Sambutan Hari Kebangsaan mungkin telah berakhir pada 31 Ogos yang lalu, namun rasa cinta yang disemat oleh anak muda terhadap negara kita seharusnya tidak tertakluk kepada satu tarikh tunggal.
Kemerdekaan yang dikecapi oleh Tanah Malaya 68 tahun yang lalu tidak hadir secara mudah. Pelbagai onak dan duri yang perlu dilalui oleh pemimpin terdahulu demi menjamin masa depan Malaysia yang kekal aman, harmoni dan berdaya saing pada zaman ini malah untuk berpuluh-puluh tahun yang mendatang.
Jika pada era lampau, semangat patriotisme akan dilaungkan oleh para pemimpin bagi memastikan setiap rakyat Malaysia memahami kepentingan untuk mensyukuri segala nikmat yang kita ada di negara ini serta bersedia untuk mempertahankannya dengan segala kudrat yang ada.
Pada era kini, suara sebegitu wajar dilaungkan oleh generasi muda terutamanya pempengaruh digital yang ‘memimpin’ pandangan khalayak Generasi Z dan Alpha yang bakal mengelolakan negara, suatu hari nanti.
Memetik pandangan pempengaruh terkenal, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mekyun di platform media sosialnya, kemajuan Malaysia bukan hanya terletak pada pembangunan ekonomi dan infrastrukturnya sahaja. Malah kemajuan juga dapat ditelek daripada perpaduan dalam kalangan masyarakatnya.
Mek Yun.
“Uniknya negara ini kerana sejak di sekolah lagi, kita bergaul dengan rakan berbeza kaum dan agama. Malah setiap negeri ada tutur dialeknya yang tersendiri.
“Mana lagi kita boleh jumpa orang berbeza kaum dan agama duduk semeja untuk makan roti canai, char kuetiau dan rendang?
“Bayangkan kalau kita masih dijajah, mungkin kita tidak dapat nikmati apa yang ada sekarang dan tidak boleh pun makan nasi lemak bila-bila masa kita suka. Semua itu hanya ada di sini dan itu membuatkan saya bangga menjadi anak Malaysia,” kata gadis berbangsa Cina yang fasih bertutur dalam dialek Kelantan itu.
Ads
Sentimen yang sama dikongsi oleh seorang lagi pencipta kandungan media sosial, Azfar Heri. Menerusi ciapannya baru-baru ini, Azfar meluahkan rasa bangganya untuk menjadi rakyat Malaysia.
“Pergilah merantau ke negara mana pun, makanan Malaysia juga yang tetap di hati. Selamat Hari Merdeka yang ke-68 tahun Malaysia,” katanya yang sering berkunjung ke negara luar.
Azfar Heri menyarungkan busana pereka fesyen tempatan, Hasz Hisham ketika menerima undangan ke acara KLFW 2025, baru-baru ini.
Azfar juga dilihat sering mengetengahkan rasa cintanya terhadap negara dengan memilih untuk menggayakan busana ciptaan pereka fesyen tempatan. Sekaligus, Azfar meraikan kreativiti dan keunikan yang diserlahkan oleh anak-anak muda tempatan dalam dunia fesyen di mata pengikutnya.
Dalam pada itu, pelakon dan pempengaruh yang berasal dari Kuching, Sarawak iaitu Hun Haqeem juga bersyukur dilahirkan di Malaysia dan dengan kemunculan platform media sosial, Hun dapat melihat betapa sayangnya dunia terhadap keharmonian yang dimiliki oleh Malaysia.
Ads
Hun Haqeem.
“Semasa saya di sekolah menengah, saya sertai Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan sempat menyertai rakan-rakan lain untuk perbarisan di dataran pada Hari Merdeka. Ia menunjukkan semangat kemerdekaan kita sebagai rakyat Malaysia sejak usia kecil tanpa mengira kaum.
“Berdasar konten-konten media sosial sekarang pula, Malaysia mendapat perhatian mata luar. Pengunjung luar yang ke sini sentiasa rasa negara kita harmoni, aman malah rakyat kita bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja,” ulasnya sewaktu ditemui baru-baru ini.
Bercakap soal konten, rakyat Malaysia mana sahaja yang tidak mengenali nama Boss James? Selain aktif di mdia sosial, jejaka bernama Ng Yee Sheng, 32 ini juga aktif dengan kerja-kerja kebajikan yang dikerahkan untuk masyarakat di sekeliling.
Baru-baru ini, Boss James berkesempatan untuk turut serta dalam perbarisan Hari Kemerdekaan dan sedikit sebanyak, merasai betapa bangganya ahli beruniform negara apabila mereka diraikan sebegitu rupa di hadapan jutaan rakyat Malaysia yang menonton perbarisan tempoh hari.
Ads
Boss James.
“Merdeka bermaksud membebaskan diri kita daripada mentaliti yang mundur. Ia juga bermaksud mengekalkan rasa bersatu-padu dan saling menghormati antara kita semua. Saya harap anak muda memahami maksud kemerdekaan dan mempertahamkan nilai keamanan, keharmonian dan terus membangunkan negara.
“Tanpa kesejahteraan negara dan kemajuan ekonomi, sudah pasti apa yang kita semua usahakan akan sukar dan berdepan cabaran,” katanya.
*
Berteraskan Rukun Negara, ayuh sama-sama kita mengekalkan nikmat keharmonian yang kita miliki sekarang. Di kala banyak negara yang mula bergolak akibat perbezaan pandangan dan isu kenegaraan mereka, moga-moga Malaysia terus dibangunkan dengan aman oleh rakyatnya yang saling mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya.
Mempunyai rupa paras yang cantik dan anggun, nama baik bintang ini semakin dikenali dalam industri tempatan.
Pelakon meningkat naik, Scha Elinnea juga kian dikenali apabila menghiasi layar skrin televisyen sebagai heroin menerusi naskhah Kerana Aku Isteri Bidaan di slot Samarinda TV3.
Remaja sempat menemu ramah pelakon ini, ternyata figura jelita ini memiliki karisma tersendiri. Bertanya mengenai caranya menjaga penampilan dan sentiasa kekal positif, ini jawapan baiknya.
“Mungkin kelilingkan diri anda dengan good vibes untuk manusia yang tidak memberi toksik terhadap diri anda.
“Selain itu, jika suda tahu seseorang itu beri negative vibe, kita jauh-jauhkan diri. Jadi, secara tidak langsung ia membuatkan kita awet muda,” katanya.
Ditanya pula mengenai cara nama baiknya untuk terus kekal relevan dalam industri seni tanah air, bintang berusia 24 tahun ini memberitahu dirinya hanya kekal aktif di media sosial dengan berkongsi gaya hidupnya.
“Untuk kekal relevan, bagi saya, saya tidak ada lakukan apa-apa untuk kekal relevan. Cuma, saya tetap teruskan di media sosial dengan berkongsi mengenai diri dan gaya hidup saya,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah tak korang mengalami situasi dimana semasa memandu, korang hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.
Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.
Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.
Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:
• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun
Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh korang buat?
• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Setelah hampir 2 bulan mempromosikan aplikasi keagamaan bernama The Noor App, selebriti dan usahawan Noor Neelofa bersama pasukan akhirnya melancarkan aplikasi tersebut di App Store bagi pengguna iOS, petang tadi.
Menurut info yang diperolehi daripada laman web aplikasi tersebut, nama Noor dipilih kerana maksudnya yang tepat dengan fungsi utamanya.
Noor ataupun cahaya dicetuskan bertujuan bagi memudahkan pengguna muslim mendapat maklumat penting mengenai Al-Quran, waktu solat dan perkara yang berkait rapat dengan gaya hidup harian mereka.
Di antara fungsi utamanya termasuklah bacaan 114 surah dari Al-Quran berserta makna, arah kiblat dan penggera waktu solat harian. Selain itu, The Noor juga memahami gaya hidup masyarakat kini yang terarah kepada urusan cashless. Lalu, ia memudahkan urusan seperti pembayaran Zakat menerusi aplikasi ini.
(Dari Kiri) : Surah Al-Quran yang ada, senarai masjid atau surah & petunjuk arah kiblat..
Tentunya sebagai aplikasi yang baru menemui penggunanya, ramai yang akan ‘membelek’ aplikasi ni terlebih dahulu, to get a jist of it.
Apa kata korang personalize dahulu beberapa perkara mengikut citarasa sendiri. Ini adalah di antara 5 personalization yang boleh korang lakukan setelah memuat turun.
.
.
01
Bagi setiap surah yang dibacakan, korang boleh memilih suara pembacanya. Klik pada Select Reciter & pilihlah mengikut citarasa.
Antara yang tersenarai ialah Salah Bouclair, Ahmed Al Ajmi, Yasser Al-Dossari, Maher Al-Mueaqly, Saud Al-Shuraim, Mishary Rashid Al-Afesy dan ramai lagi.
.
.
02
Bukan itu saja, korang juga boleh memilih suara ‘bilal’ yang melaungkan azam setiap kali masuknya waktu solat. Antara yang tersenarai buat masa ini ialah Akbar Azmi, Sheikh Idris Sulaiman dan penyanyi, Yasin Sulaiman.
.
.
03
Lain orang, lain jenis dan saiz font yang membuatkannya selesa untuk menatap pada skrin untuk tempoh masa yang panjang.
.
.
04
Bergantung kepada lokasi korang, ia akan mencadangkan senarai masjid dan surau yang terletak berdekatan. Tak adalah korang tercari-cari lagi papan tanda masjid terdekat semasa ke mana-mana.
.
.
05
Tentukan juga warna tema latar untuk aplikasi pada telefon korang. Secarea peribadinya, kami gemarkan warna Dawn.
*
Ouh sebelum kami terlupa, korang juga boleh mendapatkan kad Touch’n Go edisi terhad The Noor dengan hanya menjadi ahlinya! Enjoy the offers that come with it.
Cumanya buat masa ini, ramai pengguna Android bertanyakan mengapa aplikasi itu masih tidak muncul di Google Play. Mungkin tak lama lagi guys, sabar ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!