tampon lebih memudahkan kerana ia menyerap cecair dari dalam. Maka, kebocoran jarang berlaku dan pemakainya lebih bebas melakukan aktiviti lasak walaupun di dalam air.
Ads
Cons: Toxic Shock Syndrome (TSS), sejenis komplikasi akibat jangkitan bakteria yang mengancam nyawa boleh berlaku jika seseorang tidak mengeluarkan tampon untuk jangka masa lama, atau tidak mengikut cara-cara aplikasi yang betul.
Info ekstra untuk korang, watak animasi Spongebob Squarepants diinspirasikan daripada organisma laut ini! Penggunaan span laut secara asasnya sama seperti tampon, iaitu dimasukkan ke dalam vagina untuk menyerap cecair menstruasi. Tapi yang menarik, span ini boleh dicuci dan digunakan semula berulang kali. Wanita-wanita yang pernah mencuba alat ini juga menyatakan yang ia lebih selesa dan lestari sebab boleh diguna pakai.
Cons: Sesetengah pengamal perubatan menyatakan risiko TSS lebih tinggi dengan penggunaan span laut kerana bakteria boleh membiak di dalam span. Mengeluarkan span dan membasuhnya juga boleh menjadi agak messy dan menggelikan, terutamanya jika anda takut darah.
Mula menjadi sebutan tahun lepas, cawan kecil yang diperbuat daripada silikon ini tular kerana dikatakan boleh diguna semula selama 10 tahun. Wow, bayangkan berapa banyak penjimatan kalau tak perlu membeli pad setiap bulan selama 10 tahun! Aplikasinya seperti tampon dan span, iaitu dipakai di dalam vagina. Struktur cawannya menakung cecair, maka mencuci cawan ini selepas ia dikeluarkan sangatlah mudah kerana tidak perlu memerah darah seperti jika menggunakan span.
Ads
Cons: Masih belum ada laporan implikasi kesihatan buat masa ini.
Dipakai seperti seluar dalam biasa, period panties mempunyai lapisan yang menyerap cecair yang mampu menampung sama seperti dua serapan tampon. Pemakainya juga tak perlu risau tentang kebocoran kerana material seluar dalam ini bersifat anti bocor. Terdapat banyak pilihan potongan dan saiz untu kesesuaian aliran dan pakaian. Ada beberapa jenama yang sudah melancarkan koleksi period panties mereka, masing-masing dengan rekaan dan teknologi tersendiri.
Cons: Pengguna perlu sangat-sangat memahami aliran haid mereka untuk menggunakan seluar dalam yang tepat. Pengguna juga mungkin perlu menggunakannya bersama tampon atau cawan menstrual sekiranya aliran terlalu banyak.
So, apa pendapat korang? Ada rasa nak cuba alternatif lain ke?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inisiatif keluarga atlet, Asyiil Raziin Razman membuahkan hasil dengan menghantarnya ke kelas renang seawal usia sembilan tahun di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan pada Isnin, beliau berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun.
Walaupun ini merupakan penampilan pertamanya di Bumi Kenyalang, remaja yang mewakili Kuala Lumpur dalam 100 meter gaya bebas S14 (kecacatan intelektual) wanita itu berkata, beliau tidak berasa gugup kerana acara kolam renang sudah ‘sebati’ dengan dirinya.
“Alhamdulillah rezeki, gembira sebab ini SUKMA pertama saya. Dalam keluarga saya seorang sahaja yang berenang sebab dulu ayah hantar ke kelas renang dan cikgu yang pilih saya untuk mewakili Kuala Lumpur”
Kredit: Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu terdahulu merekodkan 1 minit 23.35 saat (s) untuk memadamkan catatan 1:26.29s yang dibuat perenang Kedah, Puteri Nur Diyana Megat pada 2022, sekali gus menyaksikan beliau menuai pingat emas pertamanya dalam temasya dwitahunan itu.
Wakil Negeri Sembilan, Aleeya Fariesya Faizul Rizal memperoleh pingat perak selepas merekodkan 1:23.41s manakala Selangor menuai pingat gangsa dengan catatan 1:23.46s bagi acara sama menerusi Ainun Hanifah Yulizaruna Affendi.
Sementara itu, perenang negara, Abd Halim Mohammad memaklumkan ketenangan menjadi ‘kunci’ untuk beliau memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 m gaya bebas lelaki S8-S9 (kecacatan fizikal) selepas wakil Sabah itu merekodkan 5:21.99s sekali gus meleburkan catatan 5:50.54s dibuat Rusdianto Rusmadi tahun lepas.
“Saya tidak pernah bertanding dalam acara ini jadi memang ikut cakap jurulatih tapi sebenarnya ketenangan memang membantu. Saya suka suasana senyap sebab bising buat saya hilang fokus,” katanya.
Sementara itu, Rusdianto memperoleh perak (5:24.27s) manakala Firdaus Fariduddin merangkul gangsa dengan catatan 5:54.24s.
Sebelumnya, BERNAMA melaporkan Abd Halim bertekad untuk dinobatkan sebagai atlet terbaik dan beliau ketika ini sudah mengumpul dua pingat emas menerusi acara 100m gaya kuak dada lelaki S8 dan 400 m gaya bebas lelaki S8-S9.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.
Namun begitu, mengikut penjelasan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Samhan, beliau telah menjelaskan bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.
Gambar hiasan
Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Ada beberapa nasihat dan panduan yang telah dikongsi oleh doktor ini di laman Twitternya dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Sebaiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
2. Minyak sisa bergoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Gambar hiasan
3. Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
4. Elakkan daripada membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
5. Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dikhuatiri peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
6. Gunalah minyak masak yang mendapat pengesahan daripada SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan kita.
Gambar hiasan
Menurut Dr Samhan lagi, minyak masak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan.
Hm, banyak juga info yang baru kami tahu. Antaranya minyak masak 1kg yang dilaporkan tidak sihat mengikut Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Jadi selepas ini, berhati-hatilah sebelum membeli minyak masak dan ingat, elak menggunakan berulang kali terutamanya bagi masakan makanan daging berdarah.
Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi semalam (15 Julai 2021), iaitu sebanyak 13,215 kes. Hal ini amat membimbangkan masyarakat selepas melihat situasi ‘kronik’ yang berlaku di kebanyakan hospital, ekoran ribuan pesakit yang terpaksa menerima rawatan.
Sebagai umat Islam, selain daripada patuh kepada arahan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah, kita juga boleh ikhtiar dengan cara berdoa.
Sempena hari Jumaat ini, eloklah sekiranya kita mengambil barakah untuk memanjatkan doa bagi kesejahteraan diri, keluarga dan rakyat Malaysia.
Teruskan berdoa dan jaga pergerakan korang, jangan keluar rumah jika tidak ada urusan penting. Amalkan kerap mencuci tangan, gunakan hand sanitizer dan pakai topeng muka sekiranya berada di luar.
Semoga Allah menghentikan wabak COVID-19 ini daripada terus menular. Aamiin!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan bebas Ismahalil diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas pertuduhan mengedar kanabis dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun.