Rileks…Jangan Dibuang Wang Kertas Koyak,Boleh Ditukar Duit Baru Tapi Ada Syaratnya!

Share

Mesti korang pernah sumpah seranah bila dapat pulangan baki wang kertas terkoyak daripada pekedai kan?

Rasa habis tertipu masa tu. Mungkin juga kejadian sama pernah berlaku sebaliknya korang yang menolak baki diberikan pekedai kerana ada koyak pada wang tersebut.

Rileks…rileks…

Baca perkongsian Rahman Ismail berkenaan cara untuk menyelamatkan wang kertas yang mengalami kerosakkan seperti terkoyak mahupun terkena dakwat menerusi laman Twitter miliknya. Harapnya lepas ni kalau ada duit yang rosak tu janganlah terus buang ya. Mana tahu masih ade nilainya.

Boleh ditukar dimana-mana cawangan bank.


KRITERIA PENILAIAN DAN SAIZ WANG KERTAS
Berikut merupakan kriteria-kriteria bagi penukaran wang kertas dan nilai bagi wang yang terkoyak

1. LEBIH 2/3 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS

Jika wang kertas korang koyak pada saiz yang sedemikian iaitu lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas , jangan risau, korang masih boleh mendapatkan semula nilai penuh wang tersebut.

2. ANTARA 1/2 HINGGA 2/3 SAIZ ASAL WANG KERTAS

Jika koyakan adalah 1/2 sehingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas pula, hanya akan dapat nilai separuh daripada wang tersebut.

3. KURANG 1/2 DARIPADA SAIZ ASAL WANG KERTAS

Tapi , malangnya jika koyakan wang tersebut adalah bawah 1/2 daripada saiz asal wang kertas maka ia tiada nilai.

CONTOH LAIN DUIT YANG TIADA NILAI

Contengan pada potret yang di-Pertuan Agong.

Wang kertas dengan kelunturan yang teruk sehingga tidak nampak corak reka asal wang kertas

Tulisan yang menggambarkan slogan politik atas wang kertas.

Menggunakan wang sebagai pad tulis mahupun kad jemputan.

Okay…kalau korang tak nak juga wang kertas tu bagi jela kat penulis…tapi pastikan wang tu berwarna purple okay…heheh

Sumber: Rahman Ismail

IKLAN